selamat hari raya geng!
macam mana raya pertama korang? blogger bawah umur, macam mana collection duit raya? banyak tak? untuk blogger baya-baya aku, korang macam mana pulak? still dapat duit raya lagi tak? aku, setakat raya pertama ni, masih lagi ada yang menghulur. lepas la belanja topap dengan duit minyak. haha. blogger yang dah kerja pulak, berapa banyak habis duit raya kat anak2 buah kat kampung?
oh ya, tak lupa gak, selamat hari raya kat kengkawan yang beraya di luar negara, study kat sana. maaf zahir batin, maaf salah silap semua. mesti pengalaman berharga kan beraya kat negara orang, tambah2 lagi yang 1st year study kat luar negara.
apa-apa pun, selamat hari raya semua. teruskan beraya, tapi beringat-ingat jugak. makan jaga sikit. huhu. yang memandu, hati-hati bila drive tu. kurangkan statistik kemalangan jalan raya kali ni. teringin sangat nak baca surat khabar tanpa cerita kemalangan jalan raya.
Take care semua. ^_^
No comments:
Post a Comment