ada sebab tersendiri, kenapa aku suka tengok drama siri tv yang berpuluh2 episod dan kadang2 sampai ada 4 atau 5 season mahupun filem yang ada sekuel.
sebabnya, aku suka menilai pembentukan watak dalam setiap cerita tu.
drama mahupun filem, adalah sedikit screenshot yang wujud dalam kehidupan sebenar. sebab itu, bila aku tengok satu cerita, aku tengok satu gambaran kehidupan yang kadang2nya ada sedikit kena mengena dengan aku, mahupun yang tak realistik langsung.
daripada cerita2 filem dan tv ini, aku belajar tentang kehidupan. yes, nak hidup pun kena belajar. dan belajar bukan setakat buka buku teks di sekolah. tak cukup kalau itu saja.
dari cerita2 ideologi penulis skrip dan sentuhan pengarah, aku belajar. belajar tentang perwatakan manusia. ada macam-macam jenis. betul. dan, sebab ini juga, mungkin, aku banyak diam bila ada masalah. serius, aku senang percaya dengan orang, tapi untuk aku ceritakan masalah aku pada orang, itu ambil masa. aku senang berkawan dengan semua. tak kisah langsung walaupun dia tak anggap aku kawan dia. dalam diam, aku perhati perwatakannya. biar mudah aku memahami kawan2 aku.
pada aku, penting untuk kita faham perwatakan kawan2 kita. sebab pada aku, kawan2 memang penting, selain keluarga.
1 comment:
Watching high-end movie shows in HD showbox quality always gives you the best inspiration. Collection of good movies brought by showboxvpn.
Post a Comment