October 1, 2009

air

air kosong itu sejuk. dia dibawa keluar dari peti ais.
ditaruk di dalam bekas, dia sendiri tak tahu dia di mana.
hatinya berdoa, ke tempat yang baik saja destinasinya.dia faham dan sangat mengerti. ada orang yang memerlukan dia, serta kaum kerabatnya. tanpa dia, makhluk Tuhan akan mati.

dia terasa dia tiba di destinasi baru. kedengaran suara anak-anak muda. gembira dan teruja saja bunyinya. dia masih terkurung dalam balang itu. tak tahu menahu dunia luar. tapi dia tahu, meriah keadaan di luar. teringat emel dari pakciknya adri africa. kaum kerabatnya sangat diperlukan di sana. warga manusia dia sana mati berpenyakit. dia tau pakciknya sakit tenat. keluarganya di sana sakit. dan sebab mereka, manusia di sana juga sakit.

akhirnya dia keluar juga dari kurungan. dia di gelas kaca. dunia luar jelas kini di matanya. semua anak remaja belaka. girang saja. dia tahu ke mana destinasi seterusnya.


*tamat*

2 comments:

Abdul.Fatah.Firdaus said...

cantik. teruskan tulis2 sebab makin rajin tulis, makin power kau melenggok. ;)

jangan lompat tinggi-tinggi, cuba merangkak dulu. gerenti boleh.

mr kay said...

terima kasih cikgu..