June 30, 2010

bila cuti semester hampir tamat

6hb depan mau balik Terengganu. balik UDM. atau nama baru. UNiSZA. kena urus orientasi bawah fakulti.

serius, belum rasa mau balik sana. tapi normal la. lima tahun sekolah asrama. tambah satu tahun matrikulasi. memang ayat sama keluar tiap kali cuti dekat nak habis. haha.setiap kali hari mau balik hostel, bila on the way dalam kereta, aku diam je. rasa tak tentu hala. bila kemas barang last minute, hilang pulak, mula naik angin. semua nak dimarahkan. tak tau kenapa. sindrom agaknya. haha.

tadi, kemas-kemas beg. cari gambar pasport. tak jumpa.

terjumpa satu kertas. satu list. target aku sepanjang berada di terengganu.

dalam 12 yang tersenarai, dua je tercapai. adeh.

ada lagi tiga tahun. nanti aku cuba. semester baru, ada adik-adik. jadi senior, dapat junior. masa tahun pertama, aku rasa senior course aku (akak2 terutamanya) agak sombong dan bajet. haha. kali ni, aku nak rasa, macam mana rasanya.

aku percaya hidup macam roda. pusing ke atas dan bawah.

masa aku tulis entri ni, spain lead 1-0. aku tak tau nak pilih sape. sebab aku sokong dua-dua. tapi aku nak team yang menang ni ke final. tapi tak boleh. sebab aku nak jerman juara tahun ni, dan malang pasukan yang menang, kalau kalahkan paraguay, jumpa jerman kat semi-final. haha.

June 28, 2010

cara saya naikkan trafik ke blog

dah nampak kot banner kat atas ni?

haha.

dah sebulan cuba benda ni. agak membantu naikkan trafik, selain blogwalking. lagi banyak surfing, lagi banyak trafik. tu je basicnya.

ada jugak cara nak dapat duit dengan easyhits4u ni. tapi tak minat. malas pening kepala baca lebih-lebih. minat utama, cuma nak dapatkan extra trafik je.haha. tu pasal blog ni banyak dilawati dari luar Malaysia.

nak cuba? klik la kat banner atas ni.

June 27, 2010

cerita iklan dan perokok

satu petang. mendung. gelap. tapi tak hujan.

dalam kereta. dengar radio. bila aku di seat depan, bermakna aku yang jadi deejay. radio tukar-tukar. of course choice aku XFM.

dengar XFM, dengar iklan ni:

"Kalau boboi hisap rokok banyak-banyak, nanti boboi dapat hadiah tau"


"Hadiah apa tu abah?"


"Jalan singkat ke kubur"

dalam kereta ada si perokok. bukan main marah dengar iklan tu.

siapa makan cili, takkan rasa manis kan? =D

lagu dan lirik For Sure - UnderHeadlights


aku share video ni sebab aku tngok search keyword yang singgah ke sini, mencari info pasal band and lagu nih. so enjoy la. credit pada youtube.

 FOR SURE - UNDERHEADLIGHTS

Okay..Underheadlights... Let's go!

She started out a lil' sh-shaky-shaky hello
She didn't know what she got into, oh she doesn't know
He's slowly changing her, he's slowly taking everything
You'd think she cares but she's oblivious to what you think

Now she's stepping out
She's stepping out and then she falls again
She's looking up and she can see you

Chorus:
That's when you're here
That's when I feel you breathe
That's when you take my hand and tell me you understand
That's when I know you're it, I know you're it,
For sure.

So here we go again, I see you're always there for me
I think I finally believe you know just what I need
You're slowly changing me, you're slowly taking everything
They think I notice when they stare but I don't really care
(Nope, don't care)

Now I'm stepping out
I'm stepping out but then I fall again
I'm looking up and I can see you

Chorus:
That's when you're here
That's when I feel you breathe
That's when you take my hand and tell me you understand
That's when I know you're it, I know you're it
For sure

Pa pa pa pi da pa pa pi da dum
Pa pa pi dap pap pap pap pi da dum
Take take one step a lil' lil' closer
Take take two, to take it a lil' further
Take take three, we'll make it

That's when you're here, pa di da dap pa
That's when I feel you breathe
That's when you take my hand and tell me you understand
That's when you're here,
That's when I feel you breathe
That's when you take my hand and tell me you understand
That's when I know you're it
I know you're it
I know you're it
For sure

Pa pa pi da pa pa pi da dum da
Pa pi dap pap pa pa pi da dum
Take one step a lil' lil' closer
Take take take it from me

Sony Ericsson W395

hari ni, hp sony aku yang rosak akibat eksiden berbulan2 lepas, dah siap dibaiki. aku saja tak hantar repair awal, sebab duduk rumah, tak peru sampai dua handphone pun. lagipun rasa macam no maxis aku dah tak pakai je. haha. takde sape mau calling no maxis tu, melainkan info update man utd je. haha.

so kalian, no masix aku hidup kembali. boeh roger2 no tu, terutamanya korang yg guna maxis.

tu je. takde idea nak tulis malam ni.

kecewa Korea kalah.

June 25, 2010

rap dan hip-hop itu kreatif

hip-hop bukan setakat pakai kasut besar dan baju bling2.

