October 31, 2010

tak menoleh lagi bahagian 2

pagi itu, dia bersarapan sendiri di kedai mamak. makan roti canai dan kopi o. makanan pagi yang tipikal kalau duduk di Malaysia. dia tak mahu balik ke rumah. dia tahu, dia tak mampu berdepan dengan kesedihan. kalau boleh, dia mahu semua itu berlalu cepat-cepat. biar seperti tiada apa berlaku.

ego, kan?

*

telefon bimbit bergetar. sedikit mengganggu lamunannya. ada sms dari Mya.

"morning cupcakes. u pergi mana?"

dia diam. entah ke mana saja dia dibawa dengan lamunannya tu. kesepian, ketakutan, kebimbangan, diiringi bunyi bunyi hingar bingar jalan raya. dan ketika itu, dia merasakan yang jiwa dia hampir mati. nazak. ingin benar dia tulis.

dengan jiwa yang hampir mati itu, dia berjalan pulang ke rumah.

*continue...

October 30, 2010

video-video lagu projek tribute to P Ramlee

entri kali ini credit lebih dekat brother TheZul, sebab upload video2 cool ni.

sebelum ni, aku dah pernah list dah lagu-;lagu P Ramlee yang di-remake oleh band2 indie kita. ni la hasilnya, yang aku nak share dengan korang.



1. The Ramlees- Itulah Sayang





 2. Azlan The Typewritter feat AG-Jeritan Batinku




 3. Hujan-Tunggu Sekejap





4. Seven Collar T-Shirt-Jangan Tinggal Daku





 ini je yang aku jumpa dekat youtube. memang best, dan aku rasa seven collar tshirt punya lagu ni the best la. ada lagi lagu2 lain yang aku tak sempat dengar dekat XFM, so tak tau lagi lagu2 yang lain tu macam mana. tapi tanyalah pendengar XFM lain, respond semua positive!


notakaki: patut keluarkan album rasmi untuk project ni. aku mesti beli. original. promise beb!

October 28, 2010

tak menoleh lagi bahagian 1

malam ini, tidur Mya tidur mati. Mya tidak bangkit bangkit dari bantal empuk. lena benar tidurnya tanpa mimpi jatuh basikal. tak terganggu tidurnya dengan bunyi anjing menyalakkan hantu. memang benar tidurnya lena. kalau didatangkan doktor, mungkin Mya dikatakan sudah mati. ya, dia tidur mati.

di bilik sebelah, lampu terang benderang. Amad belum tidur walaupun jam sudah pukul empat pagi. mejanya penuh bersepah dengan krayon kontot dengan pensil warna ada gambar burung kakak tua. sibuk benar melukis. dalam hatinya, dia mahu semuanya jadi. ini saja peluangnya. tiada lagi peluang lain. hanya esok untuk dia. tapi tidaklah hingga jadi perkara hidup mati. cuma kalau terlepas, hidup tak tenang. itu saja. tak mati.

dengan pensil warna oren yang tumpul, dia tulis puisi. Amad suka benar puisi. tapi dia tidaklah terdedah benar dengan dunia sasterawan. belajar bedah-bedah haiwan, tapi suka puisi. dia suka benar Fynn Jamal. puisi orang jujur yang lantang dengan kejujurannya. tak pernah peduli apa orang kritik. Amad juga suka benar Jayzuan. cuba lihat sudut kanan di tepi buku Animal Nutrition, ada buku-buku kecil. "28 Hari:Jurnal Rock n' Roll" dengan "Nota-nota Gila". itu tulisan Jayzuan. dua orang ini je sebenarnya orang puisi yang selalu Amad ambil tahu kegiatannya. kenapa? nanti tanya Amad.

