Sebenarnya, pada waktu itu, ketika senja tinggal 30 minit lagi bagi berlabuh, saya sudah menunggu di balik jendela. berharap-harap ada kelibat kamu di sudut ruang jendela itu. sama ada sedang tersenyum ataupun sedang berwajah kosong.
saya mahu melihat kamu di situ bukan kerana pada wajah kamu ada pelangi, bukan juga pada wajah kamu ada bulan yang mengambang, tetapi kerana pada wajah kamu ada sekeping hati. cuba-cuba saya perhati kerana hati saya sudah dicuri orang. lalu mahu benar saya pastikan adakah benar ianya hati saya? tapi saya yakin ia hati saya kerana pada saat kamu tersenyum hati saya ikut tersenyum dan pada saat kau berwajah kosong hati saya ikut kosong.
[*_*]
No comments:
Post a Comment