kadang-kadang aku hairan juga. sekecil-kecil hal boleh buat dunia jadi gila.
tapi kita kena faham. nama pun manusia. tak akan sama setiap orang. betul?
pernah tak korang lepak2 dengan kawan2, pastu citer tentang satu isu hangat. apa saja isu, dan semua orang bagi pendapat, sokong bangkang. lepas itu ada yang emo, kena bangkang abis2. haha. aku kadang2 emo jugak.
okey. tersimpang jauh.
entri kali ini aku tulis sebab mau bangkitkan sesuatu. ada sesetengah orang, lantang berbicara. tapi isi padat. kukuh. aku suka. dia luah saja apa dia fikir betul. dan aku pun fikir betul. sebab itu dalam diam aku suka dia. sayang. macam kakak. cuma dia tak tau.
bila layan perfomasinya hari itu, aku duduk sendirian. dikelilingi orang yang aku kenal, tapi mereka tak kenal aku. mereka itu aku anggap rockstar, jadi aku biarkan mereka. sementara layan perfomasi.sedang layan satu perfomasi yang aku anggap memang hebat dan tersentuh jiwa, di belakang aku, satu lelaki, tegap, 30an, cakap, " ayat dia bongkak giler, macam la hebat sangat".
kalau aku ikut hati, mahu saja terus serang, maki dia habis-habisan. aku memang berani. lagipun bukan aku saja terpaling ke belakang bila dengar statement itu, sekalian rockstar di tepi aku pun rasa yang sama. tapi aku dengar di antara mereka kata "biar. cara kita fikir belum tentu sama dengan apa dia fikir".
terpacul di mulut aku
"so bukan kita patut ubah cara dia fikir?"
"kalau dia fikirkan yang salah, patut kita biarkan dia percaya apa yang dia fikir walaupun salah?"
rockstar itu terus datang, kenalkan diri sama aku. sambil berjabat tangan, dia cakap,
"khir, lepas habis perfomasi semua, ikut kami minum, mahu?"
aku angguk. dan dia berlalu. lepas abis perfomasi, aku tengok jam. lewat. aku kena gerak. sebelum gerak, brader itu datang,bukan jumpa aku, tapi jumpa mamat yang tak puas hati, sesuka hati label orang bongkak. "lain kali kau akan dapat jawapannya. jemput selalu ke mari."
aku masih tunggu jawapan, ikut persepsi brader itu. tapi pada fikiran aku sendiri, bila aku cuba jawab sendiri soalan aku sendiri, aku terfikirkan. macam aku sendiri tak suka Akademi Fantasia yang masukkan Shahir untuk konsert final. okey, terlalu baru untuk itu, sebab belum tentu lagi jatuh bangun dia. okey, kalian yang fanatik, jangan marah. sebab aku tengok AF ala2 kadar je.
aku amik contoh senang. dulu aku tak suka mawi, dah tersingkir, tapi menang. aku rasa dia sangat2 poyo. tapi lama2, secara tak sedar, aku pun layan nyanyi lagu dia. haha.
eh mawi mana sekarang?
oke tak penting.
yang penting, brader itu suruh datang lagi ke sana. sebenarnya luahan mamat kerek itu cuma satu persepsi, dan persepsi itu bukan solid. kalau selalu kau dengar, hayati, mesti kau paham.
cerita senang, pernah tak korang dengar lagu baru kat radio,awalnya korang rasa lagu ntah ape2, poyo, tak best, etc. pernah kan? sebab aku pernah. dulu aku tak suka lagu aril-menatap matamu ( ke menatap wajahmu?), yela, lagu pendek, ulang2, cam tak best. tapi hakikatnya, aku layan jugak. still boleh terima, sedap telinga dengar. boleh la kan? tapi bila orang tanya, aku tetap cakap aku tak suka lagu tu.
nak label seseorang, atau sesuatu, kena faham dulu. first impression tu tak kira, okey?
ntah kenapa panjang sangat entri kali ini. haha
No comments:
Post a Comment