December 7, 2010

cerita lembu

kadang-kadang, yang buruk itu menghasilkan yang baik, dan yang baik menghasilkan yang buruk. bukan selalu. kadang-kadang.

Abu ternak seekor lembu jantan. baka Kedah-Kelantan. besar. satu hari, lembu jantannya hilang. gagal dijumpai. orang kampung kesian pada Abu dan tolong mencari. namun gagal juga. ramai yang datang ucap takziah kepada Abu atas kehilangannya. tapi, Abu kata, "Ini belum tentu lagi satu musibah. mungkin ada kebaikannya pada suatu hari nanti".

selang beberapa minggu, lembu jantan itu kembali. kembali dengan membawa seekor lembu betina. besar dan gemuk. orang kampung terkejut dan turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Abu. abu berkata,"tak semestinya hal ini adalah satu kebaikan. mungkin juga ia satu musibah.

betul kata Abu. tidak lama selepas itu, anak buah Abu yang menjaga lembu tersebut patah kaki kanan kerana ditendang lembu betina itu.

kesimpulan dari cerita ni adalah seperti yang tertulis pada perenggan pertama.

4 comments:

evagebob vid said...

haha..like dis! XD

sisleyxmex said...

pro and contra.

amirah said...

nice story ni. benda baik xkan selalu membawa kebaikan.kdg2 yang baik itu akan membuka mata kita.sama jgk dgn sesuatu yg dikira membawa keburukan tapi siapa tahu d blkg hari itulah yg bw untung.

Anonymous said...

nice!


-harris mamat-