October 22, 2009

kawan-kawan

semua orang kata
tak boleh hidup tanpa kawan
bosan tanpa kawan

tapi kebanyakan kawan itu plastik
bermuka-muka saja
gelak ketawa dan umpat sana sini
seronok bunyinya kan?

tak semua kawan aku baik
dan tak semua juga jahat
hakikatnya mereka sama
mereka manusia
perangai dan kelakuan saja plastik

kalau kau rasa kau terpinggir dari kawan-kawan
apa kau rasa?
dan bila terpinggir
mereka tiba-tiba cari kau
itupun sekadar bertanya
"esok ada kelas ke"
ataupun
"jom pergi kafe, makan"
itu pun kalau dah tak ada teman lain

kalau kau rasa sunyi
biarkan
aku suka berkawan dengan sunyi
dia tak ganggu aku
dia tenang, aku pun tenang
sekurang-kurangnya dia teman aku study
kau rasa kalau kawan plastik kau ajak kau study
boleh masuk otak tak?

tak perlu aku definisikan kawan plastik itu
kalian pun faham
dan kalian jangan tujukan ini kepada sesiapa
sebab tiada siapa untuk ditujukan



ambil semua dari sudut positif, okey?

3 comments:

amirshahril said...

pong sekarang ni dah pandai bersastera la...

final bile ???

Abdul.Fatah.Firdaus said...

gua benci beb kawan plastik.
kalau lu jumpa, lu bakar awal2.
gua benci. sungguh.

mr kay said...

aku tak suka plastik.
plastik cemarkan bumi.
sebab itu aku guna beg kertas.