June 30, 2010

bila cuti semester hampir tamat

6hb depan mau balik Terengganu. balik UDM. atau nama baru. UNiSZA. kena urus orientasi bawah fakulti.

serius, belum rasa mau balik sana. tapi normal la. lima tahun sekolah asrama. tambah satu tahun matrikulasi. memang ayat sama keluar tiap kali cuti dekat nak habis. haha.setiap kali hari mau balik hostel, bila on the way dalam kereta, aku diam je. rasa tak tentu hala. bila kemas barang last minute, hilang pulak, mula naik angin. semua nak dimarahkan. tak tau kenapa. sindrom agaknya. haha.

tadi, kemas-kemas beg. cari gambar pasport. tak jumpa.

terjumpa satu kertas. satu list. target aku sepanjang berada di terengganu.

dalam 12 yang tersenarai, dua je tercapai. adeh.

ada lagi tiga tahun. nanti aku cuba. semester baru, ada adik-adik. jadi senior, dapat junior. masa tahun pertama, aku rasa senior course aku (akak2 terutamanya) agak sombong dan bajet. haha. kali ni, aku nak rasa, macam mana rasanya.

aku percaya hidup macam roda. pusing ke atas dan bawah.

masa aku tulis entri ni, spain lead 1-0. aku tak tau nak pilih sape. sebab aku sokong dua-dua. tapi aku nak team yang menang ni ke final. tapi tak boleh. sebab aku nak jerman juara tahun ni, dan malang pasukan yang menang, kalau kalahkan paraguay, jumpa jerman kat semi-final. haha.

7 comments:

MaYa MeiYa said...

klu pasal carik barang,aku pon slalu cmtu...tensyen..so as conc, aku carik awl2 n simpan kt tmpt aku senang nmpk..haha

neway,bahaye ayat ko tu..pasal senior..haha

dIb said...

yup, btul statement cik maya tu.. hahahaha... tp ikut ske la.. blog kite la katekan...

psl cari barang tu biase la.. klau xjumpe tu n takut nk tny mak dgn ayah bising klau tny dyorg..

conclusion ny, beli lain je la diam2 blakang dyorg...

mr kay said...

maya: as kak dib cakap, blog aku. suke hati la. haha

kak dib: haha, beli lain. kalau masa kaya, memang tak kisah beli. kalau sengkek, tension.huhu

MaYa MeiYa said...

haha..kowg dowg kaye tak pe la..haha..im clumsy girl u see..so bler tak jmpe aku da tak pike nak beli len ke ape..hahahaha...mcm aku ilang tiket nak balik kmpung rituh..hahhahahaha

dIb said...

kaye?! no la maya... duit blanje yg ciput tu la ditarik-tarik smp hjg bulan.. jd, kne la lps kan sesuatu utk dptkn sesuatu...

mr kay said...

setuju ngan kak dib.

korbankan something untuk dapatkan barang yg kita nak.

contoh, korbankan hajat tukar spec sebab nak repair moto. huhu

deterjen laundry said...

usaha laundry , bisnis laundry , deterjen laundry , waralaba laundry , franchise laundry , softener laundry , pewangi laundry