nak A, tak nak usaha, boleh ke?
aku bukan seorang pensyarah
atau seorang cikgu macam abah

apa rasa kalau pelajar kau tak perform?
apa rasa kalau pelajar kau malas study?

aku sebagai student, selalu fikir

apa rasa lecturer ni kalau aku buat assignment cincai2 jer..
dah r malas..aku tak perform dalam exam..mesti kecewa dengan aku..

minggu lepas..
dah lepas test untuk kimia organik, biochem, akaun..
esok ada test ekonomi, rabu ada fiq-islami..

tak sabar mau balik rumah..
kali ni naik kereta sama soffi..haha
test satu dan dua dan tiga..
aku sedar..
kadang-kadang aku juga tipikal..


penah tak kau dalam situasi ni?

bila time exam, ko study rajin gila macam tak ada lagi hari esok
esok bila exam
kawan ko sedap2 tiru kat budak lain

ko marah kan?



esok bila ada test lain, kau sakit perut
atau demam panas
ataupon tertidur sebab kelas sangat padat
lalu ko tagih simpati orang untuk kasi tiru


agak2 apa orang kata kat ko?

sila2 komen..haha
Labels: 4 coretan.. | edit post
kopiko dan eksprezzo
saya dengar masalah orang
dengar rintihan orang
suara hati dan keluh kesah diorang

jangan salah anggap
saya bukan busybody
saya cuma mau tengok kamu tenang
wajah berkerut kamu tak comel

haha

jangan risau dengan cerita kamu
sebab saya dengar, saya simpan sorang

dan

kadang-kadang
cerita kamu kasi ilham
untuk coret dekat sini


maaf saya bukan kaunselor
cuma mau jadi "kawan" yang betul-betul kawan.

ya. saya ikhlas berkawan.
kamu tak ikhlas, saya tak kisah.

sebab banyak assignment dan test untuk saya kisahkan dan ambil tau.
hahaha...



tajuk tak kena mengena
tidur pukul 4 pagi untuk study
makan gula-gula tak mau mengantuk.
haha
hidup adil x?
sekali lagi mau ingatkan..

Anna gadis tipikal bukan awek aku.

jangan teruskan gosip-gosip tak berasas.


*diam


bukan senang mau curi masa update blog dan on9 facebook..
dan bukan senang mau cari signal udm hotspot malam-malam dekat blok.

rezeki aku dapat on9 malam ni.

entri kali ini:

mari diskusi pasal hidup
sebab hidup kadang-kadang kau rasa tak adil

kau ada ada yang perlu untuk berada di pentas sana
kau berani, kau hebat, kau puitis.

tapi kau tak ada rupa
kau boleh berambus.

adil tak?

*fikir

kau bijak belajar, anak kesayangan profesor
cgpa 4.0, kau beruntung,
tapi kau miskin, tak mampu belajar tinggi-tinggi
sia-sia belajar.

*sekali lagi, adil tak?

kau memang hot
kau hebat
kau awek paling cun kat dunia
bonus lagi bila kau anak Datuk
walau suara tak sedap, kau diterima jadi artis
walau tak bijak, kau boleh belajar seberang laut

jangan persoal hidup adil atau tak
hakikatnya memang tak adil
sebab hidup ini macam satu perjudian
pandai-pandai mau hidup
baru boleh selamat.


kembali sambung assignment..
perhati diam-diam
lepak tepi pantai
tengok orang main layang-layang
sambil tengok budak belajar tunggang kuda
tengok jugak ketam terkedek-kedek lari bila kena kejar dengan budak umur 5 tahun
awan mendung dah berarak jauh
tak hujan malam ni.

tengok pula mat motor bersama awek di tepi a&w
sambil main sepak-sepak pasir
yang mandi kat pantai tu ada jugak
sama ada bodoh atau buat-buat bodoh, tak pasti
sebab terang dan besar sungguh papan tanda "DILARANG MANDI DI SINI"

5 minit berlalu,
classmate datang lepak-lepak
keluar handphone dan gambar sana-sini
pasti benar akan di-upload dan di-tag di facebook

aku membatu
suka tengok suasana
dan suka buat "dubbing" sendiri berdasarkan sketsa secara langsung depan mata
dan aku gelak sorang-sorang.

gila.
kan?

aku rindu mama dan abah.
rindu rumah.

homesick sekejap.
haha

dah habis homesick.
kejap je..

time to get ready for class..
bye..

tempat dekat dengan pantai..
best layan feeling..huhu
teka lirik contest..
ku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama

pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku, kau bisikkan cintamu
kau kata "baby i love u"
kau cairkan hatiku

bahagia ku rasa
di saat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu



cilok dari lirik lagu..

siapa tau lagu apa?
ada hadiah untuk anda..haha
lagu apa dan siapa nyanyi..


