December 30, 2011

ShoutMix dah jadi CBox

haa, tengok kat tepi tu. aku dah tukar dah.



blogger lain rasanya semua dah tau dan alert yang shoutmix no longer a free services. so jom la ramai2 tukar, melainkan blogger otai yang dapat ratus2, ribu tu, tak luak rasanya kalau bayar pun kan?


tapi, orang kita. kalau boleh free, mesti nak yang free kan? huhu

*

ada lagi 2-3 rayban tersimpan kat dalam loker ni. haa...nak free?

tunggu la yer..lepas aku selesai final nanti..boleh? ke tak sabar nak join giveaway aku lagi?

tunggu yer.


*


satu lagi. jom baca2 kat sini. moga yang baik, amalkan. well, benda baik kena share la pada yang tak tau lagi. jemput2.

http://keretamayat.blogspot.com/

December 25, 2011

surprise, again

my dear cupcake ni suke sangat surprise2 ni. huhu.



khamis lepas, is the last day of class. nak menunggu khamis ni, bermacam dugaan la ada. dengan assignment yang berlambak2 untuk di-submit khamis tu dan  juga test meat science... seriously ntah apa aku jawab masa test tu.



dan lepas test tu, aku berpakat dengan maya dan kak dib nak gi makan2. my cupcake x dapat join sebab dia kata nak balik rumah kat besut. so aku dengan maya je la. sebab kak dib akan datang sendiri kat sana, since dia stay kat rumah sewa.



pastu maya bagitau, maya bawak kawan dia sorang. dan lepas aku amek kereta tu, 'kawan' dia ni duduk belakang. aku tak amek port sangat nak sembang2 dengan 'kawan' dia kat belakang ni, sebab drive kan. kelisa tu pun macam uzur je, so extra careful la kan.



then kitorang pun sampai la. at that moment, baru la aku sedar.... WAN NUR KAIYISAH BINTI WAN HARUJAN rupenye dekat belakang dari tadi. haha.



paling best, sepanjang nak keluar, dari moment aku amek kereta sampai la nak jumpe maya, aku msj kat dia, bagitau dia semua hal. dan dia boleh berlakon macam dah selamat ada kat rumah. lagi best, aku pegi cerita kat maya pasal dia. macam2 la. patut r maya gelak semacam kot.

merah sangat muke aku malam  tu. adeh.

anyway, thanks cupcake. i love u so much.

pen takde dakwat

*okey tajuk takde kaitan sebab memang sekarang ni, pen aku tetibe xde dakwat. haha



antara masalah orang kita (merangkumi segala jenis bangsa dan lapisan umur) ni adalah bila ada masalah dengan orang lain, tak reti-reti tegur orang tu. haa, betul ke tak? tak nak mengaku?



contoh satu. ada kawan suka cakap lepas. kalau bergurau tu, semua benda la terkeluar. dan minah sorang ni terasa hati. tak suka perangai dia. pendam la sorang2. sakit hati, menyampah, semua ada la. pastu esok lusa, lepak dengan mamat tadi, cover baik punya, senyum2, gelak sama2 macam tak ada apa. padahal dalam hati menyumpah2.



dengan memendam rasa tu, selesai masalah ke? still sakit hati kan? kawan tu still macam tu kan? dia bukan sedar pun ko sakit hati ke apa ke.



tapi, kalau nak just let it go, bagus la. tapi kalau setakat mengusik sikit2 nak terasa lebih2 tu, tak reti la nak cakap apa. haha.

