mula menulis: 1.29 pagi.
tulis satu dua ayat, lepas tu padam.
sekejap-sekejap baring menghadap kipas di syiling. tiga bilah kipas itu terasa macam ada tiga belas. sejuk. kipas kena laju kalau mahu tidur lena. bukan sebab mau tidur dalam sejuk, tapi mau tidur dengan gangguan nyamuk yang minima.
sakit hati bila nyamuk berdesing dekat telinga.
tulis lagi dua tiga ayat. lepas tu berhenti, tak best. padam balik.
cuba-cuba untuk menggeletek hati di pagi-pagi hari (atau tengah malam) dengan melayan Maharaja Lawak minggu 11. berhasil juga untuk gelak, cuma tidak gelak terbahak-bahak. kalau biasa, aku gelak sampai menangis. jatuh air mata.
ada orang cakap kalau gelak banyak, ilmu keluar. 13 minggu tengok maharaja lawak, agak-agak banyak mana ilmu keluar?
okey gurau.
*
sekarang dah pukul 2.28 pagi.
dah hampir sejam aku menghadap laptop ni.
dah hampir sejam aku cuba perah dan kerah kombinasi huruf-huruf di papan kekunci untuk membentuk frasa ayat yang akhirnya menjadi satu entri.
tapi kosong.
yang ada cuma muka kau.
-Gadis Biru-
kenapa dinamakan Gadis Biru? dia pernah cerita betapa sukanya dia melihat satu baju pengantin biru di satu kedai pengantin yang terletak di laluan ke kampus kami. jadi setiap hari ke kampus, mesti dia akan menghadap baju pengantin biru itu.
dialah Gadis Biru saya.
No comments:
Post a Comment