pagi itu, dia bersarapan sendiri di kedai mamak. makan roti canai dan kopi o. makanan pagi yang tipikal kalau duduk di Malaysia. dia tak mahu balik ke rumah. dia tahu, dia tak mampu berdepan dengan kesedihan. kalau boleh, dia mahu semua itu berlalu cepat-cepat. biar seperti tiada apa berlaku.
ego, kan?
*
telefon bimbit bergetar. sedikit mengganggu lamunannya. ada sms dari Mya.
"morning cupcakes. u pergi mana?"
dia diam. entah ke mana saja dia dibawa dengan lamunannya tu. kesepian, ketakutan, kebimbangan, diiringi bunyi bunyi hingar bingar jalan raya. dan ketika itu, dia merasakan yang jiwa dia hampir mati. nazak. ingin benar dia tulis.
dengan jiwa yang hampir mati itu, dia berjalan pulang ke rumah.
*continue...
No comments:
Post a Comment