lagi beberapa hari nak raya. selain daripada persiapan bagai nak rak menjelang hari raya, selalunya masa ni aku dah siap fikir dah plan aku untuk beraya nanti. mesti kena rancang weh. baru la tersusun. haha.
macam biasa, raya pertama memang tak boleh kacau.mesti balik rumah opah, kumpul dengan sedara mara. taun ni ramai kot yang balik umah opah sebelah ayah aku,, sebab taun lepas dah balik kampung sebelah bini/laki diorang. mesti meriah ramai-ramai ni. malam raya, biasanya paling meriah kat umah opah, sebab masing2 sibuk buat rendang, masak lemang dan sebagainya. tak kurang jugak yang karaoke sampai pagi. maklum la, kat umah opah, sound system memang terbaik. satu kampung leh dengar. haha.
kalau pagi spend masa dengan sedara mara sebelah abah, lepas tengah hari tu pergi rumah sedara-mara sebelah mama pulak. atuk nenek sebelah mama dah lama takde, since aku belum lahir lagi. so, kitorang akan datang umah adik-beradik mama yang dekat-dekat sini la.
raya kedua, biasanya family aku akan ada di rumah je sebelah pagi. masa ni lah sedara-mara belah abah dan mama nak datang rumah kitorang pulak. memang susah la untuk aku keluar masa ni, nak layan orang kat umah. haha. sebelah petang, selalunya ada sedara-mara (terutamanya uda, suka giler jalan2 ni) ajak pergi raya umah sedara-mara yang lain, sampai la ke malam baru balik.
raya ketiga, masa untuk aku keluar dengan kawan-kawan. tahun ni, aku belum lagi kontek kawan2 nak bincang bila mau beraya sama-sama. sama ada kawan skolah rendah atau kawan skolah menengah. untuk makluman, aku tak sekolah dekat area-area umah aku. sekolah rendah dan menengah aku dua2 jauh dari rumah. masa form 4, kat kl, lagi jauh, so kawan2 area kampung ni, kurang. nanti aku fikir balik macam mana plan beraya dengan kawan2 kali ni.
dan benda yang tak terlepas dalam perancangan aku untuk hari raya, ialah cerita-cerita best dekat tv. haha. aku memang suka giler tengok tv. tapi kalau dah kena keluar beraya, tak dapat la tengok tv. setakat ni, tak ada ceritaa best pun untuk program2 raya ni, semua cerita lama. tambah2 lagi astro, cerita semua recycle je. boring. aku lagi suka tengok program2 muzikal ke, drama ke. lagi best. haha.
okey dah abis. aku takde idea nak tulis pun dari semlam. main belasah je ni.
1 comment:
Thanks for leaving a msg in my shoutbox. You are very welcome to try those money making site in my blog.
If you have any question, you are very welcome to visit me again and leave me a msg at my blog. I will reply asap. By the way, selamat hari raya! Hope you have a wonderful new year celebration :)
Post a Comment