July 31, 2011

bulan kebaikan





SALAM RAMADHAN!!

notakaki:jangan lupa niat puasa sebulan.



July 29, 2011

mengarut sebab mengantuk

baru pukul 11.43 malam. mata dah mengantuk. sangat mengantuk. dan aku gagahkan juga untuk capai objektif aku hari ini.

yang dah tercapai siang tadi:

-cash out duit onbux.
-bukak akaun maybank and cimb.
-call ladang tembikai untuk confirm kerja.

dan yang belum tercapai: tulis satu entri dekat blog.

awalnya pagi tadi nak tulis pasal bola. tapi lupekan je la. berlambak blogger lain dah tulis, dan hampir semua kot tengok dah bola tu semalam. so, watpe nak tulis lagi. haha.

dan sampai sekarang, aku blurr nak tulis pasal apa. ini cuma mengarut je. haha.

SAYA SAYaNG WAN NUR KAIYISAH!


sebelum tidur, layan hujan versi jazz. best. aku suka sangat versi ni.


July 27, 2011

Malaysia vs Singapura

sana-sini berborak mengenai perlawanan Malaysia-Singapura malam esok. first leg dah lepas, so aku tak nak komen sangat. yang penting gamne esok, tak boleh bolos dan at least 2-0.

pada pendapat aku, key player untuk game esok adalah Amirul Hadi dan Safee Sali. dah lama aku observe game dalam skuad kebangsaan ni. dan aku berkenan sangat tengok dua player ni beraksi sekali dalam padang. Amirul Hadi ada pace dalam dribble dan boleh supply bola yang baik untuk Safee. Safee, semua tau tentang sentuhan penyudahnya. so, tak boleh disangkal lagi kebolehannya.

tak dinafikan juga kepentingan S Kunalan di wing kiri. kelajuan dia sangat penting untuk membantu serangan.

cuma yang penting, harap esok defence Malaysia mantap dan kurangkan kesilapan-kesilapan yang remeh. teringin sangat nak tengok Malaysia menang esok.

cadangan kesebelasan utama aku:

Goalkeeper- Khairul Fahmi

Defence- Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Mahali, Asraruddin Putra

Midfield- Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S Kunalan

Foward: Safee Sali, Hadi Yahya (paper hari ni kata Sharul Idalan Talaha injured, tak dapat main)

apa-apapun, aku percaya Rajagobal lebih kenal prestasi anak buahnya dan harap dia buat pemilihan yang tepat tentang player untuk malam esok.



baju ni aku ada stok lagi. nak? haha

July 25, 2011

review: Janice and The Supertank

agak lama jugak tak buat review lagu atau artis baru.

okey sebenarnya sebulan setengah berada di kuang untuk latihan industri buat aku tak dengar radio baru terutamanya XFM. jadi lepas je balik, artis yang berada dalam perhatian aku ialah:






yes. Janice and the Supertank or for short, JATS.

lagu pertama yang buat aku terlekat dengan band ini ialah Kau Di Mindaku. vokal dia memang macam ada elektrik je. haha. maksud aku, sedap la.

dengar kat bawah ni:



camne? okey? tak okey? komen sikit.

buang sampah

tengok dulu bawah ni:




dah tengok?

sebab kedua tu, aku terasa kot. haha.

zaman sekolah, atas meja dewan makan tu, aku tak kisah langsung kalau sepah-sepah. aku punya statement macam kat atas la. cleaner, akak dewan makan ada. apa guna dia makan gaji kalau tak buat kerja? haha

sekali, lepas spm, merasa jugak aku kerja kantin. atas meja kantin tu, bukan main sepah. masa aku dok sapu-sapu tu, dengar jugak la budak2 ni cakap, "tinggal je atas meja, tu abang tu ada. tu memang kerja dia dah".

padan muka aku kan?

Contest Aku Berpuisi-Awan Putih dan Langit Biru


>>>KLIK BANNER KALAU NAK JOIN<<<


bila kawan dengan langit
walaupun cantik,biru
sedarlah
ia takkan selalu cerah

bila kawan dengan awan
walaupun putih cerah, gebu
tapi kadang-kala hitam

tapi biarlah
saya suka kawan dengan langit dan awan
sebab tiada yang sempurna
sebab saya sama,tidak sempurna

tak adil rasanya saya yang tidak sempurna
mahu sesuatu yang sempurna jadi kawan saya

kawan yang memahami
ada konsiderasi
bagi saya itu yang terbaik.