clue : lagu ini takde main kat radio pun..
aku kasi hadiah dua pemenang je..huhu
peluang
teriak kuat-kuat tengah malam
biar terburai isi dan terjelir lidah
laung saja apa yang kau rasa
kau ada ingin untuk lakukan
kau mampu dan kau boleh.

masa sudah tiba untuk kau teriak di hadapan
bila lagi mau?
jangan selamanya kau bersuara tegas dan lantang di belakang
biar terjuih bibir kau di pentas sana
biar diperkatakan orang
biar jadi bahan
janji kau rasakan apa yang kau tak pernah rasa.

selau kau lihat orang atas pentas
kau kata kau juga boleh buat macam dia
malah kau kata kau boleh lebih baik
sampai bila mau sorok?
sampai bila?
artis indie juga sudah ke persada arus perdana
kau bila lagi?

sudah tersedia peluang
terhidang depan mata
pergilah jamah peluang itu
biar orang lain turut terhibur
seperti aku terhibur dengan bait bicara dan aluan tarian jarimu
memetik gitar
aku mau kongsi kamu dengan orang lain
biar sama-sama rasa
apa yang patut kau rasa
kerna aku dah rasa apa yang patut kau rasa ini.
ku takut kau hilang


Submit By : Joe Hamzah

KU Takut Kau Hilang

Intro:
Em,F#,B,Em,F#,B,Em,F#,D#m,G#,Em,F#.

Verse 1:

Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
jadi bayang2
Em F# D#m G#
sesat dalam lurah yang gelap
Em F#
tiada udara

Verse 2:
Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
dalam ribut taufan
Em F# D#m G#
entah mengapa cepat berubah
Em F#
ternyata kau lemah

Chorus:
Em F# B
Madu atau racun namamu
Em F# B
bunuh saja kecil hatiku
Em F#
awan mendung telah berarak
D#m G# Em F#
nafas mula segar kurasa dunia

Verse 3:
Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
karam di lautan
Em F# D#m G#
dipukul ombak dihempas badai
Em F#
hilanglah arahnya


aku suka lagu ni..

so saja mau share..

nak dengar lagu, download sendiri k?

xpun ym aku, aku send kat korang..haha


kredit : malayapark.com

lelaki baik dan perempuan ganas
cerita benar.. mengenai kaawan aku..

si gadis ni luarannya sangat ganas, otai, rock, selamber, dan apa2 word yang berkenaan la..
dan si lelaki ini baik, bijak, ok pada paras rupa...haha...

dua-dua kawan aku...

dan sejak akhir2 ni, ada sesuatu yang lain pada si gadis..

maksud aku, sesuatu yang lain, macam perasaan si gadis pada si lelaki.

dia suka menyebok bila aku berborak pasal si lelaki.
dia suka mencelah bila kami sebut pasal si lelaki.
dia siap back-up lakgi si lelaki kalau aku or sapa2 kutuk si lelaki.
dan dia suka curi-curi pandang si lelaki dalam kelas.

haha..

bagi aku, terus terang la si perempuan suka kat si lelaki ni kan?

bila tanya, x habis2 deny..
si lelaki tau dan sedar,
tapi malas mau layan..

haha..
sorry kalau bagi korang entri ni x menarik..
tapi ni blog aku kan?
huk huk ;p


classmate aku konpem tau siapa aku maksudkan kan?
senyum kambing
lama tak menulis
faham sajalah
assignment, kuiz, 2 lab report tambah 1 field trip report dalam seminggu
campur lagi dengan kepadatan masa dan kekurangan tidur
haha

hidup normal seorang pelajar universiti
macam ni lah.

*

khamis lepas is our first field trip.
destinasi : kandang kambing dekat area2 marang, milik pak cik ismail

pagi datang lawat sana sini, ambik imput mana2 yg penting,
tanya itu ini pada yang berkenaan,
dan masuk kandang kambing semestinya.

tak perlu la cerita secara saintifik kot
sebab aku tau korang tak berminat.

trip ni cuma "pandang-tengok-belajar trip"
so belum buat secara praktikal lagi.

tapi aku dah praktikal diam2 kat belakang dengan anak2 kambing kat sana.
sapa cakap anak kambing x comel?
bulu dia macam teddy bear tau.
haha.

gambar x dpt lagi.
sebab olympus saya masih di warranty.
kena tunggu ehsan kawan2.
kalau tak sabar, kamu jenguk facebook saya.
pastinya diorang sudah main "tag" gambar.
sebab itu memang hobi diorang.
haha

Ping Pong 3D

  • anda pelawat ke:

    tinggalkan link anda..


    ShoutMix chat widget

    Tunjukkan bantahan anda!

    Boycott!

    Followers

    FEEDJIT Live Traffic Feed