*macam iklan XFM. haha

cakap laju-laju, gaya gempak habis.

tapi aku salute lirik dia. gempak. belek kamus jugak nak cari perkataan sesuai dalam lirik dia. mau tak, hujung dia kan banyak yang kena sama, macam syair, pantun lak. haha.

aku paling respect Malique. liriknya sangat kreatif dan banyak social kritik.

ini sikit lirik lagu "Cuba Lagi" by Malique.

Buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat buat lagu lain
Aku dengar sedap dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main

tipikal. dapat award baru orang bukak mata. baru dapat airplay. haha

June 24, 2010

edisi jual handbag

.

Chanel
*Black coloured vinyl material
*Average size
*Inside middle and side zip, handphone and multifunction pockets
*Ziptop closure

Price : RM179.00


Chanel
*Black coloured vinyl material
*Average size
*Inside middle and side zip, handphone and multifunction pockets
*Ziptop closure

Price : RM179.00


Louis Vuitton
*Monogram canvas
*Protective bottom studs
*Full zip top closure
*Large size
*Inside zip, handphone and multifunction pockets

Price : RM179.00


Louis Vuitton
*Monogram canvas
*Ziptop closure
*Two front buckled compartments
*Small sized
*Inside zip, handphone and multifunction pockets

Price : RM159.00


Coach
*Pink colored canvas material
*Zip top closure
*Inside zip, handphone and multifunction pockets
*Large

Price : RM159.00 PROMOTION


Louis Vuitton SOLD!
*Monogram canvas
*Full ziptop closure with side lock (Refer pic - left side)
*Inside zip, handphone and multifunction pockets
*Large size

Price : RM179.00


Gucci
*Light brown GG fabric material
*Full zip top closure
*Large and wide handles for comfort
*Equipped with long shoulder strap
*Large size
*Inside zip, handphone and multifunction pocket

Price : RM169.00


Coach
*Shiny gray vinyl material
*Full ziptop closure
*Inside zip, handphone and multifunction pockets
*Large size

Price : RM169.00

*See below for inside pic



Coach
*Light brown canvas material
*Ziptop closure
*Sling type
*Inside zip, handphone and multifunction pocket
*Size small - medium

Price : RM159.00


Coach
*Dark brown canvas material
*Ziptop closure
*Sling type
*Inside zip, handphone and multifunction pocket
*Size small - medium

Price : RM159.00


SLING BAGS! NEW

Gucci
*Black GG fabric material
*Zip top closure
*Front compartment with magnet closure
*Internal multifunction pockets

Price : RM100.00

Gucci
*Light brown gucci fabric material
*Zip top closure
*Front compartment with magnet closure
*Internal multifunction pockets

Price : RM100.00


Burberry
*Small sized speedy bag
*Zip top closure
*Protective studs on the bottom of the bag
*Inside zip with cellphone and multifunction pockets
*Long straps for shoulder comfort

Price : RM199.00
Code :


Louis Vuitton
*Limited Edition!
*Damier Azur canvas with cotton patches
*Soft straps for shoulder comfort
*Protective studs on the bottom of the bag
*Zip top closure with inside zip, cellphone and multifunction pocket

Price : RM249.00
berminat? boleh e-mail saya. amadkhir@gmail.com
tinggal komen pun okey. 

2nd round. England bertemu Jerman!

England dan Germany layak ke 2nd round. ini bermakna, mereka bertemu sesama sendiri. pergh, dua team ni aku suka, tapi sekarang aku lebih ke arah Germany kot. lagipun Germany banyak pemain muda yang talented. England pun tak kurang hebat, all star kat EPL ada dalam team tu.

bagi aku, nanti pertarungan hebat akan berlaku kat midfield. dua-dua team ada pemain midfield yang hebat, cuma aku harap Capello tak silap turunkan pemain je.

still, aku sokong Germany lebih dari England. haha

June 23, 2010

ana raffali - tolong ingatkan aku.mp4



 Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


aku tengok video ni, simple but nice.
 macam ada kesinambungan dari video "Hujan Bunga Kuala Lumpur".
enjoy. 

June 22, 2010

Penjara Pudu dan hari outing



dulu, pagi-pagi sabtu, lepas kelas prep, bincang-bincang destinasi, ke mana masa outing nak dihabiskan, atau lebih tepat, ke mana duit mau dihabiskan. destinasi biasa, Berjaya Times Square, Loew Yatt, area Bukit Bintang. hampir pasti, setiap kali outing, ada wakil pelajar ASiS berlegar-legar kat sana.

Pavillion? dulu belum ada lagi.

paling seronok, pastinya pakcik bas RapidKL. satu bas kosong, jadi penuh bila berhenti kat sekolah aku. dari LRT Maluri, turun ke LRT Hang Tuah.

jalan kaki melintasi penjara pudu.


Penjara Pudu, dalam kenangan.

2nd match

dalam list pasukan kegemaran aku, England memang perlukan luck untuk lepas ke pusingan seterusnya. aku tak tau apa masalahnya. pressure kot. sebab team England under Capello ni masa qualifier, paling bersinar, sekarang bermasalah pulak. haih~

satu soalan. kenapa joe cole tak main? maybe dia boleh produce sesuatu ke..

Portugal aku rasa dah boleh dikatakan selamat untuk 2nd place tuh, tapi sape tau? kot2 boleh kalahkan brazil ke. haha. Netherland pun dah layak la ke 2nd round, tapi lom dapat tengok robben main. anyway, elia patut main dari awal. dia lincah gak.

