December 16, 2009

senyum sendiri

saja petik gitar sesuka hati
jangan kau tanya chord apa
pasang saja telinga
cuba buka hati terima apa saja yang aku mahu hiburkan
biar otak kau rehat dari fikir
"macam mana kau buat lagu tuh?"
haha
budak-budak ini takkan faham

tapi aku juga takkan dapat faham mereka
aku punya abah dan mama lagi
tapi budak-budak ni?
mereka dari kecil sendiri dah hilang ibu bapa
yela..yela..
memang tadi ada aku sebut..
"abang faham apa kalian rasa"
tipu sebenarnya

mungkin mereka gembira sebentar di kala kami datang
suka-suka bersama
makan nasi ayam yang habis ayamnya dek mereka yang lahap benar
tapi aku kenyang
lihat mereka bersama senyu dan tawa
lupa sekejap masalah sendiri

masalah sendiri boleh setel.
tapi hari ni sama kanak-kanak ini
pagi tadi sudah aku tetapkan dalam hati
buat apa saja mereka mahu
apa saja
janji mereka gembira
piching lari, mereka ketawa
lantaklah
hari ini kamu gembiralah
hari ini aku mau jadi ayah ibu kamu

ada jodoh
ada masa
panjang umur
kami ke sana lagi.

3 comments:

Rye said...

Pegi melawat rumah anak yatim ker?

mr kay said...

yup. best.

Rye said...

Wah, best nyer buat charity work...
Dpt kumpul pahala ngan dpt gembirakn bdk2... :)