June 15, 2011

latihan industri UPDATED!

15 Jun 2011. update latihan industri.

minggu keempat di ar raudhah biotech farm, hampir buatkan kami jadi "jawa celup". tambah2 lagi amer dan faiz rahman. menjadi2 jawanye sampai orang indon kat sini pun tak faham versi jawa mana diorang pakai.

kesemua kerja kat sini aku dah try buat. dari kambing beranak, cuci kandang, bagi makan, vaccination, treatment, semen collection, cryopreservation, mandi kambing dan sebagainya. sesi lab paling aku suka sebab cik nadia explain in detail tentang cryopreservation. jelas dan terang. dari step calculation, sampai step by step of cryopreservation tu dijelaskan dengan terperinci. plus, dapat buat sendiri, itu yang paling best. huhu. last semester aku buat assignment tajuk cryopreservation, tapi banyak yang aku tak faham. dengan sesi lab ni, buat aku lebih faham tentang cryopreservation ni.

2 minggu terakhir ni, kami bertungkus-lumus kena siapkan proopsal mengenai tugasan masing2 beserta sesi pembentangan untuk dibentangkan kepada penyelia kami bersama dengan pengurus operasi ladang di minggu terakhir nanti. jadi, mcdonald adalah sumber wi-fi terbaik untuk dapatkan informasi. haha.

nanti kalau datang mcdonald lagi, akan ada lagi update. haha.

sayang

online di mcdonald kerana mahu siapkan assignment. haha

*

lega rasanya bila berterus-terang. tiada apa lagi mahu disorokkan bila bersama dia. dan alhamdulillah, dia menerima segalanya. sebab tu aku sayang dia. huhu.

geli baca ayat di atas?

ah biarlah. blog aku kan. haha

June 3, 2011

cerita pasal praktikal

maaf, 2 minggu tak update. busy dengan praktikal.

2 minggu pertama saya di tempat praktikal, okey la. kerja-kerja di kandang banyak juga yang kami buat dan belajar. jadi bau kambing itu sudah lali pada saya.

selain belajar tentang kambing dan pengurusan ladang, dapat juga belajar dan bertukar-tukar cerita mengenai Indonesia. ya, tempat praktikal saya boleh diibaratkan kampung jawa. haha.

nanti saya cerita lagi pasal praktikal ni. mau rehat. ni baru je sampai rumah ni. huhu bye.