October 28, 2010

tak menoleh lagi bahagian 1

malam ini, tidur Mya tidur mati. Mya tidak bangkit bangkit dari bantal empuk. lena benar tidurnya tanpa mimpi jatuh basikal. tak terganggu tidurnya dengan bunyi anjing menyalakkan hantu. memang benar tidurnya lena. kalau didatangkan doktor, mungkin Mya dikatakan sudah mati. ya, dia tidur mati.

di bilik sebelah, lampu terang benderang. Amad belum tidur walaupun jam sudah pukul empat pagi. mejanya penuh bersepah dengan krayon kontot dengan pensil warna ada gambar burung kakak tua. sibuk benar melukis. dalam hatinya, dia mahu semuanya jadi. ini saja peluangnya. tiada lagi peluang lain. hanya esok untuk dia. tapi tidaklah hingga jadi perkara hidup mati. cuma kalau terlepas, hidup tak tenang. itu saja. tak mati.

dengan pensil warna oren yang tumpul, dia tulis puisi. Amad suka benar puisi. tapi dia tidaklah terdedah benar dengan dunia sasterawan. belajar bedah-bedah haiwan, tapi suka puisi. dia suka benar Fynn Jamal. puisi orang jujur yang lantang dengan kejujurannya. tak pernah peduli apa orang kritik. Amad juga suka benar Jayzuan. cuba lihat sudut kanan di tepi buku Animal Nutrition, ada buku-buku kecil. "28 Hari:Jurnal Rock n' Roll" dengan "Nota-nota Gila". itu tulisan Jayzuan. dua orang ini je sebenarnya orang puisi yang selalu Amad ambil tahu kegiatannya. kenapa? nanti tanya Amad.

Amad tulis puisi. sambil itu, telinga dicucuk earphone. dengar mp3. keluar lagu Yuna. "Deeper Conversation". dengan muzik ballad yang memukau dengan lirik sebegitu, Amad jauh dibawa oleh 'soul' lagu itu. jauh. dan diulang-ulang lagu itu. cukup lima kali, lagu itu masih lagu kedengaran di telinganya, cuma kali ini dia tak pergi jauh. dia angkat pensil warna. mula menulis puisi. menulis dengan 'mood' jiwa begitu, senang bagi saraf-saraf otak bekerja keluarkan idea.

hampir subuh, Amad selesai dengan krayon dan pensil warna. jujur cakap, lukisan itu tak cantik. Amad cuba melukis seorang lelaki dan perempuan, berdiri di tepi buaian. di dalam, ada puisi. tiada siapa dibenarkan baca. kecuali Mya.

dengan perlahan, Amad masuk ke bilik Mya. di sebalik beg pakaian yang selesai dikemas, Amad selitkan hasil tangannya di satu ber kecil warna biru. dia tahu Mya akan jumpa hasil tangannya di dalam beg itu.

tepat azan subuh, Amad keluar. solat subuh. doa panjang, mendoakan kedua ibu bapanya, abang dan adiknya. dia turut mendoakan Mya, supaya selamat. Mya akan pergi jauh sekejap lagi. Amad turut berdoa, supaya dia dikuatkan untuk hidup di hari mendatang.

Amad berdiri. ambil nafas panjang-panjang, dan segera berlalu pergi. tak menoleh lagi.


* continue..

3 comments:

fatah85 said...

amad jangan sedih. jauh mya tu jauh jarak ke jauh hati?

mr kay said...

jauh jarak. macam kau dan afee. haish.

Maya Liyana Yahya said...

amad?cm tader name laen je...haha..ke refer pada encek director ni...