October 13, 2010

milo ais

hari ini
aku rasa
cinta itu macam milo ais.

tika saat siapnya milo ais terhidang
sejuk dinginnya bukan kepalang
kombinasi manisnya gula dan pekat milo memang menjadi
erat terjalin, hingga mencetuskan rasa enak tak terhingga.

kalau lama terbiar, tak diminum
dunia jadi haru biru.
rasa sensasi tadi hilang
ditenggelamkan ais yang mula mencair
jadi tawar.

cinta yang sempurna akan terbentuk
jika si peminum pandai seimbangkan rasa gula, milo dan susu.

milo ais pun yang tawar, boleh jadi manis
kalau bijak buat keputusan.

cinta, begitu juga.
seimbangkan semua gula, susu dan milo
pasti rasa sensasinya kekal lama.

okey jauh aku fikir kali ni.

1 comment:

MaYa MeiYa said...

aigoo...ko amat2 berjiwa sastera and jiwang nak mmpos...aish....mendalam yg amat..haha