Germany, ada can lagi. kena menang dengan ghana.

Spain, aku rasa aku tak minat kot. haha. sebab semalam tengok match, aku rasa aku nak tengok spain kalah sebnarnye. haha. tak tau la. tapi besst gak la spain main. cuma torres je x gol2. peluang banyak kot. huhu.

June 21, 2010

Peterporn



haih. pelik2. dalam blog aku, bila aku ada selitkan perkataan ni? macam mana keyword search aku ada perkataan ni. haha.

dey macha, mau cari video peterporn, sini takde. okey?

Yuna - Something Super (lagu iklan Libresse)




 You see
I was nothing more
Than a girl who wished
For something different
watchin her dreams
From a distance

You see
When you came in
It’s a different game
You believe in me so much
You turn me from nothing to a girl
Who’s super-something

*chorus
You’ll see
I’m better
I’m faster
Stronger
I’m happier
When you by my side
(kulalui semua dengan senyuman di wajahku)

You’ll see
I’m better
I’m faster
Stronger
I’m happier
When you by my side
(ku tempuhi semua kerana engkau di sisi ku)

The truth is
I was never more than this
Something kept me reaching out
For something
But my heart is wanting
What it’s looking for
Then you came
You turn me upside down
I’m no longer afraid
Of chasing
Possibilities
I’ll be the last one standing

June 20, 2010

hasil tangan







dulu

aku selalu kata kat mama
"dari berhabis duit tanam bunga, tanam la sayur. boleh makan, jual"

mama tak kata apa.

sekarang,

ini hasilnya. 

cantik.

karate kid 1984 dan karate kid 2010

okey, dari semalam aku kurang ada di blog. penat. sebab semalam penat di lombong. hari ini pergi jalan2 di ipoh. tengok wayang. cerita karate kid.

masa kecik-kecik, aku ada tengok cerita karate kid jugak. so antara sebab aku tertarik nak tengok citer ni, sebab nak tengok macam mana olahan versi baru karate kid ni.



Karate kid (1984)                                                          Karate kid (2010)


yang penting, seronok. jalan cerita versi baru lebih banyak humor, selamber je. paling terbaik, ending cerita pada final competition. sama dengan versi asal. kaki patah. sabotaj. kungfu ular. sama. lebih kurang. haha.

paling best, kali ini hampir separuh jalan cerita diiringi dengan tangisan budak kecik kat panggung tadi. walaupun budak kecik, tak tau apa, tapi jadi kurang sabar jugak la. huhu. kecian mak dia, terpaksa bawak keluar budak tu sebab jaga hati orang lain. mesti kena sekeh budak tu kat umah. sape tau kan?

aku mau mandi. setelkan yang patut. tengok bola. then aku terjah balik blog korang. okey?

June 19, 2010

mandi lombong


busuk-busuk air lombong masa menjala dan menjaring ikan talapia tadi,


nanti masa depan pasti jadi manis juga.


manis di ingatan.

kan?

kena sound

haha.

okey hari ini aku terkena.

sebelum ni, memang prinsip aku, beli original, jangan download, kata support artis.

tapi ada satu kali, atas alasan tertentu, aku letak jugak link download.


dan aku terus kena sound.

*diam jap.

thanks tegur aku. btw aku bukan perompak ok?

June 18, 2010

jaga perasaan

selalunya

kena fikirkan perasaan orang lain juga.


tapi,

kadang-kadang

sumbatkan saja earphone, kuatkan muzik dan buat saja apa kau mahu.

tak perlu endahkan orang.

dah cukup besar fikir sendiri baik buruk sesuatu, kan?

June 17, 2010

kawan-kawan, sekarang saya belajar di UNISZA tau.

seperti status aku di fb tadi,

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin atau selalu dikenali sebagai KUSZA, beberapa tahun lepas dah bertukar nama ke Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

dan baru je nama UDM nak jadi friendly dengan kawan2 aku di universiti lain, sekarang dah official nama tu dah ditukar ke Universiti Sultan Zainal Abidin.

sebab?

aku tak pasti sebab yang rasmi. aku cuma tau yang nama Sultan Zainal Abidin tu diminta untuk dikekalkan. tu aje.

jangan kritik macam-macam. nanti kena tulah. haha

piala dunia dan review team kegemaran aku

lima pasukan feveret aku dalam world cup 2010 : england, jerman, netherland, potugal, spain.

setakat pusingan pertama ni, spain paling beri kejutan. haha. ramai kata spain jadi pasukan pilihan untuk jadi juara. review untuk spain, kita tengok paper or espnstar.com jap lagi.

dalam perlawanan pertama, Jerman paling menarik minat aku. sebab apa? aku suka giler ozil. laju,lincah, passing yang tepat kat teammate, memang best la. match netherland pulak, agak slow pada mulanya, tapi lepas Elia masuk second half, rentak permainan berubah jadi laju. huhu.

england? ramai tau pasal silap green. aku lebih suka kalau hart yang main sebenarnya. portugal, great game walaupun seri. ivory coast memang beri tekanan kat portugal. huhu.

kita tengok perlawanan kedua macam mana. huhu.

June 16, 2010

usaha


agaknya,
kalau aku mau kumpul duit, base on nuffnang, youthsays dan ikat perut, 
berapa lama aku boleh dapat ini erk?