*puisi ini pernah diletak di sini dahulu. tapi masih ciptaan saya yang asli. maka kiranya boleh juga masuk contest guna yang ini kan?

saya jemput fatah, dilah nadzir dan encik nabil untuk join. huhu

July 24, 2011

pengisian





agaknya
inilah pengisian masa cuti aku kali ni kot
kalau esok tak dapat kerja.

kalau dapat master few songs,
boleh perform masa dinner fakulti nanti.
^_^

July 23, 2011

Saya Dari Universiti Sultan Zainal Abidin

pagi2 lepas jejak kaki ke rumah, aku terpanggil untuk blogwalking. ya la, lama x blogwalking, traffic pun dah ala kadar jer.

dan aku jumpa satu segmen ni:






segmen ni anjuran Suhazli Muhamad Membebel.  dia ni akan sambung belajar ke IPTA (xde dimaklumkan pulak), so kira nak cari geng dalam kalangan bloggers la kot. 

well, disebabkan masih ramai yang tak tahu UniSZA tu ape, so, ni kira macam promotion jugak la untuk universiti aku.

atas tu xde logo universiti aku. ni ha logo dia:

 soalan yang perlu dijawab:



    - Nama panggilan korang?
 
nama aku Ahmad Khir, dan dikenali ramai dengan Khir.
 
    - Universiti mana korang dapat or tengah belajar or dah habis belajar?
    - Course yang korang dapat?

sekarang tengah belajar di UNISZA. nak masuk 3rd year dalam course bachelor in animal production and health.


so, harap2 ada la junior aku dalam kalangan bloggers ni. haha. pada yang dapat offer masuk UNISZA, kalau dapat kos sama dengan aku atau kos biotech, korang akan jumpa aku la masa orientasi nanti. haha. 

alrite, that's all. nak join jugak, klik banner.

July 22, 2011

salam, akum?

aku tuju ini untuk para 'ulama' dan juga cerdik pandai.
 

bahasa itu bahasa. agama itu tetap agama.
 
pada aku, asal saja maksudnya sampai, itu sudah cukup.

promo: new hoodigamis/jubah/dress

promo kat sini sket:



 
 

 
 *inner neck excluded

*material spandex

free size--can fit to s,m,l

panjang baju : 60cm
panjang lengan : 51cm
lebar dada : 50cm -stretchable
panjang jubah-140 cm (from bahu to kaki)

PRE-ORDER ITEM::WILL TAKE AT LEAST 10 DAYS TO DELIVER TO U...GOODS SOLD NO RETURNABLE,PLEASE CHECK YOUR SIZE ACCURATELY BEFORE MAKING PURCHASING.

price:RM140 include posting to semenanjung
 
email me amadkhir@gmail.com
 
notakaki: ada lagi dekat sini. klik je.

July 21, 2011

lapar

hari ni baru balik dari Dungun. balik dari latihan sangkut di ladang kelapa sawit. dah tengok lembu-lambu meragut, dah bersejuk-beku sepanjang bermalam kat sana (maklum la rumah pakai e-kon), dah rasa 'karen' bila buat pagar elektrik, dah dapat shot tepat pada sasaran guna sumpit, dan paling best, bawak kembara menyusuri anak sungai yang ekstrem dan makan durian di tepi air terjun!

*tak ada gamba. dah pencen. jurugambar kali ni amer. nanti amek kat dia.


faiz dah balik. rumah sunyi. yang ada bunyi sekarang hanyalah papan kenci di kala aku taip entri ni dan juga bunyi perut aku. aku sangat kecewa bila tadi turun kafe, banyak yang tutup. yang ada bukak pulak dah tak amek order sebab dah terlalu banyak order. kena pulak ada game chelsea dengan malaysia.

lapar punya pasal, aku hanya bertahan tengok sampai half-time je. tak boleh tengok orang lain sedap-sedap makan. sanggup aku tinggalkan game tu.

lapar weh!

July 16, 2011

sudut ruang jendela

Sebenarnya, pada waktu itu, ketika senja tinggal 30 minit lagi bagi berlabuh, saya sudah menunggu di balik jendela. berharap-harap ada kelibat kamu di sudut ruang jendela itu. sama ada sedang tersenyum ataupun sedang berwajah kosong.

saya mahu melihat kamu di situ bukan kerana pada wajah kamu ada pelangi, bukan  juga pada wajah kamu ada bulan yang mengambang, tetapi kerana pada wajah kamu ada sekeping hati. cuba-cuba saya perhati kerana hati saya sudah dicuri orang. lalu mahu benar saya pastikan adakah benar ianya hati saya? tapi saya yakin ia hati saya kerana pada saat kamu tersenyum hati saya ikut tersenyum dan pada saat kau berwajah kosong hati saya ikut kosong.

