August 14, 2011

polis double-standard

berani tak berani je tulis pasal polis ni. kang kena saman. tapi kena berani kerana benar. haha.

ini cerita benar yang berlaku semalam. tak percaya tanya abah.

sabtu. rutin biasa adik aku. keluar dengan kawan naik motor. LC merah itulah dibawak ke sana ke mari.

kawasan ini kawasan kampung. nama pun Kampung Gajah. memang kampung, tapi tak ada gajah. dulu2 ada kot.

dekat sini ada balai polis. ada dekat simpang empat tu, tapi orang sini rilek je naik moto lalu depan balai polis tak pakai helmet. polis kat sini buat tak tau je. cuma ada masa-masa tertentu baru dia amek tindakan.

ni bukan polis yang saman adik aku. bukan polis tempat aku.


dan masa-masa dia nak amek tindakan tu la adik aku terkena semalam. naik moto tak pakai helmet. tak bawak ic, kna pegi balai. polis call abah suruh datang balai bawakkan ic aeyman. pastu kena la saman.

lepas keluar dari balai, abah nampak sorang abang polis ni naik motor, keluar balai. TAK PAKAI HELMET. abah marah polis dalam balai. apa pasal polis keluar naik moto boleh tak pakai helmet? adik aku tak pakai helmet kena saman, polis tak pakai helmet tak kena saman? undang-undang jalan raya tak tertakluk pada anggota polis ke?

memang dekat kawasan sini, polis pergi bank, pejabat pos, kedai makan tak pakai helmet. mungkin sebab dia beruniform lengkap, tak perlu helmet kot. sebab tu budak-budak muda kat sini tak takut tak pakai helmet. sebab diorang cakap, polis pun tak pakai helmet, so tak payah pakai la. (okey, tak la cakap so. diorang cakap dalam loghat perak)



loghat perak: ate, deme poleh (polis) pun tak pakai helmet. teman nak pakai buat ape. eee tak sio teman nak pakai.

haha.

bukan nak hentam, tapi teguran. aku tak kisah saman adik aku tu, tapi aku agak kisah polis boleh naik moto tak pakai helmet, tapi boleh saman orang lain pulak. jangan ada double-standard.

highlight kat sini: BUKAN SEMUA POLIS MACAM TU. okey? BUKAN SEMUA.

4 comments:

budak kacamata said...

hmm...sume da terbalik da skang..pening3..huhu

ekmal said...

kt xleh wat pape, kt ade suara je, diorang ade kuasa, pki la helmet len kali, pki MS88 pn jd la, xdenye org nk gelakkan..

mr kay said...

budak kacamata: huhu pening2..

mr kay said...

ekmal: haha, jadi le MS pun kan...haha