malam-malam sunyi begini, di kala kebanyakan manusia normal sudah tidur, aku berjaga lagi. masih cuba faham apa yang berlaku dalam kidney haiwan sebelum dia kencing (ada test tentang animal physiology, pasal urinary system).
tak perlu cakap aku rajin, bijak dan sebagainya. lempang karang. =D
*
pukul 3.15 pagi, coffee break. aku pecahkan suasana dengan video2 akustik yang cukup aku gemar. paramore, jayzuan & ainul aishah, semua aku layan. tak lupa suara gemersik amira Tilu yang berjaya menambat hati aku. buat aku rasa jatuh cinta pulak dekat dia. aish.
aku dihukum oleh seorang silent reader, tak lama dahulu. katanya, kalau awek cun menyanyi, semua aku suka. semua sedap. haha yeke? tak jugak. tolong jangan label aku begitu. cantik itu sangat relatif. subjektif. pada mata aku cantik, belum tentu pada mata kamu cantik kan?
tapi aku percaya, betul apa yang Jayzuan tulis dalam buku dia, perempuan cantik ibarat ahli sihir. dengan mata saja, mampu buat seluruh badan jadi kaku. (lebih kurang la apa yang ada dalam buku tu). cuba tanya mereka yang rapat dengan aku, macam mana aku berdepan dengan awek cantik. yang terbaru, masa buat discussion dengan classmate tentang presentation Business Plan, ada awek cantik sorang lalu depan kami. dia senyum, yang aku pasti bukan ditujukan dekat aku, tapi kena tempiasnya dekat aku. terus mamai aku dari discussion tu. haha.
maka, premis kami tetap teguh bahawa PEREMPUAN CANTIK ITU AHLI SIHIR. mohon mencadang.
*
er tiba-tiba debat pulak. haha.
2 comments:
haha..tak leh blah ayat..tp bukan ke ko mmg tak leh tgk pompuan cantek selaen dari makanan?
haha.
aku pon nak ckp lelaki ganteng pon ahli sihir ah..blh kan?
haha
aku boleh je tengok..cuma dalam hati, Tuhan je la tahu..
aha ikut la nak tukar ayat jadi camner pun..
Post a Comment