May 31, 2009

selamat bertunang abang long!!

bangun awal pagi ni. ada kenduri sikit di rumah. abg mau bertunang.
sangat2 la sibuk. penat rasanya. mana tak nye, sedara mara ramai, yang tolong2 sikit je. keje katering pon x penat camni. hadoi..

menu macam biasa, nasi goreng cian, roti jala, rendang pulut, kuih-muih..kenduri pukul 10 pagi la kan..makan ala2 je la..
pas kenduri, aku kene kemas lagi..sepupu2 laki sume kat blakang, bersama adik aku mengadap komputer. cam cibai je..

lepas mengemas, tukar baju, kitorang pon ke rumah bakal kakak iparku..rumah quaters polis, so just nice..

adat orang melayu, ada la pantun sikit, pastu apa dibincangkan, xla aku amek tau sangat.sebab aku duduk di luar. pastu acara menyarung cincin tunang.. mama sarung kak kak ina (bakal kakak ipar aku). pastu sambung acara amek gambar kat bilik, dengan hantaran2 nya..

pastu makan..kenyang..borak2 ngan sedara mara..pastu masuk balik..nak tuka2 hantaran..amek gambar lagi...

pastu balik..tak sempat rilek, pinggan mangkuk kenduri pagi tadi kena dibasuh..aku lagi yg basuh.. hadoi..

kesimpulan, aku memang penat..


gambar2 aku sertakan esok je la erk??

May 29, 2009

compare and contrast...


banding. beza. compare.

maksudnya x jauh beza.

terserempak dengan seorang cikgu di kantin sekolah. dia cikgu aku. dari tingkatan 1 sampai la pmr. senang sangat dengan ajarannya.

dia bertanya pasal adik aku. tahun ni upsr. bukan la cemerlang. biasa saja kataku. tak cemerlang. atau boleh kata agak teruk. tiada semangat belajar.

macam2 la celotehnya. membeze-bezakan aku dan adikku. tak kisah la.

compare aku dengan adikku. sangat la tidak adil aku rasa. hidup dia dari kecil 'makan di-suap' padahal saya 'makan suap sendiri'. dia masih setaun jagung, aku ni dah semakin besar dan besar. dia belum tengok dunia yang luas. perangai kami pon berbeza. so x payah la membezakan kami. kami memang lain.

aku tengok dia membesar. aku tau apa dia suka dan tak suka. aku tau apa dia boleh dan tak boleh buat. ya, dia memang lembab bab2 blaja, aku paham. liat hatinya. dah ku ajar pon xpaham2.

tapi dia boleh berjaya. bab2 komputer,format virus, repair komputer, memang hebat. macam abang aku. dia memang hebat. aku akui, aku dah kalah dengan dia. even aku sendiri kena belajar dengan dia bab2 komputer.

camne teruk pon adik aku, aku bangga dengan dia!!

er, berapa ramai yg boleh berbangga yg adik dia yg baru skola rendah dah leh dapat income beratus2 untuk repair computer??

sape x bangge...

May 27, 2009

kawan terpinggir



current mood : sedih sikit...

sebab?
apa korang buat if time korang berjalan2, terserempak lak dgn kawan2 lama? korang pegi tegur or x?
well aku try r nak tegur kan, yela time skola memang rapat. satu kelas lagi, leh kata satu komplot di hostel ketika kami nakal melakukan jenayah..haha

tapi,

bila diorang nampak aku, diorang wat dek, pas salam, tegur sepatah dua, pastu berbagai alasan di-create oleh lidah. lidah itu tipu atau tidak, saya tidak la tahu. maka berlalu la mereka...

well, kawan yg dimaksudkan bukan la warga rivolusis erk? tapi skola sebelum tu la.

mereka kaya raya sekarang, tidak cerdik akademik, tapi berjaya juga dalam hidup.
tapi saya tidak senang dengan kamu2 sekalian yang sombong2 ni.


kadang2 terasa macam dilupakan pulak. aku je terhegeh2 mahu merapatkan ukhwah. tapi takpe la. kamu bahagia begini kan? ikut saja la rentak kamu.





kawan datang dan pergi.. tapi awek camne erk?? haha

May 25, 2009

photography 2!!










weekend yg agak bosan.
saya tidak ke mana2.
jadi, ini la keje saya.


mood : pikirkan pasal upu...

