December 25, 2011

pen takde dakwat

*okey tajuk takde kaitan sebab memang sekarang ni, pen aku tetibe xde dakwat. haha



antara masalah orang kita (merangkumi segala jenis bangsa dan lapisan umur) ni adalah bila ada masalah dengan orang lain, tak reti-reti tegur orang tu. haa, betul ke tak? tak nak mengaku?



contoh satu. ada kawan suka cakap lepas. kalau bergurau tu, semua benda la terkeluar. dan minah sorang ni terasa hati. tak suka perangai dia. pendam la sorang2. sakit hati, menyampah, semua ada la. pastu esok lusa, lepak dengan mamat tadi, cover baik punya, senyum2, gelak sama2 macam tak ada apa. padahal dalam hati menyumpah2.



dengan memendam rasa tu, selesai masalah ke? still sakit hati kan? kawan tu still macam tu kan? dia bukan sedar pun ko sakit hati ke apa ke.



tapi, kalau nak just let it go, bagus la. tapi kalau setakat mengusik sikit2 nak terasa lebih2 tu, tak reti la nak cakap apa. haha.

*

ni last entri kot sebab dah study week. kalau study week dok online je, tuka je nama jadi online-week, kan? so, as usual, mintak maaf bloggers dan pls doakan aku supaya sihat walafiat dan boleh jawab exam dengan jayanya.

terima kasih.


oh ye. lisa surihani dengan yusri nak bernikah dah kan? ada member aku cakap, lepas ni ramai la lelaki yang frust menonggeng. menangis kecewa.


pada aku tak pun. tapi instead of berita tak best untuk kaum lelaki, berita pernikahan yusri-lisa ni adalah berita gembira untuk kaum wanita. nak tau kenapa?

sebab pakwe2 diorang takkan duk memuji2 lisa dah, dan diorang tak perlu jeles dah. haha

1 comment:

aimie amalina said...

masalah ckp lepas
dn mendem2 ni mang sokmo terjadi
huhuhu



btw
belajo ajin2 ye :))