most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
December 31, 2009
cerita nobita versi aku..
tak dapat celikkan matanya. terus tukar baju untuk ke sekolah, Nobita memang akan datang lewat.
bila lewat, cikgu pasti suruh berdiri di luar kelas, dan pastilah dia tak belajar apa-apa.
dan ketika itu, Giant dan Suneo ketawa sakan sampai tempias air liur. tambah berdekah-dekah ketawa
mereka apabila Nobita masih lagi kekal dapat markah kosong. entah apa dalam benak hati Nobita.
balik rumah, Doraemon menanti, dia tahu nobita pasti minta bantuan darinya. masuk saja ke bilik,
Nobita duduk di meja belajar, menung jauh. tak pasti apa yang difikirkan. mungkin fikirkan
masa depan kahwin dengan Sizuka, atau mungkin berangan untuk bercuti di angkasa lepas. imaginasi
Nobita hebat benar, imaginasi tanpa sempadan, dan angan-angan boleh jadi benar, Doraemon ada.
tapi kita silap. Nobita terus buka buku, terus belajar. tiada lagi merengek meminta barang Doraemon.
tiada lagi tangisan dibuli, diketawakan di sekolah. tiada. dia belajar bersungguh-sungguh hari itu.
dan esok juga begitu. Nobita jadi rajin. betul-betul rajin hingga tidak lagi bermain besbol dengan Giant dan Suneo.
buang masa,katanya. dia tahu dia pasti dibelasah dan jadi mangsa buli Giant. baik dia belajar.
dan ujian bulanan pun keluar. Nobita gembira. walaupun tak dapat 100 markah, 67 markah cukup memuaskan.
usahanya memberi pulangan setimpal.
tapi sedih juga, kerana semua tidak percaya dengan usahanya.
"mesti guna alat Doraemon"
"dia meniru dalam ujian kot"
"teruk la Nobita, dah pandai meniru pulak"
dah adat dunia kan? persepsi negatif tak habis-habis.
tapi Nobita senyum sorang-sorang. haha..
December 30, 2009
Anna gadia tipikal
no idea untuk tajuk entri..
korang bosan dah dengan tajuk gadis tipikal kan?
*baca je..
Anna gadis tipikal
saya jenis logikal
sesuai?
maaf la
bukan mood mau berhubung
ya aku single
haha
owh, nanti aku tukar status di facebook aku kepada single..
tapi aku senang sama Anna
senang hidup tanpa tekanan
juga tanpa kelibat gelisah rindu tak tentu pasal
atau risau awek curang sama lelaki lain dalam facebook
susah awek cantik sangat
semua mau rebut
hahaaha
Anna gadis tipikal tapi nice
fikiran dan persepsi merapu
tapi kadang-kadang tipikal itu yang aku suka
beri idea baru
nanti aku buat satu lagu untuk kau
tajuk?
"gadis tipikal"
cantik bukan?
haha
*iye..memang sangkut paut dengan gadis tipikal yang sebelum2 ni..
mau tau siapa Anna?
December 29, 2009
malas
sebab aku memang tak tahu
sejauh mana hal ini berlarutan
biar masa tentukan
sebab aku dah malas
baik duduk senang lenang saja
main PES2010 sambil minum rebina perisa lemon
tambah lagi mood layan lagu-lagu indie
kalau dah sembuh nanti
kita ketemu lagi..
dan kau tahu siapa aku maksudkan..
December 27, 2009
semester 2
so kawan2 leh tinggal link kat situ..
nuffnangers, saya dah balik ke kolej, tapi teruskan usaha! jejak akan dibalas..tq..
* * * *
bangun pagi walaupun tidur 2 jam
pergi kelas
sebelum tu sarapan
walaupon tau kelas dah mula
lantak la
nanti sakit perut, susah
pendek citer
aku mencari mood belajar
really need it
biochem agak cabar logik akal juga
baru satu kelas
haha
ilmu kimia dah berhabuk simpan dalam otak
balik ni aku azam mau "refresh"
macam kamu yang suka refresh page aku bila nuffnang tido..
haha
masih mengantuk.
selamat tido.
bye..
;0 zz
December 25, 2009
result aku..eh aku bukan bdk pmr tau..
student pmr dapat result..
well,, bdk udm pon dapat result..
serius lambat..
rasa cam dak pmr dah..
haha
tapi kitorang xde yg dapat 8a/9a,
sebab sujek pon ada 5/6 je..huhu
well..pointer sem 1 aku x cukup bagus sangat..
tapi syukur la at least 3 pointer and above
but..
sedih sikit xdapat dekan..
haha
sape suruh aku ter-ponteng kelas bnyk2?
sapa suruh aku on9 dalam lecture?
xpe la..
aku puas hati dengan usaha aku
mood : dah mula nampak bibit2 sem 2
(padahal dalam hati malas nak balik udm..)
December 22, 2009
retorik
manis sungguh
manis amat
kalah gula2 fruit gummy warna ungu
kalah milo ais mamak tepi jalan yang pekat kaw2
indah bicara dari bibir
indah telinga dengar
indah hati menghadam
tapi tak indah otak mencerna
kerna logikal tak bermadah
cerna fakta saja
kau retorik
khayalan saja semua
dan bodoh aku percaya
haha
"end"
December 21, 2009
tq semua..
saya tau, blog ini tak menarik mana
tak ada info or useful input
yang ada cuma coretan kosong dan suka-suka saja
tapi korang jenguk jugak,
hasilnya my nuffnang earning sudah increase..
its nearly to gain my first nuffnang income..huhu
thanks again..
melalut
mau bersketsa, berdansa, berpuitis atau apa saja
nak jiwang, nak tulis apa saja
ada masalah ke kalau aku jiwang? haha
December 19, 2009
BLACK & WHITE PHOTO Contest
dah lama aku ushar blog beliau ni -klik sini-dan memang ada keinginan mau join ini contest. then tetiba aku nampak pic ini dalam laptop ptg tadi. so try saja la..huhu..