May 23, 2009

photography!!







petang yang kebosanan..
mencapai kamera, kucing2 sebagai model..
maka ini la hasilnya..





sekadar mengisi masa lapang..

May 22, 2009

futuristik yang tidak la fantastik mane...


hari ketika interview,henpon sangat2 la bz.
semua sibuk bertanya, call dan sms saja sepanjang hari.
ketika menonton cerite push di pavilion pun terganggu.
motifnya sama.

"result ko camne weyh??"

result saya tidak la bagus.
tapi tidak juga frustrated.
juga tidak berapa gembira.
boleh jadi aku boleh dapat lagi bagus.
suka atau tidak, deal with it..

review kembali..
ketika dapat result final sem 1
aku rasa betapa dunia tidak adil.
si polan itu kaki ponteng,tidak belajar sangat pon
tapi better dari aku.
ya, aku si kaki study di sem 1, tapi x berbaloi result aku.

mesti ada silapnya di sana sini.
sedikit anjakan paradigma, maka berhasil.
walau tidak la boleh membanggakan ibu bapaku
tapi hati sudah puas.
tambahan biology sudah a, impian boleh dicapai.
Insya-Allah.


ingat semua.
kamu tidak akan selalu bernasib baik.
kamu berbangga-bangga dengan result yg gempak, tapi usaha yg sedikit,
kamu tidak ke mana.
syukur saja dengan apa yang kamu dapat.

realitinya,
sentiasa la bersyukur.
kamu berjaya, saya tumpang gembira.
harap kejayaan saya juga buat kamu gembira.




veterinar..di upm or umk? hadoi!!

May 21, 2009

saya guru cemerlang...

pepagi sebelum subuh saya bertolak ke upsi..mau awal untuk temuduga..contoh terbaik seorang guru..haha

interview mula pukul 9..saya orang pertama..

bibir terketar2..salam pon dah x berapa betul ungkapannya..

"rileks..jangan neves..xde ape yg nak ditakutkan"
"ceritakan latar belakang awak, mengenai keluarga, sekolah, apa saja tentang diri awak"
"di sekolah, anda terlibat dalam persatuan atau kelab apa?"
"sebagai PRS, ada pengalaman menarik x di sekolah?"
"cuba lakonkan situasi anda sebagai guru kaunseling, saya sebagai pelajar yg mau berhenti sekolah disebabkan kemiskinan, dah give up, x minat belajar, macam mana anda handle keadaan ni?"
"can u speak english? teel us about your hobby"


ni la soalan2 dia..hahaaku menjawab dengan selamba, neves hilang dengan sendirinya..penemuduga itu pon rileks saja orangnya..haha






saya seorang guru? boleh ke? haha..

May 17, 2009

interview???

jam 1821, 12 may 2009 yg lalu, dapat sms ini...

"SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN BOLEH DIBUAT DI HTTP://UPU.MOHE.GOV.MY

aku pon semak..rabu ni interview..dress code cam biasa la.. cam pakaian kuliah ketika di matrikulasi..dan RAMBUT MESTI PENDEK!! ni x best.. mama pon bile tengok ni, bising.."ha, k, pegi la potong rambut tu..wat pendek terus.." tapi lom dilaksanakan lagi.. maybe esok la.. ingat xmau la haircut sampai masuk u nanti..tapi biar la...

pasal interview lagi...aku ni lom ade pengalaman gi interview nih.. stakat interview untuk oral test english tu x kire r..ni nak cakap camne pon x bape reti r..aku belasah je r.. haha..aku kan suke membebel..


hey!! aku x cuak la...aku akui la ni antara impian aku dari kecik,, nak jadi pensyarah.. tapi thing get changed, right?? so skrg ini still impian aku.. cuma bukan impian aku yg utama.. but better get try than just give up, kan? pengalaman itu penting.. bukan ada jual di kedai runcit or mane2 shopping mall pon.. haha..

masa untuk aku praktikkan apa yg aku belajar dalam kelas dinamika.. haha..

