aku kira musim peperiksaan kali inilah yang paling besar impaknya pada aku setakat ini. satu, jangan dipersoal dengan level soalan final kali ni. kalau geng selalu-dapat-markah-tinggi pun mengeluh susah, apatah lagi aku ni. terduduk jugak la dengan soalan yang buat aku persoal balik matlamat aku. "mampu ke nak maintain 3pointer ni?"
dua, biology clock aku agak kacau jugak la. sejak akhir2 ni, aku berjaga malam. jadi burung hantu. study. dan perkara ni dah jadi macam new habit pulak. sampaikan aku cuba nak masuk tidur pukul 1pagi, tapi tak boleh tidur. playlist tidur dalam mp3 aku gagal lelapkan aku. haha. sudahnya, main PES sampai ke subuh. lepas tu tidur..jangan tanya la bangun pukul berapa. haha.
ada lagi satu paper hari sabtu ni. animal nutrition. memang, aku ambil kisah dengan pointer aku sebenarnya, tapi kita kadang2 kena paham dengan kemampuan sendiri. ada orang bernasib baik, ada yang tidak. ada yang berjaga sepanjang malam, baca nota gila2 tapi tak boleh jawab. ada yang belajar sikit2, tapi nasibnya baik, apa yang dia baca, itu yang keluar. itu semua nasib.
aku faham benar dengan istilah, hidup macam roda. kejap di atas, kejap di bawah. mungkin pernah sekejap aku ada di atas masa dulu2, sekarang, aku ada di bawah, sedaang kerja kuat untuk naik ke atas balik. memang, akan ambil masa untuk aku ke atas semula. tapi setidak-tidaknya, roda itu mula bergerak ke atas, kan?
3 comments:
rilex la..gua pun sama..ketagih ngan pes 2011..
bagus2...hara2 roda tuh still je kat ats
lebat: pes macam dadah kan? sekali main, ketagih. haha
nur: harap2 la..huhu
Post a Comment