apa kata korang join jugak? gi jenguk blog dia kalau mau tau..huhu
Keterangan-gambar eksperimen sendiri sama kamera olympus-ku..huhu
Lokasi : bilik aku yang bersepah
Masa : ntah, luper..agak2 siang ke malam?
warranty
rindu di kala kita beraksi bersama
kamera digital,
lama lagi kau di sana?
rindu kamera
December 17, 2009
gadis tipikal 2
senang berbual, senang berbicara
tak lokek senyumnya
tak henti tawa.
setiap hari
masa sama
tempat sama
pasti ketemu
kebetulan, betul ke?
pedulilah.
satu ketika
sedang berbual-bual kosong
'kamu suka saya kan?'
geleng.
'akui saja'
geleng berkali-kali.
'kalau tidak kenapa kamu baik sama saya?'
tarik nafas
diam.
kamu
gadis tipikal
sempit fikiran.
*gelak dalam hati
December 16, 2009
senyum sendiri
jangan kau tanya chord apa
pasang saja telinga
cuba buka hati terima apa saja yang aku mahu hiburkan
biar otak kau rehat dari fikir
"macam mana kau buat lagu tuh?"
haha
budak-budak ini takkan faham
tapi aku juga takkan dapat faham mereka
aku punya abah dan mama lagi
tapi budak-budak ni?
mereka dari kecil sendiri dah hilang ibu bapa
yela..yela..
memang tadi ada aku sebut..
"abang faham apa kalian rasa"
tipu sebenarnya
mungkin mereka gembira sebentar di kala kami datang
suka-suka bersama
makan nasi ayam yang habis ayamnya dek mereka yang lahap benar
tapi aku kenyang
lihat mereka bersama senyu dan tawa
lupa sekejap masalah sendiri
masalah sendiri boleh setel.
tapi hari ni sama kanak-kanak ini
pagi tadi sudah aku tetapkan dalam hati
buat apa saja mereka mahu
apa saja
janji mereka gembira
piching lari, mereka ketawa
lantaklah
hari ini kamu gembiralah
hari ini aku mau jadi ayah ibu kamu
ada jodoh
ada masa
panjang umur
kami ke sana lagi.
December 13, 2009
entri kosong
marah aku hari ini besar gunung everest agaknya
mujur sabar aku luas laut biru
bodoh sebenarnya
dah tau jadi macam ini
macam budak sekolah
diajar 2+2 sama dengan 4
saja dijawab 5
bukan tak tahu jawapan
saja nak undang tangan cikgu ke pipi
dah berapa kali rasa
perasaan ini dah lali
namun aku takan lari
berdepan realiti yang pasti
telefon, sms tak berbalas
ym, facebook pun senyap
nampak macam bersalah besar dia dengan aku
takut agaknya
terbongkar sudah
sudah lah
nanti kita ketemu
selami hati
baru kau tahu
bagi kamu tahu
perit aku rasa
December 12, 2009
distraksi
gitar, celo, pengiring,
siap semua jadi sempurna
tapi,
semua muzik mendayu ini
apa kau mau nyanyi?
perfomasi apa ini
lagu dipraktis tanpa bait-bait
tak lengkap lagu dan irama
aku bingung
biarlah puisi esok terluah sendiri
biar terluah dari hati
semua ini distraksi
kau petikkan gitar sesuka hatimu
tak kira apa chord kamu
ikut sedap telinga
balunlah irama apa
sebab itu distraksi
kau tak nak dengar?
ada aku peduli?
aku bukan egois.
*buntu..
December 10, 2009
gadis tipikal
mau kongsi cerita hari ini :
hai kamu
sunyi sepi seorang diri
tak bosan?
hey arjuna
tak usah sandiwara dengan bait-bait puitis
lihat saja jari tersarung dengan cincin
baik kamu diam dan jauh
jangan cuba dekat, jangan rapat
pegi jauh, tak mau kau kulihat
gadis,
tipikal sungguh fikiran kamu
bertegur sapa, berbicara suka-suka
mana undang-undang kata salah?
mana hukuman mau jatuh pancung?
sombong tak tentu pasal
ok saya silap
mari mula semula
saya Anna, awak?
budi bahasa budaya kita...lalala
December 8, 2009
satu kosong satu enam
she picked up the phone
*
see how crazy u are missing me ;)
December 6, 2009
pergi
pergi saja
ke mana kau mahu
teroka setiap inci dunia ini
jangan risau aku
bawa rindu ini sama
pergilah
kaut sebanyak mana kamu mampu
aku di Malaysia saja
jauh mana kita
ukhwah itu ada
walau tak ada jisim
jauh mana kita pada zahirnya
dalam hati kita sebelah-menyebelah
kalau kamu rindu aku
mari kita skype
ym pun boleh
sambil ber-webcam
buat mimik muka pelik
dam ketawa
December 5, 2009
undian Piala Dunia
tapi tak payah gusarkan.
semua boleh google..
ini aku mau kongsi kat semua....
Group A | |
South Africa | Mexico |
Uruguay | France |
Group B | |
Argentina | Nigeria |
Korea Republic | Greece |
Group C | |
England | USA |
Algeria | Slovenia |
Group D | |
Germany | Australia |
Serbia | Ghana |
Group E | |
Netherlands | Denmark |
Japan | Cameroon |
Group F | |
Italy | Paraguay |
New Zealand | Slovakia |
Group G | |
Brazil | Korea DPR |
Ivory Coast | Portugal |
Group H | |
Spain | Switzerland |
Honduras | Chile |
*credit :espnstar.com
*feveret aku kali ini : England... korang??
