October 8, 2009

Part II

teroka tempat ini tiada henti
dengan harapan dia di sini
penat lelah tercungap-cungap
dan sia-sia saja meredah debu dan air masin
bila lidah kau ungkapkan
"jangan cari aku lagi"

iya, memang benar
aku akui aku titiskan air mata
tapi maaf
tangis aku bukan ratapi kamu
tapi untuk aku sendiri
takut benar akan terbongkar
padahal aku sendiri cari penyakit
aku selalu tidakkan apa yang benar

maaf
jujur aku mahu bilang
kalau kau datang ke mari
jangan datang tagih simpati lagi
jangan cari aku untuk tenangkan hatimu
aku mahu kau datang dengan tenang dan bahagia
dan itu sebenarnya hadiah hari jadi yang aku mahu sebenarnya

aku tau kau selalu jenguk blog ini
tak perlu elak diri lagi
aku dah sembuh
marilah jenguk aku

"kau" sebenarnya merujuk pada salah seorang dari kamu yang membaca...

1 comment:

ahmad humairi said...

happy besday to you,
selamat hari lahir,
moga tabah mengharungi hari mendatang..