July 31, 2012

Logo sambutan kemerdekaan ditukar




Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.
Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".


-Malaysiakini-



p/s: semangat patriotik dengan semangat politik, jangan dicampur aduk.

July 22, 2012

ask

ask di atas adalah perkataan inggeris yang bermaksud tanya. tiada kaitan dengan akademi seni kebangsaan atau badan2 NGO yang short form dia seperti di atas. hahaha.


menjadi kebiasaan orang kita, akan cepat mengandaikan sendiri apabila sesuatu berlaku tanpa siasat atau tanya dulu. dia macam dah jadi common sense orang kita kot.

ada sesetengah benda, boleh. tapi kalau berkaitan dengan human being, simple je rule dia.


Ask. Never assume.

tapi kalau assumption tu betul, takpe la. tapi ada seribu kemungkinan kot. so kalau betul assumption tu, memang bertuah sungguh la.

July 21, 2012

story ladang ayam 2 + ramadhan 1

alhamdulillah, merasa lagi ramadhan kali ni. nikmat tu weh, so sila bersyukur banyak2.

1 ramadhan kali ni aku dan 'geng ayam' aku masih lagi praktikal kat ladang ayam kat kuala kubu bahru ni. dan setelah agak bersenang-lenang minggu2 sebelumnya, kami berkerah tenaga untuk menangkap ayam untuk dimasukkan ke sangkar untuk dijual. malam tadi dah merasa macam mana gaya penatnya tangkap ayam, angkat sangkar tu naik lori dan sebagainya. tu semalam baru dua lori. huhu. ni petang ni dan berkemungkinan sampai selasa atau rabu depan, ini la kerja kami.

tangkap ayam ni biasanya petang2 la. lori sampai dalam pukul 4 lebih, turunkan sangkar siap2, pastu pukul 5 lebih tu start la tangkap ayam. so semalam, untuk lori pertama tu, dalam 6.30 ptg tu setel dah, sekali lori kedua masuk, lagi besar, means lagi banyak la ayam kena tangkap. so dalam pukul 9 gak la baru selesai.

hari ni, tangkap ayam sambil berpuasa. it's new experience la kan, walaupun petang ni baru rasa penatnye macam mana, aku agak excited. well, nabi dulu pun perang masa puasa, ini apa la sangat kan. insyaAllah. kerja2 ni pun kira ibadat jugak kan kalau  ikhlas. pahala jugak tu. lagi berlipat2 kali ganda bulan ramadhan ni.

so korang, jom la kita rebut pahala banyak-banyak bulan ni. insyaAllah, ramadhan kali ni nak cuba kasi tukar semua. semua, ke arah kebaikan. kalau study nak exam hari tu, aku sungguh2 buat mind map, stay up bagai, so apa salahnya guna semangat macam tu untuk rebut pahala kan?

salam ramadhan semua.

July 16, 2012

toleransi

manusia memang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kaum, bangsa dan agama. begitu juga la dengan pandangan masing-masing terhadap sesuatu. masing-masing ada point of view yang tersendiri.

contohnya, macam dalam masakan. malam tadi tengok masterchef selebriti malaysia, so ini contoh yang terlintas. haha.

masakan yang dihakimi oleh panel juri tu adalah subjektif. sorang kata sos masam, sorang kata dah sempurna, sorang kate x sedap. so masing2 punya pandangan, sebab tekak lain2 yang rasa.

tapi, berlainan pandangan sekalipun, diorang tetap respect each other. that's the main thing here yang aku nak cakap. respect.

nak bercakap sesuatu, tak ada masalah, tapi jangan buat pandangan kau tu sesuatu yang rigid. kau sorang je betul. even dalam islam pun, ada argument jugak dalam menentukan hukum, tapi berpandukan hujah masing2 dan hadis2 sebagai sokongan.

toleransi tu penting. tak salah berprinsip, tapi hormat orang lain lagi penting.

July 5, 2012

story ladang ayam 1

assalamualaikum....

test2...

lama dah tinggal blog ni. adeh. memang xde earning nuffnang la bulan ni. kahkahkah. yela, sekarang ni tengah praktikal kat ladang ayam, kat area kuala kubu baru, selangor. ladang ayam, of coz la xde wifi kan. mujur la kay taknak guna broadband dia, so aku tolong bayar dan tolong pakai la. hahaha. tapi line pun semput2 jugak kat sini..huhu

alhamdulillah, kat sini rumah disediakan, kena masak sendiri tapi bahan2 sumer bos dah sediakan, so syukur sangat. kerja, standard la kan, kerja, letih jugak. letih time nak buang habuk kayu campur tahi ayam tu, nak bersih reban yang panjang sampai 400 kaki. dah la close-house dua tingkat. tapi xpe, pengalaman kot. dan pengalaman memasak pun best. dengan segala bagai ada ni, semua boleh masak. tambah lagi dengan kepala gile member2 aku ni, lagi la merapu jamuan makan tengah hari mahupun makan malam kitorang.

hasrat nak upload gambar, tapi line agak slow. so tunggu jela nanti yer...