December 4, 2009
maxis scholarship for excellence award
mau kongsi sama semua..
semua pelajar, sila rebut peluang.. korang yang cerdik pandai boleh apply satu scholarship ni.. untung2 korang dapat.. cube je apply..dapat tak dapat tu lain cerita...
antara kelayakan dia :
- STPM - minimum 3 As or
- Matriculation / Diploma - CGPA 3.5 or above or
- A Levels - minimum 3 As or
- Australian TER - minimum 90.0 or
- Recognized foundation/Pre-university courses – equivalent to CGPA 3.5 or above or
- Current 1st or 2nd year university students must have a CGPA of 3.5 or above
bonus untuk korang kalau :
- Possess a good command of the English language, both written and oral;
- Be a team player;
- Excel in extra-curricular activities and sports; and
- Possess leadership qualities.
note-field study untuk local university adalah bebas, tapi untuk foreign university, depends pada kos korang..
jangan buang masa... 4 january 2010 tarikh tutup.
hope info ni kasi faedah dekat korang..
apply or more detail : pegi google atau klik sini saja...
December 3, 2009
Coretan DBP menjemput...
last shot before hantar kamera ke warranty
another day to spend
datang encik posmen ke rumah
anta surat
dari dewan bahasa dan pustaka
Saudara Ahmad Khir,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) pada 19 hingga 25 Disember 2009 di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson....
bla.bla...bla..
finally..
but i need to settle on my license..
sorry..
xleh join..
hope to join this thing in the next time...
December 2, 2009
ketenangan..
kekerasan, antara nurani dan dogma
"Manusia membunuh, mereka membenci, mereka
menghancurkan planet ini.
Lalu, untuk apa mereka hidup?
Yang Bumi butuhkan sekarang adalah ketenangan."
ada krisis serius dalam masyarakat
yang perlu kembali kita refleksikan.
mungkin kita kurang menghargai hidup,
mungkin kita kurang peduli pada realitas kehidupan.
maukah kita perhatikan?
kekerasan fisik pun psikis terus terjadi
terhadap manusia, binatang dan alam..
manusia membunuh manusia..
vice versa..
manusia membunuh binatang..
binatang membunuh manusia..
manusia menghancurkan alam..
alam menghancurkan manusia..
berdamai kepada binatang, manusia, dan alam
semesta,
peradaban damai yang sejati niscaya kan tercipta..
November 30, 2009
asing
dan di bulan apa
jam ini tidak pernah terasa begitu hidup
Aku tidak bisa harung
dan aku tidak bisa kembali
Aku sudah kehilangan begitu banyak masa
semua hal yang ingin saya katakan
hanya tidak keluar dengan tepat
Aku tersandung di dalam
kepalaku berputar
Aku tidak tahu ke mana harus pergi dari sini
Aku menghabiskan hanya yg terbaik sejauh ini
Dan aku rindu padamu
Ketika kita berasingan
ni adalah dunia kecil Sayang
Dan kita masih muda
Kami mungkin akan begitu jauh
Kita mungkin hanya bertemu lagi suatu hari nanti
November 29, 2009
pengguna nuffnang, tolong r..
aku x paham..unique click aku bnyk gak r..tapi bile tengok earning, xde dapat apa2 pon..
korang yg baik hati..tolong erk?
tq..
"tukang-kipas"
November 28, 2009
kau hot??
i kinda wanna ask u all;
1) a.what is the definition of the words above?
b.does it differ?
2) a.when it is been uttered to a person, what does it mean?
b.when it is uttered to a person, does cool n hot differ?
3)to what extend is somewhat, somehow, someone is considered cool or hot???
i hope i got all of your reply>this should be interesting for me...
November 26, 2009
hari raya korban
selamat hari raya aidil adha..
takde apa mau kongsi malam ni.
makan kfc kenyang2 sampai idea bantut.
hadoi..huhu
terfikir mau buat reunion sama kawan2..tapi masa tak kasi can..
November 24, 2009
bintang sayang
bintang
ke sini kamu
mari teman aku malam ini
aku risau
takut
sendiri
sunyi sepi
teman aku sampai pagi datang
boleh?
bintang
aku sunyi
dia tiada
sibuk
jauh
penat
mau rehat
tapi
aku tahu
dia ada
ambil berat
akan aku.
November 20, 2009
"cita-cita saya nak ke universiti, cikgu"
realiti dunia..macam ni la..
apa jawapan korang kalau ditanya,
"apa tujuan mau masuk universiti?"
semua, hampir semua kata : nak belajar / tuntut ilmu...
tapi kat universiti, lain situasi... kelas berapa jam je sehari.. tolak keperluan lain.. korang spend masa untuk apa??
1. tido ( x terkecuali pompuan..sama je..haha)
2. online (download sana sini..tengok movie)
3. merayap (dating atau hang out dengan kawan berlandaskan alasan basi-release tension)
tadi tertinjau sorang blogger..
tak tahu dia mpp or what..
tapi dia sangat prihatin orangnya, tentang masalah dalam mpp..
tapi alasan mpp tempatnya jadi lemah ialah...
tujuan masuk U cuma utk menuntut ilmu.berdasarkan statement ni..dia khabarkan yang mahasiswa di tempatnya tak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan mpp atas sebab di atas. funny right??
kalau la semua stdnt asyik study saja..bagus.. cgpa 4.0.. first class degree la korang..
tahniah..
tapi..come on la..teens..xkan mau jadi ulat buku saja sampai xde life dekat universiti?
softskill, imej, kokurikulum pon penting jugak.. betul kan?
November 18, 2009
entah
hati ragu-ragu
mula rasa bodoh dan tertipu
jeritlah sekuat hati
biar segenap ceruk tempat tahu
biar puas
biar tenang.
pekikkan rasa cinta kau
khabarkan aku supaya
aku tak lupa rasa itu
ragu-ragu itu aku simpan
kerna nanti terjawab juga
kalaulah benar ada aku di hatimu
maka aku milik kamu
noktah dan muktamad.