*

ni last entri kot sebab dah study week. kalau study week dok online je, tuka je nama jadi online-week, kan? so, as usual, mintak maaf bloggers dan pls doakan aku supaya sihat walafiat dan boleh jawab exam dengan jayanya.

terima kasih.


oh ye. lisa surihani dengan yusri nak bernikah dah kan? ada member aku cakap, lepas ni ramai la lelaki yang frust menonggeng. menangis kecewa.


pada aku tak pun. tapi instead of berita tak best untuk kaum lelaki, berita pernikahan yusri-lisa ni adalah berita gembira untuk kaum wanita. nak tau kenapa?

sebab pakwe2 diorang takkan duk memuji2 lisa dah, dan diorang tak perlu jeles dah. haha

December 21, 2011

rupa duit baru tahun 2012

ok. simpan semua duit sekarang. lagi 50 tahun, akan jadi antik, sebab tahun depan dah start guna duit baru. duit baru ni cantik gak. duit syiling dia pun style je. haha. dan start tahun depan, dah ada balik duit rm20. huhu.

ni ha gambar. tengok la.





December 18, 2011

jubah

hampir hujung tahun, hampir hujung semester.

tinggal beberapa minggu je lagi semester ni nak habis. minggu depan dah study week, pastu dah exam. dah tahun baru, 2012.

hujung semester, bermakna catuan PTPTN pun dah xde. haha. macam-macam semester ni punya cerita, punya ragam. sem ni lah spek nak pecah, sem ni lah nak kena saman, sem ni lah hanset rosak, sem ni la nak bayar itu ini. adoi.

so sekarang, poket dah kosong. aku hanya survive kalau ada orang beli jubah ni. haha.

nak jubah? pergi tengok sini. ye, klik sini yer. kat sini ada jubah cantik2, nak clear stok ni. kalau rasa cantik, berminat, roger aku. mana la tau kot2 boleh nego sket harga tu.

ni satu contoh jubah dia.


ada banyak lagi. sekali lagi, klik kat sini untuk lebih banyak design. details semua ada kat sana. haha.


*dulu niat xnak dah promote bisnes kat sini, tapi takpe la, sekali sekala. haha

December 16, 2011

status FB student IPT sekarang

aku rasa, selain dari aku, majoriti pelajar2 IPTA yang nearly stdy week ni pun sama macam aku, tengah lemas dengan segala macam bentuk penyiksaan mental.

bentuk2 penyiksaan mental di sini termasuklah assignment, lab report, report trip, kelas ganti, dan sebagainya la. menimbun-nimbun. macam aku ni ha, bersepah2 lagi kerja nak kena hantar. assignment BIOSTATISTICS paling hebat. adeh.

dan secara x langsung, ini menunjukkan, budaya buat-last-minit masih menjadi trend dalam kalangan pelajar di Malaysia. haha.

ada pembaca blog ni yang tak? tahniah, korang termasuk dalam golongan minoriti yang berjaya.

December 12, 2011

biostatistics dan sehelai tisu

ini cerita sebelum pergi penang. cerita sebelum tengok kuda2 penang, dan juga anak mami. :)

lepas kapel ni, aku selalu rasa nak jadi lagi pandai dari dia. tak tau kenapa. haha. paling tidak pun, rasa nak sama pandai macam dia. bukannya aku pandai sangat pun, tapi setiap kali study dengan dia, aku mesti buat diri aku ni lebih tahu dari dia. at least, bila dia tanya, aku boleh jawab. 

betul la orang cakap, ada magik bila bercinta ni. 

hari rabu, lepas je lab biostatistik, aku dan si dia pun keluar pergi tepi pantai, sewa kereta. dengan niat, nak study biostatistik kat tepi pantai. sebab si dia dah stress. aku pun stress jugak dengan subjek ni. dalam kelas yang combine 3 kos, dengan kelas kecik dan jugak lecturer yang terlalu hebat (sebab dia memang hebat, xde double-meaning kat sini), semua orang pun stress. haha.

si dia sebenarnya minta aku aku ajar dia biostat ni, since aku boleh paham gak r sikit2. assignment hari tu pun aku main taram je buat, ni dia mintak ajar pulak. haha. takpe, cuba je la ajar stakat mana yg paham tu. 

well, i'm not good enough in teaching. sebab dia tak paham apa aku ajar, dan kdg2, aku pun x paham apa aku bgtau dia. haha. aku betul2 kecian bila tengok dia terpinga-pinga macam tu. adeh. bersalah benar rasa. haa, betul la agaknya firasat aku tolak interview maktab time matrik dulu tu, sebab aku tak reti mengajar. haha. 