Amad tulis puisi. sambil itu, telinga dicucuk earphone. dengar mp3. keluar lagu Yuna. "Deeper Conversation". dengan muzik ballad yang memukau dengan lirik sebegitu, Amad jauh dibawa oleh 'soul' lagu itu. jauh. dan diulang-ulang lagu itu. cukup lima kali, lagu itu masih lagu kedengaran di telinganya, cuma kali ini dia tak pergi jauh. dia angkat pensil warna. mula menulis puisi. menulis dengan 'mood' jiwa begitu, senang bagi saraf-saraf otak bekerja keluarkan idea.

hampir subuh, Amad selesai dengan krayon dan pensil warna. jujur cakap, lukisan itu tak cantik. Amad cuba melukis seorang lelaki dan perempuan, berdiri di tepi buaian. di dalam, ada puisi. tiada siapa dibenarkan baca. kecuali Mya.

dengan perlahan, Amad masuk ke bilik Mya. di sebalik beg pakaian yang selesai dikemas, Amad selitkan hasil tangannya di satu ber kecil warna biru. dia tahu Mya akan jumpa hasil tangannya di dalam beg itu.

tepat azan subuh, Amad keluar. solat subuh. doa panjang, mendoakan kedua ibu bapanya, abang dan adiknya. dia turut mendoakan Mya, supaya selamat. Mya akan pergi jauh sekejap lagi. Amad turut berdoa, supaya dia dikuatkan untuk hidup di hari mendatang.

Amad berdiri. ambil nafas panjang-panjang, dan segera berlalu pergi. tak menoleh lagi.


* continue..

October 26, 2010

saya yang tiada jiwa

dari petang tadi sehingga kini, jiwa saya hilang...

*

kring...kring.. (bunyi telefon bimbit. retro kan?)

"saya dari Balai Polis Kuala Terengganu. awak Ahmad Khir?"

iya, itu saya. Ahmad Khir yang tiada jiwanya. entah ke mana.

"oh tak mengapa. Encik Ahmad Khir yang tiada jiwa, kami dah jumpa jiwa awak yang hilang."

betul? di mana jiwa saya sekarang?

*putus. telefon tiada bateri. atau encik polis yang habis kredit prabayar.



*

senyap sunyi.

................................................................


Segera setelah itu
dalam ketenangan dan keheningan
timbul sinar dari dalam hati.


siapa mahu teman saya ke balai, nak jemput semula jiwa saya?

October 24, 2010

Aizat-Years From Now

disebabkan aku suka lagu ni, aku nak share kat sini.


.

ni lirik dia, aku letak gak la.

AIZAT-YEARS FROM NOW

(Intro)
What will I be years from now
What will I wear how will I look
I think too much I think too much

(Verse 1)
Sometimes its scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much you think too much

(Verse 2)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And the star much shine
The color seems so blurry

(Bridge)
Will l endup all alone
Without a shoulder to cry on

(Chorus)
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you...


(Verse 3)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And neglect most people views
Seems so worthy

*notakaki: lagu ni pertama kali dengar, ada bunyi sikit macam lagu estrella-stay. cuba dengar part chorus dia tu, sama tak korang rasa? tapi tak kisah. aku suka gak lagu ni. huhu

October 22, 2010

bayaran dari Easyhits4u.com

EasyHits4u.com akhirnya bawa hasil pada aku.

macam banner kat atas yang korang nampak ni, Easyhits4u ni konsep dia simple. macam blogwalking, tapi korang akan dapat credit dan boleh tukar pada traffic. lagi banyak click, lagi banyak traffic. traffic pulak worldwide pulak kan. huhu

niat utama aku pada Easyhits4u ni cuma sekadar situ saja. tapi ada reward, pada yang selalu click2 ni hingga cecah 10000 credits, dia bagi bonus. dapat payment sebanyak USD 3.00. okey la tu kan?

payment berdasarkan paypal.

tak rugi rasanya korang cuba jugak. tak salah pun untuk syarikat2 advertisment ni. aku pakai nuff pun okey je.

klik kat banner tu erk?

owh ni bukti pembayaran. (klik untuk lebih jelas)


October 20, 2010

Nokia N8. apa yang menarik?