November 16, 2009
bisnes..haha
November 14, 2009
kacang hazel dan roti
dengan kacang hazel
dan sekeping roti kaya
lapar?
ambil saya punya roti
*
masih lapar?
ambil kacang ini juga
*
bermodalkan roti 60sen
dan kacang bawa dari rumah
aku dapat kawan baru
bagus kan?
November 5, 2009
belajar dengan filem klasik
ada perkara yang mahu aku kongsi
tak penting sepenting final exam
pernah terbayang hidup kamu itu palsu semata-mata?
ya, saya maksudkan seluruh hidup
bayangkan itu palsu sahaja
*
seluruh dunia lihat kamu
dari lahir
langkah pertama kamu
hari pertama kamu di sekolah
mula-mula kamu bercinta
seluruh dunia dapat tahu
apa kamu rasa?
The Truman Show
Truman tak hipokrit
dia jadi diri sendiri
lakonan yang sangat natural
haha
lakonan yang kau gelarkan?
padahal dia tak tahu menahu
kasihan
tapi alasan sang pengarah bernas
dunia luar jauh lebih mencabar
jauh lebih ganas
dunia palsunya itu tenang
diam tanpa perang sana sini
tanpa krisis kroni si penjajah
indah bunyinya kan?
mahu cuba?
carilah tempat itu
carilah dunia palsu itu
jangan tanya aku
aku tak tahu
sebab aku hidup berdepan realiti
hidup aku realiti
berdepan masalah dan rintangan
hamba mana tak diuji?
kau larilah selaju Bolt
andai pecah rekod dunia
tak selesai masalah kamu
walau kadang-kadang aku lemah
tak terdaya
tapi ada saja yang di sisi
mama dan abah
abang adi dan aeyman
si dia
juga kawan-kawan...
pokoknya kali ini
semua orang tak suka hidup dalam dusta
semua hidup mahu cari kebenaran
tapi kadang-kadang
tak perlu bongkar kebenaran
ada kala yang benar itu duri dan bisa
oleh itu
diamkan saja
pendam dan biar ia pergi
tapi
hati kamu sebelah lagi bisik
aku mahu kebenaran
tak cukup ke hidup dalam jahil?
jadi
mana jadi pilihan?
sebelah hati mahu benar yang menyakitkan
sebelah hati mahu dusta yang berbayang
selalu kita ini tanpa sedar menilai orang sekeliling kita
kalau nampak minah tak pakai tudung di UDM
apa yang kita nilai?
"ah, ingat rambut cantik ke? poyo je..."
tapi kalau kau dalam situasi tu
apa kau cakap?
"ah, biar la..aku hanya jadi diri sendiri
lagi bagus dari hipokrit kan?"
jelas apa yang mahu aku selitkan?
orang cakap aku baik hati
sampai boleh pijak kepala
cepat berlembut
senang kasi alasan
dan aku cepat percaya orang
sebab apa?
aku letak diri aku dalam situasi itu
aku cuba fikir apa mereka fikir
cuba faham apa mereka faham
walau seteruk mana kawan-kawan aku berahsia
aku cuba faham
walau kadang-kadang terasa hati
tapi biarlah
aku percaya
kalau nak orang lain faham kita
kita kena faham orang lain dulu
er, jangan baca entri ini dua kali
apa yang terlintas, itu yang aku tulis
sebab kalau kau baca balik
reaksinya mesti :
"amende mamat ni celoteh???"
betul kan? ;D
"if i didn't see you again,
good afternoon, good evening and goodnight"
October 28, 2009
masa
exam..
study week..
bangun awal pagi seawal 6
semangat kobar-kobar mahu ke kota
belajar di gedung buku la
seronok
aman damai
baru boleh masuk belajar
erm, betul ke?
*realitinya, tidak =)
sebab?
duduk berkawan, kamu bersembang
belajar guna laptop, kamu online
so, bila belajar?
aku dah tahu apa yang patut aku belajar hari ini
nak tahu?
belajar urus masa =p
kepada semua, good luck exam dan all the best for your life..
October 22, 2009
kawan-kawan
tak boleh hidup tanpa kawan
bosan tanpa kawan
tapi kebanyakan kawan itu plastik
bermuka-muka saja
gelak ketawa dan umpat sana sini
seronok bunyinya kan?
tak semua kawan aku baik
dan tak semua juga jahat
hakikatnya mereka sama
mereka manusia
perangai dan kelakuan saja plastik
kalau kau rasa kau terpinggir dari kawan-kawan
apa kau rasa?
dan bila terpinggir
mereka tiba-tiba cari kau
itupun sekadar bertanya
"esok ada kelas ke"
ataupun
"jom pergi kafe, makan"
itu pun kalau dah tak ada teman lain
kalau kau rasa sunyi
biarkan
aku suka berkawan dengan sunyi
dia tak ganggu aku
dia tenang, aku pun tenang
sekurang-kurangnya dia teman aku study
kau rasa kalau kawan plastik kau ajak kau study
boleh masuk otak tak?
tak perlu aku definisikan kawan plastik itu
kalian pun faham
dan kalian jangan tujukan ini kepada sesiapa
sebab tiada siapa untuk ditujukan
ambil semua dari sudut positif, okey?
October 21, 2009
exam dan study week...
lagi berapa hari saja..
aku risau, gelabah dan takut..
tapi xsabar, excited dan gembira sebab cuti sebulan lebih after ni..
doakan saya buat yang terbaik
doa juga supaya saya x jadi malas2..
sebab saya memang selalu malas..
amin..
ada masa nanti saya jenguk blog2 kalian..