June 15, 2010

kawan

Ingat tak masa kecil-kecil dulu,
Kalau kawan kita buat jahat kat kita,
Kita akan cakap “tak nak kawan ngan awak”
Lepas tu esok petang di lokasi dan waktu yang sama, dah kawan semula.
Takpun masa di sekolah dah kawan semula.

Masa kita kecil, value seorang “kawan” tu kita sendiri tak tahu.
Kawan tu orang yang kita kenal.
Kawan tu boleh ajak kita main-main waktu petang-petang.
Kawan tu tempat kita tanya soalan matematik kalau kita tak boleh buat.
Kawan tu orang yang kita ajak pergi tandas masa sekolah.

Bila kita dah besar,
Apa itu kawan?
Orang yang kita kenal, tak semestinya kawan kita.
Dan bukan juga kawan yang kita add atau approve di myspace, friendster, facebook, tagged.

Putus kawan masa kecil-kecil, sekejap je boleh baik semula.
Putus kawan masa dah besar, selagi masing-masing keras kepala, selagi itu takkan ada apa-apa.
Haih~~

KLUe Urbanscapes 2010


lagi sepuluh hari ke acara ni. aku bercadang mau pergi. ada apply jadi volunteer, tapi tak tau dapat ke tak. tahun ni dengarnya lebih happening, sebab sponsors hebat, line up hebat, mesti meriah.

music event kali ni ada:
Liyana Fizi
SevenCollar T-ShirtYuna
Couple
Tilu
Najwa
Kyoto Protocol
Khottal
SphereBittersweet

ada lagi acoustic, hip-hop, macam2 lagi.

marketplace pun ramai yang best2, termasuk la Abstrax Jingga yang aku dah lama mau beli baju2 diorang. huhu.

check out sini untuk info lebih.

ada sesiapa mau datang?

June 14, 2010

belajar bahasa tamil dan mandarin

atas tiket semangat 1Malaysia, kerajaan mahu wajibkan bahasa mandarin dan tamil di sekolah.

semuanya kerana 1Malaysia.

yang aku mahu persoalkan, wajar ke diwajibkan?

cerita pasal nuffnang

seperti yang diramalkan, Germany menang besar malam tadi. 4-0 dan peluang yang banyak sekali. huhu. dan aku tertarik dengan Ozil, pemain Wender Bremen kalau tak salah. memang lincah. huhu.

hari isnin, rutin macam biasa. bila online pagi2, check nuffnang, earning naik banyak jugak minggu ni. hikmah world cup, sambil menunggu match 2 pagi, leh blogwalking klik2 nuff. so naik mendadak jugak la. dah boleh cash out. tapi dua tiga hari lepas terbaca entri di topotato.com yang dia dah dapat sampai rm1000! giler banyak kan? haha. so aku pun nak mula 'menabung' untuk masa depan. haha. tapi aku tak rasa la sampai rm1000 kot. dah beratus-ratus nanti aku keluar la. huhu

June 13, 2010

Mizz Nina feat.Colby O'Donis - What you waiting for [ Official Music Vid...



aku letakkan video ini sebab berdasarkan keyword kat nuffnang aku, banyak yang mencari mengenai Mizz Nina ni. dulu ada aku buat entri pasal dia. dan ini video dia. enjoy.

tunggu match germany vs australia ni.

Naga menyerang


 berbudi pada tanah.
pokok naga pemberian Fatah, dari Negeri Sembilan.

dah lama tak upload gambar.

June 12, 2010

sukma vs world cup

sukma kali ini pasti tenggelam. entah ramai atau tidak sedar yang sekarang ni berlangsungnya sukma kat melaka tu.

aku sedar, tapi aku tetap buat tak kisah.

tadi ada acara perasmian kat tv2. tapi ada game, korea lawan greece. so aku tengok bola la. huhu.

acara blogwalking semalam agak turun. hari ini pun aku rasa turun. ada match englad lak karang. huhu

nak dapatkan buffered earning

sejak dua menjak ni, aku selalu dipersoalkan dengan buffered earning. aku pun tak la tau sangat, pasal aku pun tak pernah dapat lagi. so dah berhari-hari jugak sebenarnya google pasal tips nak dapatkan buffered. tapi x dapat saatu pun yang puaskan hati. bukan apa, tips yang aku dapat tu general sangat.

aku teringin jugak mau dapatkan buffered. sape baik hati mau ajar aku?

yang aku tau, kena buat macam ni la.

1. traffik tinggi. setakat ni traffik aku boleh tahan la, seratus lebih jugak la sehari. orang cakap cukup dah syarat tu. haha

2. update survey. survey kat blog manager, and satu lagi tu pun dah selalu update. cuma aku nak tanya, apa yang korang tulis kat situ sampai dapat buffered? adakah kalau korang nak dapatkan ads sony, korang cakap korang suka pakai kamera sony, pancing2 macam tu? need more info on this.