May 15, 2009

kanak2 yg riang

pagi tadi aku bangun awal..selalu pas subuh tido, ntah pukul bape baru bgn.. tapi pagi tadi dapat call,ada keje sket kat satu skola ni..skola rendah..malas giler..dah r aku tido lambat sebab melayan man utd lwn wigan (f.y.i. man utd 2-1 wigan).. dengan malasnye aku pon pegi..

aku sampai2, bebudak skola berkumpul, ada perhimpunan..macam gelagat kite dulu r, ungkapan biasa.. "ANGKAT!! JATUH!! ANGKAT!! JATUH!!" kecian si pendek kene dok kat depan..yg nakal2..dok blakang, main2, usek kawan la, tarek tudung kawan..macam2..

xpayah cerita la aku watpe kat skola tu..tapi the point is, seronok tengok gelagat budak2..main aci kejar la,main sorok2 kat skola, yg bawak mainan pon ade, paling best tengok budak takut nak gi check gigi..haha..

seronok jadi kanak2..
tiada apa nak dikusutkan...



haha dah semakin dewasa rupenyer aku ni...

May 12, 2009

apa saja la dunia..

aku duduk di rumah,
tiada aktiviti, tiada ke mana,
tapi duduk di rumah juga bagus,
menghadap tv, menghadap komputer..

tv memang lengkap pakej channel-nya..
penuh informasi,penuh hiburan,
dapat tengok man utd menang lagi,
melihat badminton kita menang,
tengok AF7 yg nak masuk final dah..
haha,macam2 cerita..

aku dah agak x up-to-date dengan situasi politik kat negeri aku sendiri..
tau2 je tadi ku baca berita on9..NIZAR MB PERAK
aku terkejut gak..tapi aku x kisah..semua mende ada pro and cons...
korang mahu bertumbuk,bergusti dan meludah sesama sendiri di DUN, lantak kamu la..
aslkan kami selamat,kebajikan dijaga...
kamu x buat kerja, kamu dosa, kamu tanggung saja di sana..


erm..bile duduk di rumah saja malam hari, berdamping dengan tv, dapat la tengok af7..jarang2 miss kali ni..and aku rasakan diorang berkualiti..haha xkisah la sape juara, undian sms kuasanya, kamu mahu si polan juara, undi la dia..
tapi aku suke akim..haha..tapi aku tetap x mau undi sape2 pon..

tiada apa lagi mahu di bebelkan..

May 9, 2009

SEMBOYAN







ni dari kak fynn...
somebody yang sejak akhir2 ni aku kagum..
puisi ini lah yg ku sebut2 pada korang..
ingat?
di wuhuu baru2 ni,, aku ada cakap aku suke satu puisi dari dia..
so ini lah puisinya...

kak fynn betul..
sometimes orang sana mahu itu..
orang sini mahu ini..
tapi itu ini tidak penting..
paling penting dalam hati...

betul kak fynn??
;P



"Semboyan"

lagu ini adalah untuk kita semua dengarkan beramai-ramai
lagu ini adalah untuk kita dengarkan dan ambil perhatian
lagu ini untuk kita bangkitkan
lagu ini untuk kita jeritkan
lagu ini aku hendak panggilkan suatu semboyan

untuk sesiapa yang pernah hidup merasa ditekan, merasa dikambus
untuk sesiapa yang pernah mati bukan sekali berkali-kali

wahai kawan-kawan,
wahai pakcik-pakcik,
wahai makcik-makcik,
wahai tuan-tuan;

pernahkah kamu merasakan apa di dalam hati yang kau tekankan?
berapa ramai manusia ada di keliling kamu membeda-beda?

"siapa yang itu?"
"siapa yang ini?"
"siapa yang sana?"
"siapa di sini?"

kau rasakan begitu marah
kau rasakan sudah tak gagah
kau rasakan sangat sedih
kau rasakan sangat pedih

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar

buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata buka telinga
dengar saja suara kita

kadang-kadang kita rasakan
semua yang telah kita lakukan
sudah terlalu sempurna --

tapi kenapa saja
mengapa saja
selalu salah di mata mereka?

kita katakan kita mahu ini
kita katakan kita mahu itu
tapi aku hendak tanya kenapa cuma di dalam hati kamu?

wahai semua, bangkit sekarang!
sampai bila hendak kalah di perang?

bila-bila akan mati
tapi adakah hari ini?

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata dan telinga
jangan takut pada semua
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

hari ini...

hari ni saya mahu menulis..

tapi xde subject..

bosan la...

tapi saya tulis jugak..

maybe ini hari yg membosankan..

tiada siapa mahu berkomentar di myspace..

keluar berjalan tetapi tak menghiburkan...



konklusi : AKU BOSAN HARI NI!!!

May 7, 2009

(kosong)

aku berjalan2 ke satu tempat..bas aku melalui tempat bersejarah..

"SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH"

terkenang la aku..
semua orang di situ..

orang bijak pandai si sini dengan kata2nya tersendiri...

"menzahirkan pemimpin bertaraf dunia"
"anjakan paradigma"


macam2..
dulu aku x ambil peduli pon semua tu..


then skrg ni...
bile dah besar..aku dah paham..


semua orang boleh berubah..
lagipon kita kan orang Islam..
tiap2 tahun berkumandang lagu Hijrah itu..
semua hafal liriknya..
semua tau irama lagu nya..
semua tau kisah itu..


aku lihat si polan..
dia sama saja denganku...
sudah ke luar negara..

si polan ini boleh berjaya..
aku pon boleh..
laluan je berbeza..






anjakan paradigma - perubahan kepada sesuatu tahap yang lebih baik

May 4, 2009

jawab dalam hati

persoalkan diri sendiri..
inkah yg terbaik..
ya?? tidak??
jawab dalam hati..

perasaan itu..datang lagi..
sangat abtrak..sangat suci..
bila difikirkan..terasa melankoliknya..
mengapa??
jawab dalam hati..

hanya keranapan mampu melahirkan keajaiban.
hanya kesengsaraan bisa mengeluarkan keindahan.

aku minta tuhan pinjamkan..
kegagahan yusuf ketika dikuis jemari zulaikha..
aku minta tuhan pinjamkan..
kekuatan umar ketika disogok kemewahan dunia..
aku jujur tidak kuat..

tuhan..
imanku tidak menentu..

May 2, 2009

SEPATAH

duduk.
diam.
percaya.
pejam.

anak.
bunda.
tua.
semua.

minum.
makan.
atap.
pakaian.

lebur.
hancur.
lecur.
sayur.

acu.
picu.
tegak.
tembak.

peluru.
tusuk.
bedil.
cucuk.

siat.
koyak.
kunyah.
henyak.

hisap.
sedut.
ratah.
nyonyot.

makan.
baham.
mentekedarah.
mencurah-curah.

rentap.
rogol.
perkosa.
bacol!!!

*diam*

simpati.
tangisan.
empati.
kasihan.

kita.
duduk.
diam.
peruk.

kita boleh. boleh tengok. semua rintih kasihan. tapi itulah. sekadar rasa. bukan kau. aku juga. tuhan. maaf kami ini masih tidak ada mampunya.