Nokia N8 ialah smart phone dan antara model terbaru dikeluarkan oleh Nokia. Design yang unik, touch screen sepenuhnya tanpa Qwerty. Istimewanya Nokia N8 ialah cameranya 12 megapixels..fuhh!! mcm kamera digital, ada flash ada night mode lagi.. hebat kan.


Spesifikasi:

Display: AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors, size 3.5 inches 360 x 640 pixels

Keys: Full touch screen
Memory:16 GB storage, 256MB RAM, 512 ROM, microSD, up to 32GB
Bateri:Standard battery, Li-Po 1200 mAh (BL-4D)

Video: MP4/H.264/H.263/WMV, boleh record,  HD video capture

Audio: MP3/WMA/WAV/eAAC,

Messaging: MMS, SMS dan email

Connectivity:HSDPA, 7.2 Mbps, HSUPA, 5.76 Mbps
Bluetooth, 3g, GPRS, WIFI WLAN


Software: Java, WAP, Synergy OS - 3.0


Harga, entah..dalam rm1699 kot..


sumber dari google..

October 19, 2010

coffee break pukul 3 pagi

malam-malam sunyi begini, di kala kebanyakan manusia normal sudah tidur, aku berjaga lagi. masih cuba faham apa yang berlaku dalam kidney haiwan sebelum dia kencing (ada test tentang animal physiology, pasal urinary system).

tak perlu cakap aku rajin, bijak dan sebagainya. lempang karang. =D

*

pukul 3.15 pagi, coffee break. aku pecahkan suasana dengan video2 akustik yang cukup aku gemar. paramore, jayzuan & ainul aishah, semua aku layan. tak lupa suara gemersik amira Tilu yang berjaya menambat hati aku. buat aku rasa jatuh cinta pulak dekat dia. aish.

aku dihukum oleh seorang silent reader, tak lama dahulu. katanya, kalau awek cun menyanyi, semua aku suka. semua sedap. haha yeke? tak jugak. tolong jangan label aku begitu. cantik itu sangat relatif. subjektif. pada mata aku cantik, belum tentu pada mata kamu cantik kan?

tapi aku percaya, betul apa yang Jayzuan tulis dalam buku dia, perempuan cantik ibarat ahli sihir. dengan mata saja, mampu buat seluruh badan jadi kaku. (lebih kurang la apa yang ada dalam buku tu). cuba tanya mereka yang rapat dengan aku, macam mana aku berdepan dengan awek cantik. yang terbaru, masa buat discussion dengan classmate tentang presentation Business Plan, ada awek cantik sorang lalu depan kami. dia senyum, yang aku pasti bukan ditujukan dekat aku, tapi kena tempiasnya dekat aku. terus mamai aku dari discussion tu. haha.

maka, premis kami tetap teguh bahawa PEREMPUAN CANTIK ITU AHLI SIHIR. mohon mencadang.

*

er tiba-tiba debat pulak. haha.

October 16, 2010

sekitar kisah debat Piala Naib Canselor

siapa sangka aku masuk debat Piala Naib Canselor kan?

dari dulu lagi, aku bukan minat sangat nak berdebat ni. tengok nadz karim sibuk dengan kelab oratornya, sikit pun tak buat minat itu timbul.

tiba-tiba, ada pulak piala Naib Canselor ni. ekin dengan tiba-tiba ajak aku masuk. secara spontannya pulak aku kata, "okey". gila, aku mana tau debat weyh! dah la pertandingan tu seminggu je lagi.

dalam hati cuma kata, "layan je la. dapat sijil pun bagus. ROCK N' ROLL!!

*

semalam, pusingan saringan berbentuk liga dimulakan. aku cerita satu-satu okey?


PUSINGAN 1: FPB A vx FKI C

*notakecik. FPB ialah fakulti aku, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi. FKI (Fakulti Kontemporari Islam).

FKI C adalah terdiri daripada pendebat-pendebat terulung UniSZA. ada kak yaya, kak ain, dayat (ketiga-tiga ni kawan2 aku, exco dalam PRS). memang aku gementar gila la. rasa down bila kena lawan orang hebat pada awal2 ni.