3. selalu update blog. aku rasa paling kurang pun sehari sekali aku update. sekarang dok umah lagi la. sehari kadang2 dua tiga kali jugak ada entri baru. haha

ni je kot tips yang penting.

so kawan2, kongsi la sket apa aku kena buat. haha.

jangan risau. walaupun mahukan buffered, aku tetap aku. matlamat menulis bukan duit. cuma smpingan je. ok?

first match result

result match pertama:

South Africa 1-1 Mexico

aku puas hati. banyak chance. seronok la untuk aksi pembukaan. huhu

June 11, 2010

team feveret aku

secara umumnya, aku dah buat pilihan.

aku pilih 5 team. Spain, Netherlands, England, Portugal, Germany.

after abis perlawanan kumpulan, baru aku pilih lagi. haha.

bak kata Lenka. "Just enjoy the show"

korang sokong team mana?

cerita pasal cinta muda mudi

lagi cerita pasal kawan aku.

kawan aku lelaki. hensem. semester lepas dia rapat ngan awek sorang ni kat kolej dia. rapat punya rapat, syok la pulak kat awek ni. dah agak lama rapat, dia confess la kat awek tu. face to face. berani. bagus. sebab aku pun selau ketar face to face. haha.

ok sambung cerita. dia confess. awek tu terkejut kot. diam. terus balik rumah. okey, bagi aku tu satu signal menolak. haha. kawan aku ni buat dunno je. esok lusa, wat macam biasa je. rapat gak. macam biasa. still, awek tu wat tak tahu je, tak kasi respond.

tak lama lepas tu, status di fb awek ni dah bertukar, dari single ke in relationship with.. tak tahu sape. terkejut kawan aku. kecian r dia. dia punya r semangat nak dapat awek ni, sekali kena cantas. haha. sekali terbaca post dekat wall awek ni.. "seronoknya dapat bf, tapi bf aku bukan dak uitm". hambek sebijik batu besar atas pale ko. haha. terus terang je dia cakap dia tak suka kawan aku ni.

tapi, persoalannya, kenapa takleh reject secara depan2? or msg ke? call ke, fb ke.. at least kasi respond. hadoi.. macam2.. sekarang diorang rapat lagi. tapi kawan aku naik menyampah r, sebab bengang r kot. bengang tak terus terang kat dia. huhu.

nasihat aku, lain kali harapan tu jangan pasang tinggi2. kalau dapat, okey takde hal, kalau tak dapat, at least x jadi kes bunuh diri or frust nonggeng. haha. 1st time aku tulis camni. sebab tulis2 pasal cintan2 dan perihal awek, aku baca kat blog Mr K je.. haha. dia lagi power bab awek2 ni.

okey tak tau apesal aku pilih tajuk entri macam tu. haha

June 10, 2010

demam piala dunia

esok piala dunia. mesti menarik.

sebab apa?

warung area rumah aku sanggup naikkan skrin besar panggung wayang dan speaker besar2. kompem ramai lepak sana layan bola. haha.

soalan untuk blogger.

esok malam, aktiviti blogwalking akan menurun tak?

sendiri cakap, sendiri tak buat

kisah benar.

dulu kawan-kawan suka cari aku bila ada problem. kapel, takde duit, macam2 la. aku tak la bagus nasihat pun, aku tolong dengar je. ni sorang awek ni, dia ada problem dengan pakwe dia. dia kata problemnya, diorang ni jauh, sorang kat UK, sorang kat sini. still mau kapel. tapi dah jauh, tau-tau la. rindu. risau. mula fikir bukan-bukan. jarang2 contact. otak fikir pakwe dia dah ada yang lain.


aku cakap."kalau betul sayang, u kena faham dia. jangan buruk sangka" dan macam2 la aku cakap. lebih kurang macam tu la.

tak lama lepas tu, aku pun kapel. long distance gak. tapi dalam malaysia je. mula2 ok. lepas tu jarang call, jarang msg, senyap. aku pun fikir macam2 yang bukan2 kat dia. last2 aku yang mintak putus. haha.

*

pointnya di sini :

kadang-kadang kita cakap dengan orang, hebat, nasihat berjela-jela.
bila kena sendiri, kenapa tak buat?

haha.

korang pernah jadi macam ni?

June 9, 2010

aku share album ana raffali dengan korang

dulu, aku pegang benar.
kalau betul2 support, belilah album di kedai.

tapi rasanya ramai suka cari di internet saja.

dan mungkin,
dengan download ni, bukan 1st single saja dikenali,
lagu2 lain yang best2 tu boleh disebarkan.

ini album ana raffali-ketika aku kecil.
kalau korang google, dah boleh jumpa link ni pun.

tapi saja mau share. amik. klik sini.

tag lagi

kalau tak salah, ini tag kelima. 
thanks soyahchanteq yang tag aku.

1. adakah anda rasa anda hot?
 hot gak la, sebab aku berpeluh2 ni, panas!!

2. upload wallpaper yang anda guna sekarang


3. cerita pasal wallpaper tersebut
ni aku download je, sebab aku rasa gambar ni cantik. tu je.wallpaper aku biasanya gambar2 view macam ni, and aku tak pernah amik gambar sendiri or gambar orang lain as wallpaper aku. 

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
seriusly, tak ingat. awal tahun ni kot. 

5. lagu paling latest anda dengar
soalan ni lagu terakhir aku dengar or paling baru?
takpela, jawapan untuk kedua2nya,  
Timbaland feat katy perry-if we ever meet again,
sebab aku tengah dengar sekarang, masa aku jawab tag ni.

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
dengar lagu, facebook, paling utama, bernafas.

7. selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
kay, khir, pong(zaman di alamshah ni)

8. tag lagi lapan orang


 9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
follower aku, pilih secara random je ni. huhu

10.katakan sesuatu kepada orang no.5
hello...haha

11.no. 3 ada hubungan dengan sapa?
tak tahu la aku

12. bagaimana pula dengan no.4?
pun tak tahu

13. pesanan kepada orang no. 6.
jawab tag ni erk. nanti kiter jalan2 lagi.

14. kata2 cinta untuk orang no. 2
      er..ntah..haha

15. adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
  dua mata, satu hidung, satu mulut. 

16. berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda. 
tak tahu la. nanti la aku kenal2 dulu, pastu aku tulis balik. ok?

17. perasaan anda semasa buat tag ini?
enjoy layan lagu je. haha

penulis hebat

ada beberapa penulis yang sangat aku kagum.
suka baca tulisannya.

kreatif.
dan puitis.

bila ditanya,
"macam mana kau hasilkan puisi yang hebat?"

jawab mereka,
"aku tak hebat, jujur saja bila menulis"

June 8, 2010

mimpi tika terlelap

ini mimpi pelik. terlelap lepas entri pukul 9 pagi tadi.

waktu dah petang. gelap. nak hujan. ada di stesen bas.

tiba-tiba fatah datang.bawak myvi silver. dia drive. ada 2 orang tak kukenal. kawan dia kot.

"lama tunggu?"

"tak juga. jom gerak"

sebenarnya, aku tak tahu mana arah tuju. blurr.

lelaki berbadan kecil di belakang. amir. hulurkan fail kat aku.

"ni je yang kau kena buat. bila turn dialog kau, kita tukar. aku record".


*diam

terjaga. panas. pukul 11 pagi.2 jam terlelap.

aku blurr mimpi tu pasal apa. tak sempat habis. kelakar. kan?

ketagih lagu

mungkin.

jiwa aku klasik sekarang.


mungkin sedikit jiwang. haha.

aku suka lagu-lagu lama.
suka versi akustik..

dalam masa tertentu
aku ketagihkan satu lagu dalam tempoh tertentu.

sebelum ini aku ketagih vanilla twilight.
sekarang aku ketagih you are not alone.

deeper conversation versi akustik.
best. 
tak silap yang ini record sebelum ada EP.

June 7, 2010

imbas: gadis tipikal

ada seseorang tanya pasal ana, gadis tipikal.

"ana gadis tipikal, itu ana raffali ke?"

pergh, giler kau. rockstar itu bukan. salah.

anonymous yang bertanya, mesti follower baik aku. kawan aku.

"gadis tipikal" dah agak lama ditulis. entri ke berapa ntah.

*

terima kasih. kau ingatkan pasal ini.

ke mana kau sekarang?
gadis tipikal.
masih baca blog aku diam2?

baru

wajah baru.

maybe sementara.

belum jumpa layout yang aku mahu.

dulu ada jumpa satu, suka. simple. lupa di mana.

er, cik bulan bintang, rasa macam sama je kan layout?
sori erk. tak tiru. mahu cepat. haha.

komik doraemon episod terakhir

maaf dari semalam sebenarnya sejak kawan2 tanya, memang saya nak kongsikan link komik tu.
tapi laptop saya buat hal. skrinnya berkelip2, susah mau menulis. sekarang entri ni pun tulis guna laptop abang. nasib baik dia ada di rumah. huhu.

ok. blog ni saya jumpa dengan google je, dan blog ini dari jiran kita, indonesia. dia memang peminat sejati la. sanggup translate-kan komik tu untuk share dengan semua orang.


jangan risau, empunya blog ini dah translate bahasa ke english. roll-over mouse ke dialog box untuk dapatkan translation. so boleh baca dan faham. ok boleh klik sini dan enjoy.

kalau sesiapa ada jumpa blog yang ada semua episod doraemon, kongsi2 ok?

June 6, 2010

Doraemon episod terakhir

aku tak tahu bila episod akhir doraemon keluar. tapi aku baru baca tadi. agak sedih, kena pulak aku baca sambil dengar lagu michael jackson-you are not alone.

aku jumpa comic je, xde anime. ada ke anime? ntah, aku google, jumpa comic je. tak silap aku, komik tu keluar 2006 0r2008 la. memang ketinggalan la.

nobita yang asyik dapat markah kosong, jadi engineer, semata2 selamatkan memori doraemon.

memang best. aku membesar dengan cerita ni. dari zaman doraemon ada telinga sampai la sekarang. tau2 dah ada ending. huhu.

azam yang kuat, membuatkan semua perkara jadi tak mustahil.

dulu aku selalu dengar,

Jangan jadi Nobita yang suka meminta-minta, jadilah Doraemon yang suka mencipta
sekarang aku rasa azam Nobita tu yang patut jadi teladan sekarang. huhu

tag keempat


encik naim main tag2 dgn aku.

ok aku layankan. thanks erk naim.

1) Thank and link the person that tagged you
encik naim, thank you la erk. 

2) Tag 10 bloggers you've recently discovered and think fantastic


dan yang lain2 yang nak amik, amik la.

