betul kata orang.
musibah melanda diri, cuma ujian semata-mata.
ujian, sekadar mahu melihat, sejauh mana sabar.
dan sejauh mana akal berfungsi dan kuatnya iman dari melakukan perkara-perkara bodoh.
apa yang berlaku hari ini (kepada kawan aku) buat aku sedar.
sabar sebanyak dan semampu yang mungkin bila berdepan dengan musibah. jangan sekali merungut dan salahkan Tuhan apa dugaan yang diberi.
kawan aku, terduga dengan pelbagai masalah di awal semester ni. hingga dia seperti mahu putus asa. hampir. aku teruji bila berdepan dengan situasi sebegini. syukur, walaupun aku tak bantu apa-apa, sekadar pinjamkan telinga, nasihat apa yang patut, dia bangun kembali.
dan hari ini, sabar dia sudah berbuah. nampak hasilnya.
itulah bukti. sabar itu perlu.
No comments:
Post a Comment