October 16, 2010

sekitar kisah debat Piala Naib Canselor

siapa sangka aku masuk debat Piala Naib Canselor kan?

dari dulu lagi, aku bukan minat sangat nak berdebat ni. tengok nadz karim sibuk dengan kelab oratornya, sikit pun tak buat minat itu timbul.

tiba-tiba, ada pulak piala Naib Canselor ni. ekin dengan tiba-tiba ajak aku masuk. secara spontannya pulak aku kata, "okey". gila, aku mana tau debat weyh! dah la pertandingan tu seminggu je lagi.

dalam hati cuma kata, "layan je la. dapat sijil pun bagus. ROCK N' ROLL!!

*

semalam, pusingan saringan berbentuk liga dimulakan. aku cerita satu-satu okey?


PUSINGAN 1: FPB A vx FKI C

*notakecik. FPB ialah fakulti aku, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi. FKI (Fakulti Kontemporari Islam).

FKI C adalah terdiri daripada pendebat-pendebat terulung UniSZA. ada kak yaya, kak ain, dayat (ketiga-tiga ni kawan2 aku, exco dalam PRS). memang aku gementar gila la. rasa down bila kena lawan orang hebat pada awal2 ni.


Usul: Mahasiswa Perlu Berpolitik

Kerajaan: FKI C

Pembangkang: FPB A

Keputusan: Usul diterima. margin 3.

*aku rasa kalah itu memang jelas, tapi margin 3, buat aku rasa still okey. tambahan kata team FKI C dan hakim, team aku ada idea cuma kena lebih yakin.



PUSINGAN 2: FPB A vs FTM A(Fakulti Teknologi Makanan)

*notakecik: FTM adalah fakulti adik-beradik kitorang, sebab fakulti ni terletak di Kampus Kota, sama macam kitorang. jadi target, tak nak kalah dengan diorang.

Usul: Keamanan Dunia Hanya Fantasi

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FTM A

Keputusan: Usul ditolak. margin 1.

*yang ini agak menimbulkan rasa tak puas hati dalam team aku. sebab fakta kes kami masih kukuh dan tuntutan dewan tak disangkal dengan menyeluruh pun oleh pembangkang. kecewa, tapi takpelah. bukan nak menang sangat pun..haha


PUSINGAN 3: FPB A vs FUHA C (Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa)

*notakecik: FUHA memang terdiri dari team2 yang hebat. lantang bersuara. yelah, orang undang2, dah biasa berdebat. tapi mujur, mereka sama macam kami, orang baru.

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FUHA C

Keputusan: Usul diterima. margin 1.

*syukur. menang akhirnya. target peribadi aku memang nak cari satu kemenangan. taknak kalah semua. lebih syukur, aku terpilih sebagai pendebat terbaik dalam pusingan itu. syukur. satu kemenangan cukup untuk ke suku akhir.




PUSINGAN 4: FPB A vs FKI D

*notakecik: juga seperti kami, team baru, terdiri dari 3 lelaki, semester satu dari FKI.

Kerajaan: FKI D

Pembangkang: FPB A

Keputusan: Usul ditolak. margin 1.

*dalam pusingan akhir ni, jelas memang aku dah tak semangat. sebab point aku cuma aku cari bila sidang bermula. tak ada preparation. tapi syukur, ada kelemahan hujah kerajaan yang aku nampak untuk aku serang. dan jelas, aku berterabur masa beri hujah. adei...


Selesai pusingan saringan, kami berada di ranking ke-lima.

awal pagi tadi, pusingan suku akhir bermula.

Pusingan Suku Akhir: FPB A vs FUHA A

*notakecik: bila diumumkan siapa lawan aku. aku tersentak sangat. FUHA A ada abg bob, yang dah memang hebat gila. kata nadz karim, dia pernah berdebat di peringkat ASEAN. gila argh! aku pun redha, cuba setakat yang mampu.

Kerajaan: FPB A

Pembangkang: FUHA A

Keputusan: Usul ditolak. margin 6.

*kalah tu aku tau. tapi margin 6? wau. haha. memang ketara kami kena attack tadi.

untuk keputusan separuh akhir, aku tak tau detail tapi tema kak ain, FKI C dan team abg bob, FUHA A akan berentap di final malam ini.


keseluruhannya, aku puas hati dan berbangga. tercapai jugak objektif untuk merasai kemenangan dalam peringkat saringan. layak ke suku akhir itu bonus. huhu.

siapa kata aku, yang romantis kata-kata dalam bait-bait puisi tak mampu tembak orang dengan hujah aku?  =)

4 comments:

ahmad humairi said...

owwhh!
wah!!
hebat!!!

fatah85 said...

apa hujah mahasiswa perlu berpolitik. mesti cool

mr kay said...

abah: terima kasih. tengok anak siapa.. huhu

fatah: hujah mereka, berpesatuan dalam kampus juga satu politik dalaman. macam tak releven. tapi diorang hebat. aku ni orang baru.

fatah85 said...

cakap kat dieorang. politik dalam, kalau tak jenguk luar, macam katak. tak kenal katak bawah tempurung?

kau cakap. pastu blah. gerenti jadi sejarah.