November 11, 2010

dingin malam

malam-malam macam ini, rasanya tak boleh cakap tengah malam yang sunyi lagi. saya tau benar. sejak saya tamat zaman sekolah hingga masuk universiti, boleh dikira waktu saya tidur sebelum tepat tengah malam. kalau ada, mungkin sebab sakit. mungkin sebab sehari suntuk berjalan sana sini. dan saya kira, ramai yang lain begitu juga. hidup di kolej, memang terbukti kenyataan saya.

malam ini saya bosan. internet ada. belum potong. tapi saya bosan jugak. cuba baring-baring atas katil. tak dapat lelap. lalu saya keluar rumah. ambil angin malam.

ketika itu, memang dingin. angin tiup laju, menerbangkan daun-daun kering ke arah buaian di laman. saya duduk di situ. kosong fikiran. masalah study, tak langsung diingat. masalah awek, saya tak ada awek untuk dirunsingkan. tenang saja.

kriuk..kriuk..kriuk..bunyi buaian.

saya pandang langit. ada bulan, tapi tak penuh. awan pun ada. tapi saya tak jumpa awan berbentuk aiskrim mahupun strawberi. yang ada cuma bentuk lolipop dan bentuk angkasawan. saya yakin itu awan berbentuk angkasawan, bukan angkasawan sebenar.

lama juga saya terpegun di luar.

tiba-tiba, telefon bimbit bunyi-bunyi dekat dalam. jadi saya pun masuk dalam. sambil tu, nak buat air nescafe sekali la, dan tulis entri ini.

-habis-


memang tengah bosan pun malam ni.

5 comments:

misSbLurRy said...

yeah.....memang malam yang bosankan
tapi bila main buaian,termenung, minum hot choc pada mlm yang dingin....

damn, nikmat

mr kay said...

haha..
memang nikmat habis la.

MaYa MeiYa said...

ceh aku egt ko nak tulis cter antu td..semangat aku bc..haha

mr kay said...

haha, nak ke? aku try buat satu nanti.

Coffee Princess said...

mmg best..lau dpt tenangkan fikiran ..huhu