lepas study tu, dekat2 nak magrib tu, kami pun gerak la pegi beli sweet cupcorn dengan air, buat bukak puasa (11 Muharam), then pegi masjid, yang tak sampai 5 minit pun dari situ. dan aku pun silap tak pakai seatbelt. sekali kat simpang tu, ada pulak dah polis trafik. erm, terbang dah duit aku yang memang dah kosong ni. makin negatif la jadinya.

lepas solat, kami ke mcdonald. sambil makan, sambil sambung study. mood aku masa tu dah kurang happy dah sebab duk fikir pasal saman tadi. mana nak cekau duit nak bayar saman tu. si dia pun macam perasan je aku xde mood. terus, dia bagi aku sekeping tisu. 

"bukak, baca lepas balik bilik nanti. sekarang jangan fikir pasal tadi".

kami pun study la macam biasa, gelak2, makan2, pastu balik.

balik tu, sebelum lelap, aku terfikir balik pasal saman tu, dan aku teringat tisu tu. aku pun amek, baca. panjang, tapi ayat terakhir buat aku tersentuh. sangat2 tersentuh.

"......aku tak pernah menyesal mencintaimu. sikit pun x. bahkan aku bersyukur ditemukan dengan insan sepertimu".

thanks cupcake. i love you so much!

this is way better than bunga tisu. huhu...


December 5, 2011

okey, laptop aku serta playlist dalam fon aku pun sekarang berulang-ulang main lagu carta hati ni. nice work najwa latif!

oh ya. tahniah jugak sebab dah ada channel VEVO kat youtube!




tahniah sebab masuk AJL 26!

tahniah sebab makin top sekarang!

*

untuk AJL 26, aku berharap sangat pemenang tu adalah pencipta lagu tu sendiri. sebab aku rasa penyanyi yang buat sendiri lagu dia adalah sangat talented. sebab tu last year, aku rasa ana raffali sangat layak untuk menang.

faizal tahir? aku expect menang persembahan terbaik. berapa kali dah dia menang persembahan terbaik? tengok la effort macam mana dia kasi untuk persembahan dia sebelum2 ni. lebih hebat dari noraniza idris masa dulu2 tu. huhu.

ni lagu karma. kalau faizal tahir buat scene bunuh2 macam dalam video klip tu pun ok gak kan? buat la tetibe kena tikam time tengah nyanyi tu ke. darah memancut2 keluar. haa, pastu siap la krew pentas susah payah kena lap darah memancut2 tu.

eh aku lak lebih2. pepandai la faizal tahir coordinate persembahan dia tu. orang kreatif, mesti idea banyak. kan?

oh ya, juri-juri, jangan jadi macam juri AIM. kesian yuna.

December 2, 2011

finalis AJL 26

PESERTA YANG LAYAK KE ANUGERAH JUARA LAGU
  1. KALAU BERPACARAN - Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate
  2. KARMA - Faizal Tahir
  3. PENAKUT - Yuna
  4. SEDETIK LEBIH - Jacquline Victor
  5. AWAN NANO - Hafiz
  6. CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif
  7. WANITA SELURUH DUNIA - Projek Pistol
  8. TIGA SUARA - Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
  9. KEKANDA ADINDA - Monolog dan Atilia
  10. SUNGAI LUI - Aizat
  11. CINTA HATI - Aliah
  12. GADIS SEMASA - Yuna
sumber : AbgTeror

December 1, 2011

cari pengalaman

nearly 3 minggu merantau tempat orang cari pengalaman. cari ilmu.

terengganu--->johor---->melaka------>terengganu.

selain jadi tempat belajar, tempat ni bagi aku exposure yang sangat banyak untuk aku pilih hala tuju bila masuk alam kerjaya nanti.

dan, paling best, experience ni aku share bersama-sama dia :)


*ada yg jeles tengok aku berkepit sokmo dengan dia. haha, sorry la geng.