October 8, 2010

kuasa cerita korea

dari dulu, aku sedar, perkara suka dan suka ini suatu yang relatif. tak boleh solid. kerana bagi sesiapa saja yang punya bendalir hormon yang mengawal perasaan di dalam otak mahupun hati, pasti punya rasa sama seperti aku. aku pasti aku masih normal dan pasti, perasaann 'dari-tak-suka-jadi-suka' ini memang normal.

aku masih normal.

cerita-cerita korea, atau fenomena k-pop, memang dah lama melular di sini. di Malaysia, dan paling hebat melanda dalam kalangan rakan sekelas aku, dari kaum Hawa. hebat macam mana? tak perlu cerita.

dahulunya aku sangat kuat untuk menyatakan ketidaksukaan aku pada cerita dari korea. pada awalnya, drama korea sangat tipikal. dengan menggunakan watak lelaki kacak dan awek comel, serta plot yang 'menyeksa' jiwa penonton. memang terseksa hingga satu plot yang kecil boleh dikembangkan ke 2-3 episod.

dan sekarang, aku dah mulakan runtuhkan dinding penghalang itu. aku dah cuba menonton drama korea, hasil pengaruh seorang rakan sekelas aku. see, terbukti bahawa pengaruh rakann sebaya memang sebegini hebat kan?

hasilnya, aku tak tahu nak kata apa. ada sesuatu yang menarik di sebalik plot atau jalan cerita bodoh yang 'menyeksa' penonton itu.

aku jiwang ke? haha.

4 comments:

aeyman said...

kalau x boleh SOLID jadi la LIQUIDke, GAS ke,hahaha

nama.aku.lynn said...

haa..bestt kan korea!=)
no worddsss laa..=)

Maya Liyana Yahya said...

aku ke pembawak pengaruh tu?haha
tahniah kepade aku kan??
pasni amek cter kat xternal aku lg ye..haha

mr kay said...

maya:

kau la pengaruh utama. haha. tahniah2.