August 29, 2011

SEPAH BERPECAH!

Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.
Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.
“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.
Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.
“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.
Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.
Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.
Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.

aku amek kat sini.

August 27, 2011

ini patut masuk tv




aku rasa, video ini adalah idea mengenai kemerdekaan yang terbaik!

aku harap video ni masuk tv. kongsi idea-idea matluthfi ni kepada satu Malaysia. aku rasa PM kita patut tengok video ni. ini lagi power dari 1 Malaysia.

August 26, 2011

Clash of the Bloggers' Fantasy Team

nak join? klik gambar di atas.

aku dah lama main fantasy football ni, tapi x power sangat r. tapi kali ni baru semangat sket join2 league orang ni. dan kebetulan aku jumpa contest antara blogger ni, so aku try la join. haha.

SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DI PATUHI


  1. Korang mestilah mempunyai blog yang aktif-DONE
  2. Sudah mempunyai sebuah team sendiri..kalau belum,sila buat sekarang.kat SINI -DONE
  3. Lepas dah ada team, korang join league ni :286672-346376 -DONE
  4. Wajib LIKE penaja utama iaitu Koleksi Kasut Adidas, Puma, Dan Onitsuka Tiger dan ProSoccerStyle -DONE
Nama team fantasy football aku: Strike Force.
EPL Feveret Team: Man Utd.




korang yang main fantasy football, jom r join. meriahkan kontest bro azrijohan ni.

August 25, 2011

Nasri ke Man City, Juan Mata ke Chelsea



berita pagi ni telah mengesahkan Samir Nasri, France midfield berpindah dari Arsenal ke Man City. dikatakan telah menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan nilai kira-kira 24juta. ini menguatkan lagi pasukan Man City dengan adanya pemain bintang lain seperti Aguero, Silva, dan lain-lain.



di Chelsea pulak, Juan Mata dari Valencia telah melengkapkan perpindahan ke Chelsea yang bernilai kira-kira 24juta untuk mengikat winger Spain ni selama 5 tahun. ini pembelian keempat Chelsea musim baru ini selepas ketibaan Oriol Romeu, Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

sumber:espnstar.com

August 24, 2011

sebelah tangan






tepuk tangan.

kalau sebelah tangan, memang tak bunyi kan?

Try to find the other hands that suits yours. :)




notakaki: hai, nak buat wordless Wednesday jugak? haha

August 23, 2011

#playlist 1

ini satu lagu lama yang masih jadi kegemaran aku. tapi ini versi best. try tengok.





Lily Allen memang best. semua tau. dan Keane juga. aku suka versi macam ni.

aku mula suka lagu ni sejak lagu ni dipakai dalam iklan maxis (kalau tak salah). dia pakai intro lagu ni. masa tu masih budak-budak. haha.

aku suka makna di sebalik lagu ni. ada rasa, tapi tak reti cakap. ada mesej.

bak kata penulis lagu ni:

The song is about trying to work out where you are in the world, while some of the people around you are going off and doing different things.

best.

August 21, 2011

tips perhubungan

sebuah perhubungan, kalau mahu kekal lama, perlu ada empat perkara ini.

doa, percaya, setia, tolerate.

insyaAllah kekal sampai bila-bila.

*credit: yang merindui gadis di philadelphia.
teruk dia rindu kau, afe. haha.

August 18, 2011

mesin masa doraemon

soalan: kalau diberi peluang untuk balik ke 10 tahun yang lepas dan jumpa dengan diri kau 10 tahun lalu, apa kau nak cakap kat dia?



aku tau ini random question dari formspring yang diterjemahkan, tapi aku jawab jugak. aku jawab dekat sini, sebab nak jawab panjang.

10 tahun lepas, maknanya masa tu darjah 5. zaman darjah 5 aku seronok. tak banyak yang aku nak ubah. antara benda yang aku nak pesan pada diri aku yang darjah 5 tu:

1. pegi cuba makan durian! aku agak kerugian beberapa tahun sebab mula makan durian time form 2. rugi weh tak makan awal2. haha.

2. nasihat pasal akademik. upsr, pmr aku tak kisah, tapi spm, agak la. serius aku bangga dengan pencapaian aku, tapi cuma aku rasa aku boleh dapat lagi bagus kalau aku bagi extra effort. dan paling buat terasa bila almost semua schoolmates aku perform dan boleh further study kat oversea.

actually aku teringin nak ke australia. haha.