Usul: Mahasiswa Perlu Berpolitik

Kerajaan: FKI C

Pembangkang: FPB A

Keputusan: Usul diterima. margin 3.

*aku rasa kalah itu memang jelas, tapi margin 3, buat aku rasa still okey. tambahan kata team FKI C dan hakim, team aku ada idea cuma kena lebih yakin.



PUSINGAN 2: FPB A vs FTM A(Fakulti Teknologi Makanan)

*notakecik: FTM adalah fakulti adik-beradik kitorang, sebab fakulti ni terletak di Kampus Kota, sama macam kitorang. jadi target, tak nak kalah dengan diorang.

Usul: Keamanan Dunia Hanya Fantasi

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FTM A

Keputusan: Usul ditolak. margin 1.

*yang ini agak menimbulkan rasa tak puas hati dalam team aku. sebab fakta kes kami masih kukuh dan tuntutan dewan tak disangkal dengan menyeluruh pun oleh pembangkang. kecewa, tapi takpelah. bukan nak menang sangat pun..haha


PUSINGAN 3: FPB A vs FUHA C (Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa)

*notakecik: FUHA memang terdiri dari team2 yang hebat. lantang bersuara. yelah, orang undang2, dah biasa berdebat. tapi mujur, mereka sama macam kami, orang baru.

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FUHA C

Keputusan: Usul diterima. margin 1.

*syukur. menang akhirnya. target peribadi aku memang nak cari satu kemenangan. taknak kalah semua. lebih syukur, aku terpilih sebagai pendebat terbaik dalam pusingan itu. syukur. satu kemenangan cukup untuk ke suku akhir.




PUSINGAN 4: FPB A vs FKI D

*notakecik: juga seperti kami, team baru, terdiri dari 3 lelaki, semester satu dari FKI.

Kerajaan: FKI D

Pembangkang: FPB A

Keputusan: Usul ditolak. margin 1.

*dalam pusingan akhir ni, jelas memang aku dah tak semangat. sebab point aku cuma aku cari bila sidang bermula. tak ada preparation. tapi syukur, ada kelemahan hujah kerajaan yang aku nampak untuk aku serang. dan jelas, aku berterabur masa beri hujah. adei...


Selesai pusingan saringan, kami berada di ranking ke-lima.

awal pagi tadi, pusingan suku akhir bermula.

Pusingan Suku Akhir: FPB A vs FUHA A

*notakecik: bila diumumkan siapa lawan aku. aku tersentak sangat. FUHA A ada abg bob, yang dah memang hebat gila. kata nadz karim, dia pernah berdebat di peringkat ASEAN. gila argh! aku pun redha, cuba setakat yang mampu.

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FUHA A

Keputusan: Usul ditolak. margin 6.

*kalah tu aku tau. tapi margin 6? wau. haha. memang ketara kami kena attack tadi.

untuk keputusan separuh akhir, aku tak tau detail tapi tema kak ain, FKI C dan team abg bob, FUHA A akan berentap di final malam ini.


keseluruhannya, aku puas hati dan berbangga. tercapai jugak objektif untuk merasai kemenangan dalam peringkat saringan. layak ke suku akhir itu bonus. huhu.

siapa kata aku, yang romantis kata-kata dalam bait-bait puisi tak mampu tembak orang dengan hujah aku?  =)

October 14, 2010

Astro, XFM, Tribute to P Ramlee

Legenda kebanggaan Malaya, Tan Sri P Ramlee. seniman yang hebat, kan?

Bulan ni, Astro dan syarikat2 radio naungannya terutama XFM melancarkan Bulan Memperingati Seniman Agung. (lebih kurang la nama kempen tu). kalau dengar radio2 terbabit, mesti ada lagu2 P Ramlee terselit di on air.

