October 6, 2009

di bandar baru

badan penuh diselaputi debu berterbangan di bandar ini
kau fikir aku mampu ketawa seperti dulu?
jalan tertunduk aku redah
dalam kelompok manusia yang ramai tapi sepi
tertanya dalam hati mereka hanyalah
"hey si polan, impian kamu sudah tercapai belum?"
cuba banding waktu ini dengan zaman kecil
aku suka lagi zaman ini, tapi aku mahu lebih.

seketika aku di puncak khayalan
tapi gelap gelita penuhi ruang
cuba gigih mahu terbang, tapi tak mampu
aku takut, dan aku memang dilahirkan begitu
dan ketika itu juga aku terfikir
sayap, mana kamu?
panggil berulang-ulang
sunyi tanpa kelibat.

terperap di kota ini
gelak dan menangis serentak
gelak dan gosipkanlah aku
bukan aku peduli
aku pinta hati kau
dan aku tahu
aku minta, tak akan dapat.

bila senyap
hati melayang pada yang tercinta
dan baru kau teringat mama yang pernah kau sakitkan hatinya
dan baru kau sebut-sebut abah yang kau pekakkan saja nasihatnya
lantas hati terdetik
"aku mahu berubah".

singgah lagi di puncak tadi
gelap tadi hilang, cahaya terang benderang
tangan genggam kuat, mata pejam rapat
takut aku masih, tapi wajar aku cuba
dan kini aku mampu terbang

*telefon berdering

hello sayap
tak perlu datang
tanpa kau
aku boleh sentuh langit kini

aku teroka bandar ini dengan peta di sisi
tapi aku fikir tak perlu kot
aku tahu, kau tahu, semua pun tahu
sesat tak bermakna mati
tak teruk sebegitu
tapi sesat kasi pengalaman
jangan fikir hidup ini susah
sebab susah kamu hidup =)

3 comments:

Just_najmiE said...

wow, maksud mendalam.. bagus2..

fatah85 said...

sebab susah kamu hidup.
dan aku hidup.
dan sentiasa susah.
dan itulah manusia.

;)

cantik

mr kay said...

najmie : tak la dalam. hayatilah.huhu

fatah : susah di mana-mana. tak boleh lari.