October 15, 2009
patung batu
di kala ulang alik menceduk ilmu di kota
dia tak pernah ke mana-mana
tetap teguh walau ditiup angin
tetap megah walau tengkujuh menjengah
kagum, aku akui
mungkin juga cemburu
sebab aku tak sehebat itu
dia sabar, aku cepat gusar
dia kota janji, aku lupa janji
dia tenang, aku gelabah
ketara sungguh bukan?
padahal dia sebuah patung batu.
satu hari
aku datang ke situ
jenguk dia di masa lapang
di kala bulan bintang gantari sang mentari
dan suara itu berbisik ke hatiku
dan dia tahu isi hatiku berbicara
"patung batu
aku kagum dengan kamu
hati kamu batu tapi patuh
hati aku lembut tapi rapuh
kamu turutkan si penciptamu tanpa bicara
kau harung panas hujan tanpa keluh kesah
aku kagum, sangat kagum."
patung batu itu berbisik
hei kamu
hati aku cuma bersalut simen bersulam konkrit
engkau disaluti nafsu dihiasi iman
jaga dan adunlah dengan baik
moga adunan nasfu akan terlindung dengan nur
*diam seketika
kadang-kadang mahu saja aku jadi kamu
kau tak tikam belakang
kau tak cakap temberang
janji kau dengan manusia Tuanmu
tak dimungkir lagi
engkau patung batu
terima kasih kongsi sesuatu hari ini
patung batu ini ada..sayang tiada kamera mahu ambil gambar..haha
October 12, 2009
hari lahir
msg dari mama
"happy birthday to you. mama buat kek. tapi x dapat la kamu makan"
call dari hafizah dan husna (classmate)
nyanyian lagu hari jadi
x jelas tapi terkesan dalam hati
tq
tq kat korng sebab kasi hadiah
dapat mms dari afifah (classmate jugak)
cute gambar tuh
tq pada kamu juga
mat nor pon wish jugak
tq
jambu, syah, faiz, sam, elly, izni,
tq call aku
walaupon aku x balik
dekat je rasa aku dengan korang
oh lupe
iejad..tq call ptg2 tadi
nanti cuti hang out sama
dan tak lupa kamu
kamu memang bermakna
terima kasih atas kata-kata tadi
itu memang hadiah paling bermakna
tq pada kawan2 di blog, myspace dan facebook yang wish..
semoga kamu juga panjang umur seperti yang korang doakan aku..
tq2 semua..
October 8, 2009
Part II
dengan harapan dia di sini
penat lelah tercungap-cungap
dan sia-sia saja meredah debu dan air masin
bila lidah kau ungkapkan
"jangan cari aku lagi"
iya, memang benar
aku akui aku titiskan air mata
tapi maaf
tangis aku bukan ratapi kamu
tapi untuk aku sendiri
takut benar akan terbongkar
padahal aku sendiri cari penyakit
aku selalu tidakkan apa yang benar
maaf
jujur aku mahu bilang
kalau kau datang ke mari
jangan datang tagih simpati lagi
jangan cari aku untuk tenangkan hatimu
aku mahu kau datang dengan tenang dan bahagia
dan itu sebenarnya hadiah hari jadi yang aku mahu sebenarnya
aku tau kau selalu jenguk blog ini
tak perlu elak diri lagi
aku dah sembuh
marilah jenguk aku
"kau" sebenarnya merujuk pada salah seorang dari kamu yang membaca...
October 6, 2009
di bandar baru
kau fikir aku mampu ketawa seperti dulu?
jalan tertunduk aku redah
dalam kelompok manusia yang ramai tapi sepi
tertanya dalam hati mereka hanyalah
"hey si polan, impian kamu sudah tercapai belum?"
cuba banding waktu ini dengan zaman kecil
aku suka lagi zaman ini, tapi aku mahu lebih.
seketika aku di puncak khayalan
tapi gelap gelita penuhi ruang
cuba gigih mahu terbang, tapi tak mampu
aku takut, dan aku memang dilahirkan begitu
dan ketika itu juga aku terfikir
sayap, mana kamu?
panggil berulang-ulang
sunyi tanpa kelibat.
terperap di kota ini
gelak dan menangis serentak
gelak dan gosipkanlah aku
bukan aku peduli
aku pinta hati kau
dan aku tahu
aku minta, tak akan dapat.
bila senyap
hati melayang pada yang tercinta
dan baru kau teringat mama yang pernah kau sakitkan hatinya
dan baru kau sebut-sebut abah yang kau pekakkan saja nasihatnya
lantas hati terdetik
"aku mahu berubah".
singgah lagi di puncak tadi
gelap tadi hilang, cahaya terang benderang
tangan genggam kuat, mata pejam rapat
takut aku masih, tapi wajar aku cuba
dan kini aku mampu terbang
*telefon berdering
hello sayap
tak perlu datang
tanpa kau
aku boleh sentuh langit kini
aku teroka bandar ini dengan peta di sisi
tapi aku fikir tak perlu kot
aku tahu, kau tahu, semua pun tahu
sesat tak bermakna mati
tak teruk sebegitu
tapi sesat kasi pengalaman
jangan fikir hidup ini susah
sebab susah kamu hidup =)
October 2, 2009
dialog si gadis dan sang arjuna
kenapa bermuram durja,
mari ke sini
apa kata kalau saya kasi kamu senyuman saya
mari ke sini
saya jadi telinga kamu
ceritakan saja kisahmu
hei si hati baik
tak perlu kau gusar
tak pyah kau peduli
perihku,ku tanggung sendiri
bukan senyuman kau yang aku perlu
nah, ambil semula cebisan hatimu
sejujurnya aku tak layak menerimanya
kau dan aku macam langit dan bumi
jadi jauhi aku
hai arjuna
kau lupa satu fakta
langit bumi itu "couple"
tak lengkap tanpa salah satu
betul bukan?
