November 5, 2009

belajar dengan filem klasik



ada perkara yang mahu aku kongsi
tak penting sepenting final exam
pernah terbayang hidup kamu itu palsu semata-mata?
ya, saya maksudkan seluruh hidup
bayangkan itu palsu sahaja

*

seluruh dunia lihat kamu
dari lahir
langkah pertama kamu
hari pertama kamu di sekolah
mula-mula kamu bercinta
seluruh dunia dapat tahu
apa kamu rasa?

The Truman Show
Truman tak hipokrit
dia jadi diri sendiri
lakonan yang sangat natural
haha
lakonan yang kau gelarkan?
padahal dia tak tahu menahu
kasihan

tapi alasan sang pengarah bernas
dunia luar jauh lebih mencabar
jauh lebih ganas
dunia palsunya itu tenang
diam tanpa perang sana sini
tanpa krisis kroni si penjajah
indah bunyinya kan?
mahu cuba?
carilah tempat itu
carilah dunia palsu itu
jangan tanya aku
aku tak tahu
sebab aku hidup berdepan realiti

hidup aku realiti
berdepan masalah dan rintangan
hamba mana tak diuji?
kau larilah selaju Bolt
andai pecah rekod dunia
tak selesai masalah kamu
walau kadang-kadang aku lemah
tak terdaya
tapi ada saja yang di sisi
mama dan abah
abang adi dan aeyman
si dia
juga kawan-kawan...

pokoknya kali ini
semua orang tak suka hidup dalam dusta
semua hidup mahu cari kebenaran
tapi kadang-kadang
tak perlu bongkar kebenaran
ada kala yang benar itu duri dan bisa
oleh itu
diamkan saja
pendam dan biar ia pergi
tapi
hati kamu sebelah lagi bisik
aku mahu kebenaran
tak cukup ke hidup dalam jahil?

jadi
mana jadi pilihan?
sebelah hati mahu benar yang menyakitkan
sebelah hati mahu dusta yang berbayang

selalu kita ini tanpa sedar menilai orang sekeliling kita
kalau nampak minah tak pakai tudung di UDM
apa yang kita nilai?
"ah, ingat rambut cantik ke? poyo je..."
tapi kalau kau dalam situasi tu
apa kau cakap?
"ah, biar la..aku hanya jadi diri sendiri
lagi bagus dari hipokrit kan?"
jelas apa yang mahu aku selitkan?

orang cakap aku baik hati
sampai boleh pijak kepala
cepat berlembut
senang kasi alasan
dan aku cepat percaya orang

sebab apa?
aku letak diri aku dalam situasi itu
aku cuba fikir apa mereka fikir
cuba faham apa mereka faham
walau seteruk mana kawan-kawan aku berahsia
aku cuba faham
walau kadang-kadang terasa hati
tapi biarlah
aku percaya
kalau nak orang lain faham kita
kita kena faham orang lain dulu

er, jangan baca entri ini dua kali
apa yang terlintas, itu yang aku tulis
sebab kalau kau baca balik
reaksinya mesti :
"amende mamat ni celoteh???"

betul kan? ;D


"if i didn't see you again,
good afternoon, good evening and goodnight"


3 comments:

Unknown said...

apsal lak nak goodbye???

Amir Bin Shahril said...

besh seyh cter ni

mr kay said...

best2..
sangat klasik..huhu