July 4, 2011

nak tengok drama korea online?

well aku budak lelaki dan aku tak malu cakap yang aku pun layan jugak drama-drama korea ni. haha.

sebelum-sebelum ni, pembekal drama korea aku adalah dari classmates aku (girls of course) dan diorang ni jugak lah yang mempengaruhi aku untuk tengok drama-drama ni. kalau pinjam external diorang, pergh, penuh drama korea saje kot. haha. mane la tak penuh, satu drama yang complete episod mau cecah sampai 10 gig (sebab HD kot). tapi sebab best, aku amek jugak. haha.

di kala cuti semester ni, stok drama korea aku dah abes. drama terkahir yang aku layan ialah Playful Kiss. citer pasal dak pompuan ni gilerkan mamat hensem yang pandai dari zaman sekolah sampai la masuk universiti. best la. tengok sendiri la erk.



jadi, aku mula bosan lepas tak ada stok drama baru. nak download, tak tau lak mane source untuk download drama korea ni. dan awek aku bagitau, tengok je la online dekat maaduu.com.






Peminat tegar drama-drama Korea (aku belum masuk kategori tegar okey) sekarang boleh la melayari Maaduu.com untuk menyaksikan drama terbaik Korea. Seperti yang korang ketahui,drama di  Maaduu.com adalah percuma dan sah serta saluran yang terdapat pada laman ini adalah yang terbaik dari drama Korea yang terbaru dan lama.

nama pun online kan, jadi paling penting kalau nak layan ni, kena la ada internet yang bukan cam siput. kalau tak, korang akan maki-maki je nanti. huhu.

ni ada source dar sorang blogger (sori lupe blog mana) tentang cara nak download dari Maaduu.com ni:


Sekiranya anda ingin muaturun drama Korea tersebut, sini saya sertakan tips untuk muaturun drama Korea tersebut.
1. Install dahulu NetVideo Hunter. Klik pautan ini untuk install.
2. Restart browser anda dan masuk laman Maaduu.com.
3. Klik pada bahagian bucu bawah(kanan) browser. Sila lihat gambar dibawah
4. Tick pada episod drama yang anda mahu muaturun.

*
aku pun blom try, so kalau korang nak try, silakan la ye. ok, nak sambung tengok citer Coffee Prince, adios.

2 comments:

Terbelog said...

he3
sori geng
den x layan cite korea

Maya Liyana Yahya said...

bwahaha..hebat ar lu pak cik.haha
btw sblm ni aku penah donlod pakai idm je..mau berejam lamenye..nnt aku nak terai pakai software tu r..
aku terai dolu ar..haha