kau juga lupa si gadis
benar mereka pasangan
tapi hakikatnya mereka tak pernah bersatu
darjat berbeda
kau di atas sana dijunjung
aku dibawah dipijak orang
pergi lah kasih
pergilah bersama mentari
dia secocok denganmu
*tamat*
ini cerita sudah lama.. baru terjumpa dalam draft..huhu
October 1, 2009
air
ditaruk di dalam bekas, dia sendiri tak tahu dia di mana.
hatinya berdoa, ke tempat yang baik saja destinasinya.dia faham dan sangat mengerti. ada orang yang memerlukan dia, serta kaum kerabatnya. tanpa dia, makhluk Tuhan akan mati.
dia terasa dia tiba di destinasi baru. kedengaran suara anak-anak muda. gembira dan teruja saja bunyinya. dia masih terkurung dalam balang itu. tak tahu menahu dunia luar. tapi dia tahu, meriah keadaan di luar. teringat emel dari pakciknya adri africa. kaum kerabatnya sangat diperlukan di sana. warga manusia dia sana mati berpenyakit. dia tau pakciknya sakit tenat. keluarganya di sana sakit. dan sebab mereka, manusia di sana juga sakit.
akhirnya dia keluar juga dari kurungan. dia di gelas kaca. dunia luar jelas kini di matanya. semua anak remaja belaka. girang saja. dia tahu ke mana destinasi seterusnya.
*tamat*
September 25, 2009
seberang laut
kanak-kanak masih kutip duit raya
well, raya kan sebulan..
alhamdulillah, dah raya..
dah jumpa sanak-sedara, kawan-kawan
at least ada gak berhubung through calls, sms,
ade gak yang ym, facebook, myspace, blog..
tak kisah la.. janji relationship tu x terputus lagi
sepanjang raya ni, bnyk gak berita yang kata
kengkawan aku fly ke luar negara
aku seronok sangat
tumpang gembira untuk korang
ada ke mesir, ada ke london, uk, india
btw, mintak maaf la, xdapat hantar korang ke airport
sangat bz,
and to faidzrin, so sorry,
esok xdapat jumpe kau,
tiket aku ke terengganu petang la..
semoga korang semua gembira dan bahagia
kawan sekali, kawan sampai bila-bila okey..
jangan pulang tanah melayu x ingat kawan ok..
kalau belajar sungguh-sungguh dahulu
aku pun sudah terbang seberang laut agaknya kan?
September 21, 2009
cerita 1 syawal..
status : sedang dilaksanakan
malam raya
kawan2 skola datang
sudah dua tahun++ jugak x kedengaran ape2
datang rumah tengah malam
ajak keluar minum2, tengok bola
citer panjang lebar
tapi cerita x penting
janji kami akrab kembali
pagi raya
ke kubur arawah atuk
ke rumah opah
sepupu sepapat bertegur sapa
tak diam seribu
tapi borak memanjang
gelak bersama
bloggers
selamat hari raya!!
raya puas2 sebelum cuti korang abes...
*status saya : perut penuh lemang dan rendang...
September 19, 2009
shopping raya
sehari mau raya...
cerita?
ya..memang ada cerita..
cerita hari ini
bukan cerita kedai kopi
pukul 3 ptg, aku, along and aiman pegi ipoh
aku mau shopping raya
along mau jumpa kak ina
aiman sekadar mengikut aku
yup
shopping raya last minutes
1st time aku x teratur dalam shopping raya nih
aku decide mau ke jusco
ya..
memang sesak seperti jangkaan
ramai macam pasar tani pukul 9 pagi
aku terbelek la sana sini
(sape penah shopping dengan aku, tau r camne aku camne)
ouh, fyi
aku just ada 1jam ++ saja untuk shopping
along mau cepat balik
giler r..
ko bygkan
aku sambar tshirt nike sehelai
pon dah bape puloh minit
pegi reject shop
mau cari sehelai lagi tshirt
membazir masa berpuluh minit
x beli ape2...
turun ground floor
beli big apple
pastu teruskan misi
mau cari jeans
aku nampak ada sale 70% diskaun
jenama ape.. lupa pulak
(x hirau jenama pon, janji lawa)
cari saiz sesuai, terus beli
then bayar
terus balik umah
and tetap lambat
berbuka dalam kete
hahaha
owh, aku baru je dapat cd zee avi
free from someone
tq2...
aku rasa lagu ni best..
tajuk dia...
darlin' it ain't easy
boleh dengar sini...
sekian repekan sebelum raya..
September 17, 2009
pengisian masa lapang
suatu masa dulu
kita agak akrab
main bersama
gurau bersama
dan sekarang
sudah dewasa
lumrah alam kot
yela..
manusia lain jantina
perasaan malu-malu
segan..
atas alasan "malu"
dah lama tak ketemu
segan sangat menebal
padahal saudara sendiri
ambik kesempatan raya ni
mahu perbaiki hubungan..
saudara mara erat bersama
*
*
*
soffi cakap
cinta macam makan nasi
makanan ruji
kalau lauk sedap
bertambah-tambah nasi
tak sedap, tak makan
aku cakap
cinta macam main sms
kadang-kadang nak sms orang
kredit takde
bila kredit ada
takde sapa nak msg dengan kita
kalau ada kredit pun
kadang-kadang takde idea nak borak apa
umumnya
aku rindu dia
walaupun tanpa dia
kredit aku jimat
huhu
(* yeah baby, honestly)
September 16, 2009
rabu yang ditunggu-tunggu
misi selesai..
