June 20, 2012

tamat semester 6

alhamdulillah, selesai sudah semester 6. selesai sesi tahun 3. dalam erti kata lain, dah nak masuk tahun akhir dah.

sem yang sangat mencabar. banyak ups and downs. subjek yang mencabar, tapi alhamdulillah, in the end, kita dah bagi yang terbaik dah untuk dapat result yang terbaik.

alhamdulillah, dah sampai kat rumah. hanya ada 5 hari je dekat rumah ni sebelum spend 6 minggu untuk praktikal. dan 5 hari ni jugak untuk layan euro 2012 dekat rumah. haha.

so, nak bagi tau ni je dulu buat masa ni. bye.

June 9, 2012

otak scanner

mood study week ni memang lain sangat daripada study week yang lepas2. haha. stress. semua subjek menghafal macam ni boleh buat aku giler kot.

isnin ni dah start perang, dengan tisu culture. tak habis2 lagi study ni.

based on carry marks, kita boleh agak dah berapa yang kita boleh dapat lepas final nanti. dan aku agak depressed jugak la dengan carry mark aku sebab down teruk sangat. yes, subjek tu susah, and aku sendiri x perform dalam test 1 and test 2. so salah sendiri dan padan muka aku, walhal tau dah style permarkahan dia macam mana.

kan bagus kalau boleh cucuk pendrive kat otak, masukkan nota2 yang berkaitan sebelum masuk final? yela nak jawapan sebijik2 dalam lecture notes, susah weh. otak aku bukan scanner macam orang lain.


doakan aku yer korang.

*EURO 2012 dah start pulak. nak main fantasy football lagi.
*sia2 pilih cech. kena pulak bolos banyak. adeh.

June 2, 2012

kaunselor

beberapa hari lepas, sementara menunggu lecturer masuk, subjek microbiology, semua orang dengan hal masing2. nadzley dengan lagu Glee (kalau x salah la), fifah dengan running man ep 96, er aku pun tumpang sekaki, sambil pau biskut dekat fizah.

sambil2 tu husna datang, story pasal adik dia. lutfi kot nama adik dia. dah masuk matrik pun, tapi asasi umk. citer punye citer, fizah datang join sekali. pastu fon dia bunyi, adik kecik dia call. daus. aku penah datang rumah fizah sem ni, tengok 'kenakalan' dan kerenah adik dia ni.

teringat lak, masa datang tu, aku cuba la kecek klate sket2, tapi x jadi. adik dia ni berjaya kantoikan aku. "cakap luar, haha". haha. adik dia ingat, semua umat manusia ni boleh cakap klate ke? haha. abg orang perak la dek. main kome2, mike2 je.

berbalik pada cerita. tengah fizah cakap2 dengan adik dia tu, aku gi amek fon dia, usik2 adik dia. adik dia bising, nak cakap dengan kakak dia. rindu benor la tu. tak habis2 suruh kakak dia balik cepat2.


pastu, fizah tetibe cakap,"khir, aku rasa kan, kalau ko jadi kaunselor pun bagus".

haha. citer lama. masa UPU dulu, aku isi nak jadi guru kaunseling pada 2nd choice kot. tapi xpe, sebab tu agaknya jodoh aku dengan PRS still panjang, siap appointed jadi presiden lagi. haha.

dah la, study parasitology jap. kang aku story kat sini pasal cestodes, nematodes, sorang pun x paham.

owh, tahniah Hujan dan Zizan sebab menang Versus dan Super Spontan. Zizan, bagi je la kete tu kat aku, ko kan ada EVO 10 dah. haha