[*_*]

July 13, 2011

gadis biru

mula menulis: 1.29 pagi.

tulis satu dua ayat, lepas tu padam.

sekejap-sekejap baring menghadap kipas di syiling. tiga bilah kipas itu terasa macam ada tiga belas. sejuk. kipas kena laju kalau mahu tidur lena. bukan sebab mau tidur dalam sejuk, tapi mau tidur dengan gangguan nyamuk yang minima.

sakit hati bila nyamuk berdesing dekat telinga.

tulis lagi dua tiga ayat. lepas tu berhenti, tak best. padam balik.

cuba-cuba untuk menggeletek hati di pagi-pagi hari (atau tengah malam) dengan melayan Maharaja Lawak minggu 11. berhasil juga untuk gelak, cuma tidak gelak terbahak-bahak. kalau biasa, aku gelak sampai menangis. jatuh air mata.

ada orang cakap kalau gelak banyak, ilmu keluar. 13 minggu tengok maharaja lawak, agak-agak banyak mana ilmu keluar?

okey gurau.

*

sekarang dah pukul 2.28 pagi.

dah hampir sejam aku menghadap laptop ni.
dah hampir sejam aku cuba perah dan kerah kombinasi huruf-huruf di papan kekunci untuk membentuk frasa ayat yang akhirnya menjadi satu entri.

tapi kosong.

yang ada cuma muka kau.


-Gadis Biru-

kenapa dinamakan Gadis Biru? dia pernah cerita betapa sukanya dia melihat satu baju pengantin biru di satu kedai pengantin yang terletak di laluan ke kampus kami. jadi setiap hari ke kampus, mesti dia akan menghadap baju pengantin biru itu.

dialah Gadis Biru saya.

July 10, 2011

klinik haiwan

dengan mata yang hampir terpejam di kala magrib ni, aku tulis jugak entri ni.

hari ni seharian bertugas ni klinik haiwan. banyak input dan perkara yang aku belajar hari ni dan yang paling penting, banyak sangat kucing-kucing comel aku jumpa hari ni. macam-macam baka ada.

hari ahad adalah antara hari paling sibuk untuk klinik haiwan. ramai orang bawak haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan ni. dari pukul 9 sampai dalam pukul 12 tgh hari, ramai je. lepas tu after lunch break, ramai lagi orang datang.

antara yang aku buat hari ni ialah castration kat kucing (pengkasian). kucing, atau haiwan jantan lain pun, kalau dan castrate, behavior dia lebih terkawal. jadi lebih baik sikit la. x la dia x balik rumah kan. haha. betina pun ada jugak castrate, tapi tadi xde kucing betina untuk buat castrate. satu kes tadi, kesian kat seekor kucing ni. tuan dia kata kucing dia ni kucing betina. dia nak castrate, doktor pun buat je la. dah siap potong dah badan dia, tengok2 x jumpa lak uterus. lepas tu check, ada testis, cuma kecik sangat. haha. tak pasal2 jadi mangsa keadaan.

hari ni juga kali pertama aku berdepan dengan anjing. ada satu kes anjing tu, dia demam. dah kebetulan thermometer ada kat tangan aku, diorang terus suruh aku check temperature anjing tu. haha. pakai glove ok. yang bestnya, anjing tu baik sangat, dengar cakap tuan dia. jinak. tapi sian lak sebab suhu dia hampir 40 C. memang teruk la demam dia.

lain2 kes tu biasa je. kes demam, batuk, selsema, cirit-birit dan sebagainya. ada jugak jumpa arnab tadi. disebabkan banyak pengalaman dengan arnab ni, banyak juga la sembang pasal tipss jaga arnab tadi. haha.

okey, nak mandi. nanti update lagi.

July 7, 2011

Keputusan Showdown 2011






Showdown 2011 dah pun tamaat malam tadi. berlangsung di i-city dengan penuh meriah, crowd yang happening dan krew2 yang perform dengan penuh gaya.

juaranya ialah:





memang aku dah jangka the final battle mesti antara HMC Phlow dan ECX. sebab dua2 ni pada aku memang dah otai dah, dan nampak macam diorang dua ni dah memang outstanding dari yang lain. tapi aku lagi suka HMC Phlow dari ECX ni, sebab ECX punya performance macam banyak style sama je. tak sekreatif HMC Phlow.

apa2pun, ECX agak gempak dalam top 3 performance. movement yang sharp, kena dengan lagu yang fast, memang menarik, tapi dalam final battle, HMC Phlow lagi dominate kot, sebab HMC Phlow battle lagi kemas, teratur dan synchronize. tapi still, aku x kisah sape menang sebab kedua-dua krew ni pada aku memang setanding.

tahniah jugak pada Bounce Stepperz sebab tampil dengan performance unik. sebelum ni pun diorang memang suka buat combination dengan element traditional. memang style. dan pada Rokusteps yang satu2nya bBoy yang masuk Showdown, tahniah sebab masuk final. huhu.

