June 1, 2010

perihal anak bongsu

kebanyakan orang cakap, adik bongsu paling manja, mengada-ngada, etc.

masa kecik. ye. aku setuju. btw, aku anak no 2. dari 3 beradik, semua lelaki.

adik aku lelaki, baru form 1. belajar ala kadar, slow sikit. tapi kalau pasal komputer, hebat bukan main. macam abang aku. abang aku technician komputer. belajar dengan abang aku kot. kalau laptop aku rosak, nak format, nak cari software, game, tuka motherboard la, apa la, tanya adik aku cukup. tak payah hantar pegi kedai.haha.

sebab dia anak bongsu, aku akui dia agak dimanjakan. takpe la. dulu aku pun manja jugak dari umur satu tahun hingga 6 tahun. darjah satu, kurang manja lepas adik aku lahir. haha.

kecik2, okey memang manja. tapi sekarang dah besar, aku rasa anak bongsu jadi mangsa buli la. sape setuju?

dalam kes adik aku, apa2 hal, dia la orangnya. sekarang dia pandai bawak motor, so kalau kena pergi kedai, suruh dia je. dulu dia tak reti, kalau aku ada kat rumah, aku la kena, walaupun ada abang aku kat rumah. secara automatik nama aku. kenapa 1st place, tak sebut nama abang aku, kan? haha. mesti adik aku sekarang ni fikirkan yang sama jugak.

apa2 hal. aku sayang jugak adik aku. buli2 pun ala kadar je. haha.

amer, classmate aku, anak bongsu, sanggup taknak amik lesen kereta. dia cakap, kalau amek lesen kereta, nanti jadi driver tak bergaji kat umah, kena hantar orang ke sana, ke mari. dia cakap. betul. bukan aku reka cerita.

anak bongsu, setuju? komen sket.

3 comments:

Ery Farieha said...

manja smpi besar
buli? takde sape buli pun
hahaha

Kie-yu said...

huuu..
same ar
adek last aku tu slow sket bab study
tp psl komputer beliau lg advance dr aku

mr kay said...

ery farieha :

selamat la anda. haha

kie-yu:

same? macam trend lak..