Yang menariknya, radio kesayangan aku, XFM mengadakan special projek dengan membariskan nama-nama besar dalam muzik indie seperti Hujan, Pop Shuvit, Pesawat, dan lain-lain. tadi aku google2, aku jumpa ini. kongsi2 dengan korang.


  1. Hujan – Tunggu Sekejab
  2. Seven Collar T-Shirt – Jangan Tinggal Daku
  3. Altimet (feat Imran Ajmain) – Maafkan Kami
  4. Awanband (feat Che Mat) – Malam Bulan Di Pagar Bintang
  5. Monoloque – Tiada Kata Secantik Bahasa
  6. One Buck Short – Pok Pok Bujang Lapok
  7. Pesawat – Ai Ai Twist
  8. Pop Shuvit – Aci Aci Buka Pintu
  9. They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku
  10. Yuna – Gelora Jiwa
  11. Grey Sky Morning – Malam Pesta Muda Mudi
  12. Couple – Menche Che Bujang Lapok
  13. Subculture – Bunyi Gitar
  14. Bittersweet – Getaran Jiwa
  15. AG & Co (feat Azlan Typewriter) – Jeritan Batinku
  16. Kugiran D’Tepi Pantai – Nujum Pak Belalang
  17. Meet Uncle Hussein (feat Hazama) – Ya Habibi Ali Baba
satu lagi paling best, ada special project dari Yuna, Mira (Tilu), Najwa, Liyana Fizi akan bergabung sebagai The Ramlees. ada special songs dari kolaborasi diorang. really can't wait for these!!

October 13, 2010

milo ais

hari ini
aku rasa
cinta itu macam milo ais.

tika saat siapnya milo ais terhidang
sejuk dinginnya bukan kepalang
kombinasi manisnya gula dan pekat milo memang menjadi
erat terjalin, hingga mencetuskan rasa enak tak terhingga.

kalau lama terbiar, tak diminum
dunia jadi haru biru.
rasa sensasi tadi hilang
ditenggelamkan ais yang mula mencair
jadi tawar.

cinta yang sempurna akan terbentuk
jika si peminum pandai seimbangkan rasa gula, milo dan susu.

milo ais pun yang tawar, boleh jadi manis
kalau bijak buat keputusan.

cinta, begitu juga.
seimbangkan semua gula, susu dan milo
pasti rasa sensasinya kekal lama.

okey jauh aku fikir kali ni.

October 12, 2010

Hadiah dah sampai!


Hadiah Penulisan sajak.
(abah upload dekat blog abah, aku amik je)



bangga beb. ada replika cek lagi. kenangan. haha/

apa-apa la

aku tulis entri kali ini guna desktop roomate aku sambil dengar lagu letto-sebelum cahaya.

*

aku mahu cerita pasal kawan aku. perempuan. dia ada masalah dengan kawan aku seorang ni, kawan dia jugak la. lelaki. dia kata dia tak selesa dengan mamat ni. tak tahu apa pasal. tak ada sebab kukuh. bila ditanya, perempuan ni jawab, "aku tak suka dia! jangan tanya kenapa".

aku pun tak tanya kenapa.

*

akhir-akhir ini, aku rasa aku ada rasa tak suka pada seseorang. lelaki. aku puas fikir, apa salah dia pada aku. dia tak buat salah apa. bunuh orang, jauh sekali. tapi tetap ada sesuatu dalam hati yang usik-usik kata yang dia buat aku rasa tak selesa. cuma aku tak suka. bila fikir dalam-dalam, aku rasa aku tak suka beberapa peribadinya. er, tak selesa. itu lebih sesuai perkataannya.

bukan kawan di unisza. okey?

notakaki: hadiah hari jadi aku yang pertama aku dapat ialah air milo free dari makcik kafe. haha.