3. akhlak aku. taknak detail, tapi aku nak diri aku yang dulu jadi lebih baik dari sebelumnya.

tapi kan, kalau diri aku yang darjah 5 tu dengar nasihat aku dan ikut nasihat aku, diri aku yang sekarang ni tak la wujud dah la kan? tak masuk matrik, tak masuk unisza, tak main dengan lembu kambing (course aku skrg), tak jumpa dia. so tak best la kan?

overall, sebenarnya aku tak nak diri aku yang darjah 5 tu ubah apa-apa. aku enjoy hidup aku yang sekarang ni. tak ada sesalan sebab macam ada sorang kawan cakap, tuhan tu adil. apa yang kawan kita dapat sekarang, kita akan dapat juga nanti, tuhan akan bagi. cuma mungkin ganjaran dari bentuk atau aspek yang berbeza.

tapi aku betul rasa rugi tak makan durian awal-awal. haha

titik perubahan

020

aku perlukan kekuatan
untuk hadapi dunia

dan
aku juga perlukan kekuatan
untuk hadapi
hidup selepas mati.

Ramadhan
kali ini
titik perubahan

moga kekalkan perubahan ini.

amin.

August 17, 2011

angau

bila menulis tentang kamu, mesti lebih banyak masa diambil untuk berfikir. mencari kosa kata yang sesuai. mencari kombinasi perkataan yang mencerminkan kamu.

tapi, tak boleh. susah.

percayalah, masa aku menulis ni, cursor ni lebih banyak berkelip dari menghasilkan huruf2 yang aku taip.

bila pejam mata, nampak dia.
fikir dia selalu.

jari-jari selalu gatal nak sentiasa text dia.

macam mana agaknya kalau sehari tak text dia?

okey, mood:angau. bye.

August 15, 2011

terawih tapi tak bangun subuh

okey aku sangat annoyed dengan event2 yang aku di-invited di facebook.

bukan apa beb, kalau setakat event "jom pegi terawih malam ni" atau "berbuka puasa" yang tak diinvite pun kita buat, so tak payah la kan?

satu lagi tipikal orang kita.

terawih itu sunat. tak pergi terawih bukan dosa pun. tapi rugi la kan. tapi bising2 pulak bila kita tak pergi terawih. apehal?

pergi terawih, tapi tak bangun solat subuh. ada makna ke?

*sekadar isi masa lapang. ini entri tulis-tanpa-padam, main tulis je. haha

August 14, 2011

polis double-standard

berani tak berani je tulis pasal polis ni. kang kena saman. tapi kena berani kerana benar. haha.

ini cerita benar yang berlaku semalam. tak percaya tanya abah.

sabtu. rutin biasa adik aku. keluar dengan kawan naik motor. LC merah itulah dibawak ke sana ke mari.

kawasan ini kawasan kampung. nama pun Kampung Gajah. memang kampung, tapi tak ada gajah. dulu2 ada kot.

dekat sini ada balai polis. ada dekat simpang empat tu, tapi orang sini rilek je naik moto lalu depan balai polis tak pakai helmet. polis kat sini buat tak tau je. cuma ada masa-masa tertentu baru dia amek tindakan.

ni bukan polis yang saman adik aku. bukan polis tempat aku.


dan masa-masa dia nak amek tindakan tu la adik aku terkena semalam. naik moto tak pakai helmet. tak bawak ic, kna pegi balai. polis call abah suruh datang balai bawakkan ic aeyman. pastu kena la saman.

lepas keluar dari balai, abah nampak sorang abang polis ni naik motor, keluar balai. TAK PAKAI HELMET. abah marah polis dalam balai. apa pasal polis keluar naik moto boleh tak pakai helmet? adik aku tak pakai helmet kena saman, polis tak pakai helmet tak kena saman? undang-undang jalan raya tak tertakluk pada anggota polis ke?

memang dekat kawasan sini, polis pergi bank, pejabat pos, kedai makan tak pakai helmet. mungkin sebab dia beruniform lengkap, tak perlu helmet kot. sebab tu budak-budak muda kat sini tak takut tak pakai helmet. sebab diorang cakap, polis pun tak pakai helmet, so tak payah pakai la. (okey, tak la cakap so. diorang cakap dalam loghat perak)



loghat perak: ate, deme poleh (polis) pun tak pakai helmet. teman nak pakai buat ape. eee tak sio teman nak pakai.

haha.

bukan nak hentam, tapi teguran. aku tak kisah saman adik aku tu, tapi aku agak kisah polis boleh naik moto tak pakai helmet, tapi boleh saman orang lain pulak. jangan ada double-standard.

highlight kat sini: BUKAN SEMUA POLIS MACAM TU. okey? BUKAN SEMUA.