TITAS : siap (petang ni hantar kat KUSZA)
animal genetic : siap!! (walaupun lupe wat cover page, dimaafkan pn zuliha, nak raye punye pasal)
sekarang pikir pasal rumah saja..
pikir kuih raya
shopping baju raya
duit raya (er kalo dapat la)
hang out sama kawan2
*
selamat bercuti kengkawan..
balik kampung dengan selamat
makan beragak sket
(pesanan kat diri sendiri sebenarnye)
September 14, 2009
sebelum raya part 2
mood semakin ceria
tiba-tiba...
pn zuliha kasi assignment..
anta sebelum balik raya..
aku rajin ke malas?
jwpnnya depend la rabu ni...
kalau assignment aku siap,
means aku rajin..
and vice versa...
September 13, 2009
sebelum raya part 1
presentation mengenai warna..
blah blah blah...
x menarik kan??
**
raya..
belom shopping raya lagi..
baju raya??
aku just terpikir mau cari tshirt di al-ikhsan saja
boring2...
xde choice...
cari kat ipoh je la...
September 10, 2009
cerita khamis
memang mood raya..
honestly,
aku dah x amek port dah dengan assignment..
kalau boleh rasa nak balik kampung sekarang je....
naseb baik la tiket aku dah beli rabu depan...
**
k e t u a k e l a s y a n g b a i k
b e r d e p a n m a c a m k e r e n a h
t a p i s a b a r s a j a l a
b u l a n R a m a d h a n
k a m u t a k n a k i k u t c a k a p s a y a
j a n g a n " a p p r o v e " s a y a k e t u a k a m u .
September 6, 2009
mood...
sudah ingat rumah je..
assignment pon dah hampir complete..
so boleh relax2..
selamat berpuasa..
*xde cerita menarik kali nie...
September 2, 2009
PTPTN
duit tak ada..masalah
duit ada..masalah juga
PTPTN dah masuk
lega sementara
pening balik kepala
semua benda mahu dibeli..
nafsu nafsi di bulan Ramadhan..
teruji dengan ujian yang menguji kesabaran..
nasihat kepada penerima PTPTN...
jgn boros..
jimat belanja..
rancang perbelanjaan..
aku rancang jugak... tapi kdg2 terlebih jugak.. adoi...
August 30, 2009
salam yang pelbagai...
oh..aku terlupa..
bz punya pasal..
aku teringat..
blom wish korang2 semua
"selamat berpuasa"
esok merdeka..
esok cuti
esok bangun lewat,
esok nak siapkan assignment
"salam merdeka"
"salam 1Malaysia"
"salam Ramadhan"
mcm2 jenis salam...
entri tidak panjang..
assignment berbagai-bagai...
mengejar decline..
maaf.
*doakan kamu semua selamat...
amin...
August 26, 2009
1.20 pagi
jam 1.20 pagi baru kerja selesai
jam 1.20 pagi baru otak tenang
baring-baring, siling dihadap
sunyi dan senyap
ok, aku tak mengantuk lagi.
teringat niat puasa belum dilafaz
dan masih sunyi dan sepi
capai earphone
gamit irama si yunalis zarai
merdunya hujan bunga kuala lumpur
terkesima petah bicara fynn jamal
lalu tidur tanpa sedar...
*lelap sampai terlepas sahur lagi....
August 23, 2009
hari ini
malam tadi bas pukul 8.30 mlm..
dari ipoh ke terengganu
(macam lagu the times singapore-kl haha)
sampai ntah pukul bape.. pagi tadi la..
sahur dalam bas..
mama bekalkan nasi ayam...
alhamdulillah..
sampai kusza pukul 9 pagi..
tido sekejap..
pastu mandi2.. siap2..
pukul 11 kelas english
lepas tu pukul satu ke kampus kota..
then sekarang..
aku dalam lab komputer..
kelas IT
mood : mengantuk sangat...
August 20, 2009
facebook aku akan bergerak aktif semula..
seiring dengan ini blog dan myspace
kenapa?
kuasa cinta agaknya..
=p
August 19, 2009
sunrise,
it's has been a while,
and i think :that's it, no more hope
then she came,
it's start with normal, common relationship
yup, i admire her since the first class
but i was so dummy,
take a next step just a week before final..
fool, isn't?
but hope is start to grow
i know it is just only hope,
hope and hope
August 17, 2009
semasa ke midvalley
*anta shoot semasa fuji modelling shoot di mid valley
ahad
pagi-petang
sorry, x berminat sama model2 itu
haha
positif dan negatif
seorang kawan pandai nasihat
seorang kawan pandai bicara
hakikatnya dia normal saja
dia juga terlupa
kadang-kadang terleka
hei, manusia kan pelupa orangnya
harus sentiasa diingatkan
"tok imam pon wat macam tu"
"pemimpin pun makan suap"
"cikgu pun menipu"
apa pasal?
orang kita memang suka lihat macam tu
persepsi negatif saja
setuju? tidak setuju?
idea berbeza2...
August 16, 2009
August 15, 2009
buka telinga
skali lagi saya pamerkan video ini
saya suka
dengan alunan dan bait2 lagu ini
sedari pertama dengar lagu ini di wuhuu 09
sekarang hampir dihafal
hari2 berkumandang di telinga
seolah ada 'soul' dalam lagu ini..
"buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut
buka mata buka telinga
dengar saja suara kita"
August 14, 2009
perfomasi muzik
"Ana Rafali"
"Fynn Jamal"
"Wani Ardy"
saya suka mereka.
kagum dengan mereka.
kenapa?
*sila dengar pada bait2 puisi dan lagu mereka
dah dengar?
best?
