December 25, 2015

style

jangan ingat kerja aku sekadar makan angin.
datang-ambil gambar-keluar report.

itu bukan style aku.

iye, aku tak ada pengalaman.
tapi kerja aku membolehkan aku collect pengalaman dari bermacam-macam jenis orang dan cara kerja, dan dari situ la aku dapat ilmu.
dan aku tak nafi setiap orang ada cara tersendiri, dan itu juga satu ilmu baru untuk aku ceduk. 

tengok cara aku kerja, baru judge. 

*tak kenal maka tak cinta. ewahh~

December 18, 2015

pen

pen. ada macam-macam warna. macam-macam bentuk.
macam-macam jenama. harga ada mahal, ada murah.

fungsi sama. menulis.

habis ink, kita buang. beli baru.

*

life kita, macam pen jugak.
sampai masa, mati la.

cumanya, cara 'ink' kita tu 'habis'.
sama ada habis sebab menulis, ataupun habis sia-sia je sebab kering macam tu je.

azam 2015 korang, tercapai?

December 10, 2015

kahwin

kahwin.

tak lama dah.
risau dah ni.

ok, kalau la ada readers kat sini, aku nak jemput korang share pasal perkahwinan korang / perancangan perkahwinan korang. sebab aku dah mula dah rasa debaran dia. duit dia ntah burn sana sini. haha. aku perlukan idea, pandangan dan pengalaman orang lain dalam hal ni.

plan: in sha Allah tahun depan. lepas raya kot. tarikh belum decide tapi tahun depan. orang terengganu, aku di perak, so dalam kepala, kena sewa bas la kot.


soalan khas untuk lelaki: berapa rm korang habis untuk segala majlis kahwin ni? (perempuan kalau tau pun sila share)

meh ajar aku planning supaya semua boleh atur baik-baik dan semua jalan lancar.

aku tunggu komen korang.