October 10, 2010

terima kasih semua

10/10/10

cantik kan?

hari ini, dah genap aku berumur 20 tahun. masih muda lagi, tapi tak bermaksud masih budak-budak.

dari tepat 12 tengah malam, dah ada beberapa mesej masuk, wish selamat untuk aku. ramai yang ingat aku sebenarnya. pagi tadi, online, penuh wall dengan ucapan selamat. thanks korang sebab ingat dekat aku. aku hargai doa-doa korang.

dari umur 19 ke 20tahun, banyak yang aku impikan dah tercapai.

untuk tahun ini, aku belum fikir lagi objektif atau impian aku. secara umumnya, pastilah nak jadi lebih baik, kan?

thanks semua. murah rezeki korang.

October 8, 2010

kuasa cerita korea

dari dulu, aku sedar, perkara suka dan suka ini suatu yang relatif. tak boleh solid. kerana bagi sesiapa saja yang punya bendalir hormon yang mengawal perasaan di dalam otak mahupun hati, pasti punya rasa sama seperti aku. aku pasti aku masih normal dan pasti, perasaann 'dari-tak-suka-jadi-suka' ini memang normal.

aku masih normal.

cerita-cerita korea, atau fenomena k-pop, memang dah lama melular di sini. di Malaysia, dan paling hebat melanda dalam kalangan rakan sekelas aku, dari kaum Hawa. hebat macam mana? tak perlu cerita.

dahulunya aku sangat kuat untuk menyatakan ketidaksukaan aku pada cerita dari korea. pada awalnya, drama korea sangat tipikal. dengan menggunakan watak lelaki kacak dan awek comel, serta plot yang 'menyeksa' jiwa penonton. memang terseksa hingga satu plot yang kecil boleh dikembangkan ke 2-3 episod.

dan sekarang, aku dah mulakan runtuhkan dinding penghalang itu. aku dah cuba menonton drama korea, hasil pengaruh seorang rakan sekelas aku. see, terbukti bahawa pengaruh rakann sebaya memang sebegini hebat kan?

hasilnya, aku tak tahu nak kata apa. ada sesuatu yang menarik di sebalik plot atau jalan cerita bodoh yang 'menyeksa' penonton itu.

aku jiwang ke? haha.

October 7, 2010

sabar bila berdepan masalah

betul kata orang.

musibah melanda diri, cuma ujian semata-mata.
ujian, sekadar mahu melihat, sejauh mana sabar.
dan sejauh mana akal berfungsi dan kuatnya iman dari melakukan perkara-perkara bodoh.

apa yang berlaku hari ini (kepada kawan aku) buat aku sedar.

sabar sebanyak dan semampu yang mungkin bila berdepan dengan musibah. jangan sekali merungut dan salahkan Tuhan apa dugaan yang diberi.

kawan aku, terduga dengan pelbagai masalah di awal semester ni. hingga dia seperti mahu putus asa. hampir. aku teruji bila berdepan dengan situasi sebegini. syukur, walaupun aku tak bantu apa-apa, sekadar pinjamkan telinga, nasihat apa yang patut, dia bangun kembali.

dan hari ini, sabar dia sudah berbuah. nampak hasilnya.

itulah bukti. sabar itu perlu.

October 6, 2010

aku hilang jiwa

aku stress
dan aku rasa
seperti tiada kawan
ya, tiada kawan.

mungkin kamu yang singgah di sini rasa kamu kawan saya
bukan saya reject kamu sebagai kawan
cuma kebelakangan ni
rasa beban masalah ibarat batu terhempap di belakang
dan
tiada yang mahu berkongsi beban.

walaupun aku rasa hidup sibuk dengan aktiviti yang berbagai
tapi di dalam, aku rasa kosong.
aku rasa jiwa hidup tak berisi.
rasa seperti hampir mati.

*rasa tiada jiwa. aku tak suka begini.

October 3, 2010

datang dan pergi

017

tanpa kata, cinta datang
tanpa kata, cinta pergi

mudah saja hati dibeli
mudah sangat cinta dibina
dan mudah juga dipatah-patah

tika itu
biar tangis sebaldi darah
dan berkecai hati jadi kepingan halus



*jangan sesekali tanya aku apa teori untuk cinta. takkan ada. takkan mampu terbentuk.