November 9, 2010

tak menoleh lagi bahagian 3

"hi cupcakes. ada kat mana? kami dah gerak ke airport. see u there.."

jam dinding tepat pukul enam petang. janjinya mahu tiba di airport sebelum pukul tujuh. mujur dia dah bersiap. cuma halangannya, warga kota yang memenuhi jalan raya. ah, itu tak boleh elak. memang tak normal Kuala Lumpur kalau petangnya sunyi tanpa hon dan deruman serta deretan kereta di jalan raya. kalau itu berlaku, pasti namanya bukan lagi Kuala Lumpur.

tiba di airport, Mya sudah menunggu. bersama kaum kerabat keluarganya. Mya memang rapat benar dengan keluarganya. malah, dengan semua saudara-maranya. fikir Amad, dia yang mengenali Mya setahun sembilan bulan pun akan terasa pemergiannya ini, apatah lagi saudara-maranya, mahupun keluarganya sendiri.

Mya duduk dengan Amad. makan malam. tapi siapa pun tak mahu makan. tak selera. Amad cuma minum espresso yang suam, sama seperti Mya. mereka berborak mesra, gelak ketawa. menghabiskan masa yang ada, bersama.

"i ada something untuk u sebelum i pergi"

"apa?"

Mya menghulurkan satu goodie bag, berisi bungkusan empat segi.

"apa ni?"

"jangan bukak dulu. tunggu i call dari Australia, baru bukak."

"okey. i pun ada sesuatu untuk u"

Amad hulurkan novel tulisan Lewis E Aleman. novel bahasa inggeris. itu novel yang dia beli ketika dia kali pertama terserempak dengan Mya di Kinokuniya, Suria KLCC. dan itulah novel yang paling Amad suka.

"thanks"

"and there's one more. dalam beg u. sebelum u call i dari sana, boleh bukak dan baca. promise jangan gelak,"

Mya senyum, dan itulah yang Amad paling suka. dan mungkin, nanti dia akan merindui senyuman itu. dalam hati, dia bersyukur dilahirkan dalam zaman teknologi tinggi ini. duduk jauh-jauh, boleh ym, skype dan macam-macam. walaupun dia selalu kata teknologi buat manusia jadi malas dan rosak, tapi kali ini, lupakan la.

tepat pukul 9 malam, Mya naik kapal terbang. sebelum itu, Mya peluk cium keluarga dan saudara-maranya. Amad hanya perhati diam-diam. Amin dan Imran, anak buah Mya menangis-nangis lihat Mya pergi. dan dalam hati Amad, dia juga tertitis air mata.

Amad terus masuk ke kereta selepas hilang kelibat Mya dari mata. dan sebelum memandu, telefon bimbitnya berbunyi. ada pesanan ringkas.

"lima tahun tak lama. betul. tak lama."

dia tak balas pesanan itu. dan sebelum dia berlalu, ada satu lagi pesanan masuk.

"yes honey. i love u too"

ada emotion sekali disertakan di situ. Mya memang tahu benar isi hatinya. Mya tau Amad jarang ungkapkan kata-kata macam tu.

dan ketika itu, Mya menatap muka hadapan kad yang diberikan oleh Amad. dia tatap muka depan, dan senyum lihat lukisan Amad. dia dah janji takkan gelak.

di saat kapal terbang itu berlalu di atas keretanya, sekali lagi dia berda, minta dia dikuatkan untuk hidup. esok dan hari seterusnya.

No comments: