September 16, 2010

puisi dalam Sepi sama macam tulisan aku.

adeh, tak tau nak merapu apa pulak kali ni.
rasanya dah lima enam kali jugak la aku erase. dah tulis panjang2 pulak tu.

aih~

semalam aku tulis suka-suka. puisi jiwang. yes, sebab tu la status aku di fb macam tu. haha. erm. bila dah tulis semua di sini, dah cantik dah ayat, siap amek gambar dari flickr lagi, tiba-tiba tengok dekat astro ria, cerita Sepi. aku suka online depan tv. multi-task jugak aku ni kan? haha. 

masa aku tukar channel, cerita tu dah sampai cerita part tiga, part baizura kahar. dalam cerita tu, dia tulis puisi yang nak dipentaskan. puisi dia dalam cerita tu, ada bunyi sikit2 macam yang aku tulis. dan kebetulan jugak, puisi tu memang ada kawan di uitm mintak untuk slot persembahan teater dia.

sebabkan maksud dan gaya bahasa hampir sama, aku padam terus puisi tu. susah woo nak tulis. tapi aku tak suka bila apa yang aku tulis tu, macam cedok dari idea orang lain. haha.

p/s: cuti dah nak habis. apa korang rasa?

2 comments:

notebook aku said...

saman saman saman hahaha

mr kay said...

haha, bukan ciplak pun..