*sori akak2 sekalian, publish gambar tanpa permision..haha
rumah semanis rumah
sudah sampai di rumah.
kecian sama parent.
bangun lebih awal dari ayam berkokok semata-mata menjemput aku pulang.
rindu sama rumah.
rindu pada keluarga.
rindu sama kawan.
lega rasanya di rumah.
tiada h1n1, tiada kelas.
tapi assignment turut ikut aku pulang.
jangan risau wahai assignment,
aku xkan abaikan kau kali ni.
cuma bagi aku masa untuk perkara lain.
nanti baru aku bermesra sama kamu.
haha
August 12, 2009
August 11, 2009
mood : tak sabar mau pulang
rasa diri macam orang besar
fikir diri sudah matang
ya
saya mungkin matang
tapi saya masih anak-anak
paham?
keliru?
biarkan
*
post tanpa motif sebenarnya
August 9, 2009
manusia ialah???
cerita kali ini....
manusia itu pelbagai pakej
rupa dan bentuk sangat variasi
lumrahlah itu semua
tapi si manusia lupa diri
yang dikejar hanya si cantik dan kacak
si gemuk dan si hodoh?
kamu lupa mereka juga seperti kamu
mereka pun manusia
duni ini tempat kejam
semakin hari semakin uzur
semakin binasa
manusia memang indah ciptaan
tapi harus difikir juga
terbancuh hanyir di dalamnya
August 5, 2009
pulau duyong...
jalan2 di pulau duyong..
tenang suasana..kan?
*rindu pada kamera saya..huhu
July 30, 2009
about life...
dan agak pening kepala bagiku..
sejak izuddin xde.. aku kena jadi ketua kelas..
aku x kisah sangat la...tapi xsyok sangat..
sebab assistant aku ni rajin sangat..
so dia je buat keje......
jangan sangka saya malas..
saya buat kerja juga..
tapi ada saja x kena..
saya x marah..
cuma tidak puas hati..
erm..
zipp about that..
***
udm semakin hari semakin menarik bagiku..
assignment bertambah2..perkara normal..
kawan2 semakin ramai..
and im think that these whole problem make me more understand about life..
erm..problem ape??
*silent
July 26, 2009
bz?? xla bz sangat..haha
duit semakin berkurang..
asyik mintak abah mama je..x larat r camtuh..
makan berjimat..
sehari sekali..haha
insyaAllah kurus..haha
belajar sudah mula bz dan pening..
test 1 aroun da corner..
classmates pon berkurang..
sorang2 dah keluar..sedih2..
report xsiap lagi.
so aku nak sambung..haha..
lain kali story lagi...
gudbye...
July 19, 2009
malaysia dan man utd...
cerita yg menarik hari nie..
konpem pasal man utd lawan man utd smlm..
fyi..man utd 3-2 malaysia..
goal by rooney and nani.. and 2 dari amri yahya..
semua orang respek team malaysia smlm..
even x menang..tapi semangat tu..hebat la..
skrg sume puji team malaysia..
pasni kalau kalah..xde sape nak support..
betul x?
media memang macam tuh..
or should i say..manusia memang macam tuh...
haha..
betul??
July 16, 2009
tagged..
it is an original, but if you happen to notice any similarities to another tag somewhere in the world wide web, feel free to tell me.. (^^,)
1. who is the awesome person who tagged you? (don't forget to link)
- si tuan punye tagged ni la..haha
2. tell us something about you..
- im Khir.or Asisian called me amad POnG..thanks to en Ghani for this name..
currently study degree in animal science in udm...
3. what is your reason to blog?
- check my 'ayat2" kat atas.. sharing is caring... and i got lots of friends sharing hobbies and interested..
4. list and link 5 favourite post from your blog..
check top 5 link kat tepi nie.. =============>
5. tag 5 awesome people and inform them that they have been tagged by you..
well..sape2 je la..haha
July 12, 2009
cerita : housemate
hari nie ada IT class lagi...
amek masa untuk post lagi..hehe..
*don't worry abah.. skrg blom bz lagi..hehe
story kali nie..
perangai2 housemate..haha
rumah ada 5 bilik..
satu bilik 2 orang..
aku sbnrnye xknl pon rummate and housemate aku lagi..
haha
aku tau r nama dia.asl mane..tapi xpenah dapat borak panjang ngan dier..
dier jenis x lekat bilik..
and kat umah tu 5 orang budak degree..
4 orang dak diploma..
lain orang lain perangai beb..
haha
macam2 kerenah ade tau..
aku harap nanti dapat r ngam ngan dak2 diploma tuh..
agak sombong je diorg..haha
bdk2 degree ok la..
kebetulan kitorang satu fakulti..
so rapat gak r..
tapi aku bukan nak wujudkaan diskriminasi..
cuma blom jumpa chemistry antara kami..hehe
July 9, 2009
July 6, 2009
baru...
tu pasal post aku pendek je..
hari ni maybe lama sket..
sebab kelas TITAS kensel..
so lepak kat IT lab r..
hari ni nak citer pasal kos aku..
yup..
produksi dan kesihatan haiwan..
bukan veterinar..
bidang same..
tapi lain sket r..
kos aku ni khusus kat haiwan ternakan..
lembu,kambing,ayam dsb..
xsilap aku, fokus kitorang dalam semester ni maybe ayam dan kambing..
dan sem 2 akan ke ladangn2 ternakan around kuala terengganu..
well...aku sedih sket..
sebab ni bukan veterinar..
tapi dekan bagi aku berita gembira..
maybe 3rd year nanti,,kos aku akan diupgrade ke veterinar..
walaupon kene sambung 3 taun lagi..
so maybe 6 taun r aku kat sini..
bonus untuk aku..
aku ade degree veterinar..produksi dan kesihatan haiwan skaligus!!!
status pon dan lebih kurang cam doktor..haha
btw..aku admit life agak boring..
stay kat kampus kusza..kuliah di kampus kota..
berulang alik naik bas..
agak leceh..
tapi dekat town..nama pon kampus kota..haha
ada masa free untuk aku on9..aku post lagi mende2 best kat sini...