4) State 7 things about yourself

-nama ahmad khir.
20 tahun
masih normal
belajar lagi
suka dengar lagu
kalau blog best, aku follow
kau follow aku, tak wajib aku follow kau kan?

ok setel.

facebook bahasa melayu


hari ini, biasa. duduk di rumah. tiada ke mana. maaf wan. tak dapat ke kenduri kawen abang kau. nanti kau kawen je la aku datang. haha.

internet, tv, internet, tv. dari tadi itu je aku buat.

aku terjumpa satu blog. apa ntah. tak amik port sapa punya blog. aku rasa tu entri berbula-bulan sudah.

isi penting: pasal facebook kawannya yang berbahasa melayu. kalau tak tahu, facebook kamu2 sekalian boleh di-bahasa melayu-kan. aku tak reti la buat tutorial sini. cuba tengok, cari sendiri.

katanya, nampak bodoh bila fb dimelayukan. kelakar. ntah ape2. tak perlu la dimelayukan.

fb aku berbahasa melayu. aku suka bahasa melayu, walau hebat mana bahasa inggeris itu. pernah aku dikatakan bodoh, tak paham bahasa inggeris sampai perlu2 translate fb. aku tak kisah orang mau judge aku macam mana. first impression tak bagi erti apa-apa. sebab yang kenal aku, tahu aku, nanti faham la aku macam mana.

*yang kata aku bodoh inggeris tu, ingat lagi tak masa jumpa brother2 dari australia kat bukit bintang? siape yang tergagap2? siapa?

*^_^

memang aku pun gelak jugak, bila di-translate, ada kelakarnya. aku pun gelak. tapi rasanya tak perlu kata apa-apa. nak enjoy fb, bukan ikut bahasa pun. coret2 kat wall orang, comment pun, kau tulis melayu gak kan? 

cuba try translate,,first time mesti gelak. tapi sebenarnya, kau dapat vocab baru tau. haha.

summer break vol 1

encik2 dan cik2 serta tuan puan,mau pergi bercuti?

ada satu event anjuran organisers YOUTH'10 di PWtc dulu tu, sekarang organize program percutian 3 hari 2 malam di pangkor!!

best!

percutian yang agak jimat kerana ada dapat sponsor. pakej penuh sebanyak rm380, untuk segala aktivitii di sana!!

cara mau booking?
boleh telefon Rudy 017-243 4731 secepat mungkin dan tanya la pasal summer break vol 1. paling cepat booking, dapat bilik paling best!!


ok, tengok info kat sini for details. klik di sini. iye. sini la.


p/s: kenapa nama program ini summer break? tau la sekarang panas. haha

June 5, 2010

jam 2044

ada yang bertanya. tadi.

"kenapa semua hasil tulis kau sebelum ini tak siar nama betul?"

"yela. kenapa? aku perasan sekali masa bhvarsiti je ada nama kau."

*

entah. aku tak tahu. cuma kadang-kadang, anonymous pun best juga.

tapi, bila anonymous, ramai  pulak claim itu hasil tulisnya.

kalau nak, claim la. tak kisah.

'28 Hari: Jurnal Rock n' Roll'

mohd jayzuan.


 '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll'


simpan untuk aku satu. 

okey?

esok lusa aku bayar.

thanks.

June 4, 2010

memori

awal pagi tadi

*kring

potong tidur lena.

*kring

jam pukul 4.20 pagi

"hello?"

:"hi. masih ingat saya?"

"oh hi memori lama. kenapa kembali?"

"aku lihat kau sunyi, jadi aku datang."

"memori lama, kau hanya sejarah. aku tak boleh kembali"

*putus

memori lama letak telefon.. putus.

sapa suruh tak topap.

June 3, 2010

follower

follower.

maaf la.

kalau peraturannya "i follow u, u follow i'

jadi jangan jadi follower aku.

sebab aku belum tentu follow blog kamu.

ok?

sekian.

Era. XFM. Era. XFM.

satu soalan aku selalu tanya.

kenapa deejay2 di XFM mesti diukar2 ke era fm?

rating. tu majoriti jawapan yang aku dapat dari kengkawan yang jawab. still, aku tak puas hati. bukan apa. saja. kritik2 sikit. hey, blog aku kan? suke hati r. haha.

maksud aku kat sini, era tak boleh ke biar je xfm terus menerus naik? terima la hakikat revolusi muzik baru memang tengah berkembang sekarang, dan xfm memang tengah naik sekarang. bila deejay dah buat program yang best, macam Ra'yat Pagi X tu, memang sah2 positive. bersepah2 pendengar layan. bila era tau program ray dan haniff handle tu banyak pendengar, era amik xfm. terang2 la tujuannya, nak tarik pendengar xfm yg ramai tu untk dengar era pulak.

ray dan hanif serta deejay2 lain tak salah pun. arahan. bangkang2 nanti, kena buang. tak pasal2.

kalau xfm jadi lebih bagus dari era, apa salahnya? kalaupun era nak lawan hot fm atau sinar fm (sebab dengar2 sekarang sinar pulak jadi radio no 1) untuk title radio no 1 malaysia, be fair la pada semua. walaupun bawah naungan AMP/Astro, still tak patut buat macam tu. XFM layak jugak untuk compete for the title.

amik contoh la. sori ray and nana. tapi korang contoh je ok? bila nana and ray (ex deejay era kalau tak  tau) tak perform dekat era, diorang transfer yang tak perform ni ke xfm, then dina (aka dee kat era skrg) yang memang top kat xfm, dibawak ke era. sama kes macam adi, burn, then yg lain2 tu. then, ray perform kaw2 punya dekat Ra;yat Pagi X, memang kasi aku pecah perut pagi2. dah panggil ke era balik. hadoi.

pendek kata. stop all this. XFM boleh terus maju kalau pihak pengurusan fikir elok-elok. takkan publisiti era je penting kan? XFM nak taruk mana?

saja tak tahu tulis apa. haha. sekali lagi. blog aku kan? haha

June 2, 2010

Senarai 23 pemain England ke Piala Dunia

England punya senarai penuh pemain ke Piala Dunia.