July 5, 2011

Myspace dan indie band

Myspace adalah satu laman sosial yang sangat best di kalangan remaja suatu ketika dulu. tak pasti sekarang ada lagi peminat Myspace tapi poplurariti Facebook memang jauh lebih hebat.

Myspace pada aku, antara medium untuk terjebak dalam dunia musik bawah tanah ni. bukan terlibat secara langsung pun, tapi banyak jugak kawan dalam friend list aku dulu adalah band-band indie dan juga artis-artis indie yang lain. Myspace membolehkan band untuk letak lagu-lagu diorang dan aku rasa itu yang mendekatkan aku dengan band-band ni. menjadikan aku lebih update dengan lagu-lagu baru dan tau cerita-cerita pasal band kesukaan aku.




antara contoh flyers gig.

zaman Myspace juga, penyebaran flyers gig ni memang perkara lumrah. jadi, kita boleh tau, band-band ni involve dalam event apa. sekarang, dekat facebook, jarang dah jumpe flyers macam ni. gigs pun dah x tersebar dengan meluas dah. huhu.

bulan ni ada gig best x? huhu

July 4, 2011

nak tengok drama korea online?

well aku budak lelaki dan aku tak malu cakap yang aku pun layan jugak drama-drama korea ni. haha.

sebelum-sebelum ni, pembekal drama korea aku adalah dari classmates aku (girls of course) dan diorang ni jugak lah yang mempengaruhi aku untuk tengok drama-drama ni. kalau pinjam external diorang, pergh, penuh drama korea saje kot. haha. mane la tak penuh, satu drama yang complete episod mau cecah sampai 10 gig (sebab HD kot). tapi sebab best, aku amek jugak. haha.

di kala cuti semester ni, stok drama korea aku dah abes. drama terkahir yang aku layan ialah Playful Kiss. citer pasal dak pompuan ni gilerkan mamat hensem yang pandai dari zaman sekolah sampai la masuk universiti. best la. tengok sendiri la erk.



jadi, aku mula bosan lepas tak ada stok drama baru. nak download, tak tau lak mane source untuk download drama korea ni. dan awek aku bagitau, tengok je la online dekat maaduu.com.






Peminat tegar drama-drama Korea (aku belum masuk kategori tegar okey) sekarang boleh la melayari Maaduu.com untuk menyaksikan drama terbaik Korea. Seperti yang korang ketahui,drama di  Maaduu.com adalah percuma dan sah serta saluran yang terdapat pada laman ini adalah yang terbaik dari drama Korea yang terbaru dan lama.

nama pun online kan, jadi paling penting kalau nak layan ni, kena la ada internet yang bukan cam siput. kalau tak, korang akan maki-maki je nanti. huhu.

ni ada source dar sorang blogger (sori lupe blog mana) tentang cara nak download dari Maaduu.com ni:


Sekiranya anda ingin muaturun drama Korea tersebut, sini saya sertakan tips untuk muaturun drama Korea tersebut.
1. Install dahulu NetVideo Hunter. Klik pautan ini untuk install.
2. Restart browser anda dan masuk laman Maaduu.com.
3. Klik pada bahagian bucu bawah(kanan) browser. Sila lihat gambar dibawah
4. Tick pada episod drama yang anda mahu muaturun.

*
aku pun blom try, so kalau korang nak try, silakan la ye. ok, nak sambung tengok citer Coffee Prince, adios.

July 3, 2011

kata orang

kata orang,
syukur tika senang.
sabar tika susah.

aku selalu fail untuk sabar waktu susah. harap tak gagal untuk syukur masa senang. sebab dua2 susah. =(

aku nak jadi hamba bersyukur.

July 2, 2011

perasaan rindu

satu.

kita persoalkan hidup kita. kehidupan yang penuh dengan segala rasa. marah, sedih, suka,
gembira, senang, cinta mahupun benci. kita persoalkan sama ada hidup kita kini. ada
yang hidupnya ketika ini sedang di atas, bahagia dan gembira dan ada juga yang berada di bawah,
tika semuanya tidak kena, sedih, derita.

perasaan rindu itu seolah-olah jadi teman setia di kala kita berjauhan. rindu itu bertindak
sebagai penghubung dua dunia yang berbeza.

*

syok sendiri?

satu statement dari rakan blog yang aku tak reti nak jawab.

kau tulis blog ni, tapi x ramai tinggal komen, padahal followers ramai. followers ko baca x entri ko tulis ni?

well, aku akui kadang-kadang aku syok sendiri bila menulis ni. haha.

*

kalian yang singgah blog aku, korang nak aku tulis pasal ape? haha

July 1, 2011

Tahniah Noh dan Mizz Nina!

sebelum saya detail pasal latihan industri,

Tahniah NOH dan Mizz NINA!!



aku amek dekat FB Hujan.

Tahniah legend indie Malaya!