September 4, 2010

Serumpun tapi selalu tidak rukun

Sumber: Utusan Malaysia.

MEMILIKI rumah sendiri memang perkara yang cukup menyenangkan, tetapi seperkara yang harus dipertimbangkan - apakah kita mempunyai jiran yang baik.
Ini kerana baik atau tidaknya, jiran tetangga yang menentukan keharmonian hidup kita. Apabila dirundung masalah, jiran yang baik akan menjadi orang pertama yang akan datang membantu dan selepas itu, barulah 'saudara mara' yang jauh akan sampai untuk menghulurkan bantuan.
Bagaimanapun sebagai sebuah negara, Malaysia tidak mempunyai pilihan untuk berjiran dengan negara mana sekalipun. Mahu atau tidak, baik atau tidak, Indonesia tetap menjadi antara negara jiran terdekat kita.
Walaupun susu yang diberi dibalas dengan tuba, namun Malaysia sentiasa bersabar walaupun terpaksa menelan kepahitan itu sendirian.
Itulah situasi yang dihadapi antara Malaysia dan Indonesia pada masa ini. Apa juga situasinya, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa Indonesia adalah negara jiran. Walaupun bukan sebuah negara jiran yang dikategori baik, tetapi kedua-dua buah negara tetap saling memerlukan.
Sebelum kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke rantau ini, kedua-dua negara disatukan dalam pemerintahan kerajaan Sriwijaya dan Majapahit.
Setelah penaklukan Eropah, Malaysia berada di bawah kekuasaan Inggeris, manakala Indonesia diperintah oleh Belanda.
Kedua-dua negara bersatu kembali ketika penaklukan Jepun di Asia Tenggara dan wujudlah persefahaman untuk menyatukan kedua-dua negara bagi menentang Jepun.
Bagaimanapun, hasrat itu padam begitu sahaja apabila Jepun menyerahkan kembali Malaysia atau Tanah Melayu kepada Inggeris.
Indonesia akhirnya merdeka selepas banyak darah anak bangsanya tumpah, manakala Malaysia menikmati kemerdekaan daripada Inggeris tanpa pertumpahan darah.
Di sinilah, bermula perasaan curiga pemerintah Indonesia terhadap Malaysia kerana dianggap sebagai tali barut Inggeris dan Amerika Syarikat.
Akhirnya konflik Malaysia dengan Indonesia pecah, apabila Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan penubuhan Malaysia meliputi Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara.
Indonesia berpandangan, tindakan itu merupakan usaha Inggeris untuk mengepung Indonesia dan ekoran itu, Indonesia melancarkan konfrantasi. Indonesia mendapat sokongan Cina untuk menyerang Malaysia.
Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengirim pasukan bagi mendapatkan pandangan penduduk di Kalimantan Utara tentang penyertaan mereka di dalam Malaysia. Setelah pasukan itu mengesahkan rakyat terbabit menyokong usul tersebut, ia tidak dapat diterima oleh Indonesia.
Selepas diisytiharkan penubuhan Malaysia pada 16 Mac 1963, Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Maka tercetuslah peperangan Malaysia dengan Indonesia. Namun tentera Malaysia yang dibantu tentera Inggeris menggagalkan tindakan Indonesia untuk menawan Malaysia.
Apabila Presiden Sukarno digulingkan oleh rakyatnya sendiri, maka peperangan itu lenyap begitu sahaja.
Namun semangat 'Ganyang Malaysia' yang dicetuskan oleh Sukarno tidak pernah padam dalam diri rakyat Indonesia.
Semasa pemerintahan Orde Baru oleh Presiden Suharto, hubungan Malaysia dan Indonesia berada dalam situasi cukup baik, tetapi setelah jatuhnya pemerintahan itu, hubungan kedua-dua negara sering bermasalah.
Daripada isu tenaga kerja, Pulau Sipadan dan Ligitan sehinggalah masalah perebutan wilayah di Ambalat. Rakyat Indonesia dan para pemimpinnya kembali 'bernafsu' untuk berperang dengan Malaysia.
Perkataan perang keluar daripada mulut para pemimpin sama ada pemimpin politik mahupun pemimpin tentera. Indonesia bagaikan begitu mudah menerimanya tanpa mahu memikirkan kesannya kepada hubungan kedua-dua buah negara.
Bukan media massa Indonesia sahaja telah membuat anggaran kasar perbelanjaan jika berperang dengan Malaysia, bahkan ia turut didukung oleh para pemimpin politik. Situasi itu cukup dikhuatiri.

notakaki: aku jarang benar tulis atau cerita pasal hal-hal politik. tapi artikel ini menarik rasanya untuk dikongsi. 

seorang pensyarah aku pada semester lepas, yang asalnya dari Bali, Indonesia ada cakap, "rakyat Indonesia patut bersyukur dengan apa yang kerajaan Malaysia tawarkan di sini, hingga boleh hidup mewah. Isu ganyang Malaysia tak patut wujud".masa ni, aku buat satu assignment yang juga ada kena mengena dengan isu Malaysia-Indonesia-isu amah. 

kalau wujud pergaduhan dengan jiran sebelah rumah, apa yang korang akan buat?

6 comments:

orang panggil aku mun. said...

aku xfaham apa masalah dorang.masing2 dah aman damai.xpayah la kacau2 orang.


hmm susah betul berjiran dengan org macam ni.kalau boleh pindah rumah kan senang! ^__^

anon said...

nice article

mr kay said...

notebook: pindah rumah selesai masalah. hal negara? camne erk?

kun izzul: think so too..

Anonymous said...

penubuhan m'sia(sabah sarawak join semenanjung) bukan 16 sept 1963 ke?

pelik lah..sengaja cari sebab nak gaduh..dari dulu lagi yg konfrantasi tu..jiran patutnye tolong menolong..
kalau la boleh buat tembok batu kat sekeliling rumah..pun okay ape..hehee

mr kay said...

okey, saya copy paste je. haha.

memang yang betulnya 16 september..

jalanjatuh said...

bile da nak ilang syak asangka sesame sendiri neh..
hhaaiiisshh