August 13, 2011

Baddrol Bakhtiar diintai Wigan

baru2 ni, aku ada dengar citer yang Saffee Sali ada diintai kelab dari Bundesliga. berita tu siap masuk astro arena lagi, dan Saffee sendiri ada cakap memang ada tapi belum ada sebarang tawaran rasmi.



terbaru, pagi ni aku baca, Baddrol Bakhtiar pulak ada diintai kelab EPL, Wigan. tak pasti betul atau tak, tapi transfer rumors sebegini sedikit sebanyak menunjukkan player kita berjaya membuka mata pihak luar tentang tahap permainan bola sepak tempatan.

lepas ni sape pulak dapat offer kelab luar erk?

sumber cerita dari sini.

August 11, 2011

IniAnwarHadi

hari tu aku dah promote #matlutfi90 (gi tengok kat youtube. ni pulak pasal #inianwarHadi.





taknak komen pasal isu di atas. hang nak komen? komen kat bawah, eh bukan, atas :)

tahniah Anwar Hadi sebab sambar award baik punya dalam Digi WWWoW Awards. okey memang dah lambat, tapi lantak lah. kalau tak salah, tiga awards dia sapu; blogger of the year, must-follow personality, and video of the year. try r google and do correct me if i'm wrong.

tahniah :)





August 9, 2011

jangan terlalu jadi diri sendiri

ramai juga yang cakap, pentingnya menjadi diri sendiri. tak kurang juga, aku. dulu aku percaya, semua kita di dunia ini tak sempurna. ada cacat cela di sana sini. tapi sekarang aku rasa aku silap.


aku teringat satu ketika bila ternampak awek melayu tak bertudung dekat universiti aku. masa tu dekat kafe, tengok bola (match man utd of course). kawan aku kat sebelah dah bising2, kutuk awek tu. oh, sebelum aku pergi lagi jauh, di UniSZA, awek melayu beragama Islam wajib pakai tudung. so, memang agak pelik la bila nampak awek ni selamber je tak bertudung.

pada aku, maybe awek itu sendiri mahu jadi diri sendiri. maybe dia di luar kampus, di rumah mungkin memang life dia tak bertudung, so dia nak jadi diri sendiri. mungkin. atau mungkin itu bukan rambut dia. dia pakai rambut palsu (andaian apakah ini?) well,aku malas nak bersifat judgemental. biar lah.

tapi bila fikir balik, kita kalau masuk kandang kambing, kena belajar la buat bunyi kambing. kalau masuk kampung orang asli, belajar bahasa orang asli. kan?

mungkin statement yang tepat adalah kita tak boleh terlalu jadi diri sendiri. jual-ikan pun lagi tak boleh. perlu tengok tempat dan masa. hidup dalam komuniti, dikelilingi kawan-kawan, tak boleh terlalu self-centered. kena ada tolak ansur dan budi bicara. give and take. tak boleh ikut apa yang kau kata je.

kalau nak tahu kelemahan diri, jangan tanya pada kawan. tanya pada musuh.

bonus setengah bulan untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

*sumber: utusan.

notakaki:seronok ayah dengan abang aku dapat bonus ni. korang yang kerja kerajaan pun mesti suke kan?

August 8, 2011

Piala Malaysia

Keputusan Undian Piala MALAYSIA 2011

KUMPULAN A:
Kedah
Perak
Sabah
Johor

KUMPULAN B:
Terengganu
Negeri Sembilan
PKNS
Sime Darby

KUMPULAN C:
Kelantan
Johor FC
Felda United
Sarawak

KUMPULAN D:
Selangor
T-Team
Kuala Lumpur
PDRM



*support kebangkitan bola sepak tempatan.