Goalkeepers:
Joe Hart, David James, Robert Green
Defenders:
Jamie Carragher, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Glen Johnson, Ledley King, John Terry, Matthew Upson, Stephen Warnock
Midfielders:
Gareth Barry, Michael Carrick, Joe Cole, Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, James Milner, Shaun Wright-Phillips
Strikers:
Peter Crouch, Jermain Defoe, Emile Heskey, Wayne Rooney

Yang aku hairan, kenapa Theo Walcott tak dapat pulak? sebelum ni aku ramalkan wing kanan tu dah sah2 tempat dia. sekarang yang aku nampak, peluang Joe Cole la untuk posisi tu. 

Seperti yang aku mahu, Joe Hart jadi 1st choice. sebab dalam friendlies, dia memang ok bila main. banyak great save. best2.

aku sokong Portugal and pain untuk Piala Dunia ni. huhu.

jualan hebat di blog aku

kalau kalian masih tak perasan, di tepi kiri aku ada letak bahagian untuk beriklan (kecuali trafik tu aku punya). aku taruk simple2 je, sebab aku mahu notice kat korang kawan2 aku punya produk.

okey first, ni koleksi2 beg tangan berjenama. high quality, cantik sangat. aku dah tengok. best. harga pun oke la kot pada yang berkenan. so boleh ushar2 la sana. tokey blog ni kawan aku, so beli kat aku pun boleh. jangan risau, sebab beli kat aku, aku leh tolak sket je dari harga kat situ.  huhu, bos jangan marah.. huhu.

ushar sket produk dia..


ok boleh terjah, and kalau nak beli dengan aku, email sini. amadkhir@gmail.com. terjah sini.


next, ni akak aku, kak adiba punya hand-made product. akak aku merangkap classmate aku ni memang talented dalam artwork2 camnih. korang mesti puas hati kalau beli beg2 ni. tambah2 kalau kata korang support alam sekitar ni, beli beg ni untuk kurangkan plastik kat muka bumi ni. oke?

tengok gambar sket.


 

cantik kan? sila ke belog beliau, presenting kak adiba!! kelik je sini..


tu paling best advertise dengan aku. sebab aku review produk and tolong jual, tolong promote lagi..huhu..

Under Headlights-For Sure

dalam 2 minggu lepas, aku dengar xfm, selalu dengar salu lagu baru ni. best. catchy. sedap aku dengar.

berkali-kali dengar, tapi tak tau tajuk. tak tau band.

dan hari ini aku dah tau jawapannya.

"Under Headlights"

tajuk lagu-For Sure.

aku hanya jumpa myspace diorang. menarik.

cari sendiri. google kan ada?

*

menarik, sedap, best.
semua tu relatif.
lain telinga, lain rasa.

kan? kan?

semoga warga Malaysia di sana berjaya diselamatkan. amin.

June 1, 2010

Ana Raffali lagi

esok pagi-pagi, bangun awal, tengok TV3.

kita tengok MHI. ada ana raffali. huhu.

promosi albim ketika aku kecil.



*


ini isu semasa. sebar-sebar.


anda tahu tak di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis? tak percaya? lihat disini C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan

perihal anak bongsu

kebanyakan orang cakap, adik bongsu paling manja, mengada-ngada, etc.

masa kecik. ye. aku setuju. btw, aku anak no 2. dari 3 beradik, semua lelaki.

adik aku lelaki, baru form 1. belajar ala kadar, slow sikit. tapi kalau pasal komputer, hebat bukan main. macam abang aku. abang aku technician komputer. belajar dengan abang aku kot. kalau laptop aku rosak, nak format, nak cari software, game, tuka motherboard la, apa la, tanya adik aku cukup. tak payah hantar pegi kedai.haha.

sebab dia anak bongsu, aku akui dia agak dimanjakan. takpe la. dulu aku pun manja jugak dari umur satu tahun hingga 6 tahun. darjah satu, kurang manja lepas adik aku lahir. haha.

kecik2, okey memang manja. tapi sekarang dah besar, aku rasa anak bongsu jadi mangsa buli la. sape setuju?

dalam kes adik aku, apa2 hal, dia la orangnya. sekarang dia pandai bawak motor, so kalau kena pergi kedai, suruh dia je. dulu dia tak reti, kalau aku ada kat rumah, aku la kena, walaupun ada abang aku kat rumah. secara automatik nama aku. kenapa 1st place, tak sebut nama abang aku, kan? haha. mesti adik aku sekarang ni fikirkan yang sama jugak.

apa2 hal. aku sayang jugak adik aku. buli2 pun ala kadar je. haha.

amer, classmate aku, anak bongsu, sanggup taknak amik lesen kereta. dia cakap, kalau amek lesen kereta, nanti jadi driver tak bergaji kat umah, kena hantar orang ke sana, ke mari. dia cakap. betul. bukan aku reka cerita.

anak bongsu, setuju? komen sket.