pagi-pagi sudah bangun lambat. memang kebiasaan baginya walau jam loceng sekuat mana pun
tak dapat celikkan matanya. terus tukar baju untuk ke sekolah, Nobita memang akan datang lewat.
bila lewat, cikgu pasti suruh berdiri di luar kelas, dan pastilah dia tak belajar apa-apa.
dan ketika itu, Giant dan Suneo ketawa sakan sampai tempias air liur. tambah berdekah-dekah ketawa
mereka apabila Nobita masih lagi kekal dapat markah kosong. entah apa dalam benak hati Nobita.
balik rumah, Doraemon menanti, dia tahu nobita pasti minta bantuan darinya. masuk saja ke bilik,
Nobita duduk di meja belajar, menung jauh. tak pasti apa yang difikirkan. mungkin fikirkan
masa depan kahwin dengan Sizuka, atau mungkin berangan untuk bercuti di angkasa lepas. imaginasi
Nobita hebat benar, imaginasi tanpa sempadan, dan angan-angan boleh jadi benar, Doraemon ada.
tapi kita silap. Nobita terus buka buku, terus belajar. tiada lagi merengek meminta barang Doraemon.
tiada lagi tangisan dibuli, diketawakan di sekolah. tiada. dia belajar bersungguh-sungguh hari itu.
dan esok juga begitu. Nobita jadi rajin. betul-betul rajin hingga tidak lagi bermain besbol dengan Giant dan Suneo.
buang masa,katanya. dia tahu dia pasti dibelasah dan jadi mangsa buli Giant. baik dia belajar.
dan ujian bulanan pun keluar. Nobita gembira. walaupun tak dapat 100 markah, 67 markah cukup memuaskan.
usahanya memberi pulangan setimpal.
tapi sedih juga, kerana semua tidak percaya dengan usahanya.
"mesti guna alat Doraemon"
"dia meniru dalam ujian kot"
"teruk la Nobita, dah pandai meniru pulak"
dah adat dunia kan? persepsi negatif tak habis-habis.
tapi Nobita senyum sorang-sorang. haha..
3 comments:
tahniah nobita!
memang doremon kene jadi guardian orang lain la pulak ~
betul
misi doraemon berjaya..
Post a Comment