August 6, 2011

Tutorial Cara Pasang Iklan Nuffnang di Blogspot

Sana-sini orang cakap tentang buat duit dari blog,untuk itu, kepada pengguna blog baru, yang nak buat blog dari iklan, dan nak mulakan dengan nuffnang. Ini tutorial untuk kalian. Ini semua diambil menerusi blog nuffnang sendiri, kepada yang mahu mencuba , silakan !
Langkah 1: Login ke akaun Blogger : http://www.blogger.com/start. Kalau tiada ,boleh buat dulu akaun korang.
Langkah 2: Lepas login ,ia akan ke dashboard terus, di bahagian Design, pilih edit html.
Langkah 3: Masukkan kod iklan nuffnang. Di akaun nuffnang akan ada bahagian ‘add ads’ atau ‘tambah iklan ‘ kan?Ambil kod dari situ.
Di blogspot korang :
Letak Iklan bahagian header : Atas sekali tu kan / Leaderboard Unit:
- Di bahagian Edit html tu , baca dan letak betul-betul lepas element.
Nak letak iklan antara post / Adding Large Rectangle Unit:
- Search for atau klik (CTRL+F) di ‘edit html’ tu , cari ni : “post-footer-line-2″ dan pastikan kod element dekat-dekat situ juga, ia mesti dia atas perkataan ,ok?
Nak letak iklan kat sidebar / Pergi ke page element , add html/javascript / Adding Skyscraper Unit:
- Using Page Element Gadget, select HTML/Javascript and insert ad codes in the text area provided.
Langkah 4: Boleh preview dulu, lihat . Alah,jika dekat preview dia memang tulis error ,tapi betul-betul jadi saja,asalkan placement atau iklan tu letak tempat yang tak mengganggu pembacaan pengunjung blog korang.
Sebarang pertanyaan, boleh tanya pihak Nuffnang

notakaki: kedudukan iklan Large Rectangle adalah perlu di antara post korang. maksudnya di antara post pertama dengan post kedua. aku sendiri rasa perbezaannya bila letak iklan LR di kedudukan yang betul. earning sedikit sebanyak bertambah jugak la. huhu.

ramai lagi yang otai pasal nuff ni. kena rajin. itu je. huhu.

mana nak dengar lagu baru




tempat di mana anda boleh mendengar lagu yang orang tak pernah dengar. Kira kalau lagu ni meletup anda boleh la poyo dengan berkata

"Oh lagu ni. Dah lama dah aku dengar"


notakaki: XFM sekarang banyak lagu mainstream dari indie? hurm..

August 5, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Giveaway ni dianjurkan oleh Mrs Farhan dan AuroraChenta. aku kena tag dengan dilah nadzir, so aku join gak la.


Photobucket

klik kat banner kalau mau join! rujuk syarat2 dia kat sana.


aku nak tag mamawanie79 dengan belognurhasliza. huhu.

August 4, 2011

4 bulan

4 Ogos 2011.

hari ni, 4 bulan sudah.

Tuhan, kalau dia orangnya (dan aku memang harap dia orangnya), maka dekatkan aku padanya. amin~



saya sayang cyg saya...huhu

August 2, 2011

review: Bogel Menuju Tuhan: Zahiril Adzim


Bogel Menuju Tuhan.

terbaik!!

sangat teruja aku dengan buku ni. buku ni dihantar pakcik posmen semalam. sampai je sampul surat pos laju ke tangan, aku koyak cepat-cepat. cantik, perkataan pertama keluar dari mulut aku bila tengok kualiti buku ni. 

semalaman aku habiskan untuk baca kesemua catatan. sangat menarik, seperti mana tulisan-tulisan di blognya (catatan di buku ini juga ada diambil dari blog). 

Bak kata Ana Raffali terhadap buku ni:

Tulisan ini adalah senjata Zahiril Adzim,bertukar rupa mengikut mahunya danpunya nyawanya sendiri.

notakaki: nak baca blog Daim Juvana ni? ni ha. aku bagi link.

August 1, 2011

giveaway cik qistina

lepas sahur, takmau tidur. nak tunggu subuh. so, pergi jalan-jalan-blog (blogwalking). pastu terjumpe Giveaway ni. so aku pun nak try la.





korang nak join? klik banner ni erk.

well, blog dia ni cantik dan simple.dengan polka dot yang kalerful, very nice.

oh yer, tarikh tamat Giveaway ni:

20/8/2011 (Tarikh x akan diubah)

so aku nak tag kalian yang di bawah: