September 24, 2010

Menang pertandingan tulis puisi

salam sejahtera semua...

lega rasanya sudah selesai test Animal Physiology, Khamis lepas. lega rasanya sebab aku rasa aku boleh jawab. berbaloi tak tidur malam. dan juga terima kasih pada kawan-kawan kiri, kanan, depan dan belakang ketika test. sumbangan anda memang membantu. haha.

beberapa hari lalu, aku dapat e-mail. ingat dulu aku pernah beritahu dekat blog ni, ada pertandingan menulis puisi, slogan dan sebagainya? aku masuk pertandingan tu. aku hantar dua sajak. dan salah satu sajak aku berjaya dapat tempat kedua. naib johan. haha macam tak percaya je. aku menang.

ni yang tertulis pada surat yang di-attach pada email tu...


Kepada:

Ahmad Khir bin Ahmad Humairi
--------------------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN, SAJAK DAN MELENGKAPKAN SLOGAN ANJURAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) JOHOR 2010.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Saudara/Saudari telah terpilih sebagai NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN (Kategori Sajak) Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor 2010.

3.    Kami dengan berbesar hati ingin menjemput Saudara/Saudari untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan bersama dengan Jamuan Aidilfitri PEMBINA  Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor mengikut ketetapan berikut:

Tarikh              : 26 September 2010 (Ahad)
Masa                : 2.30-5.30 petang
Tempat            : Surau JPJ Johor, Jalan Kencana Mas 1/3, Johor Bahru, Johor.
Pakaian            : Baju Melayu (Lelaki)/ Baju Kurung (Perempuan)

hadiah tempat kedua, hadiah bernilai rm100. dan majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Johor Bahru ahad ni. ahad ni pulak aku ada test Animal Nutrition. jadi, tak dapat la pergi. jadi, hadiah aku hanya akan di-post nanti.

terlepas jamuan raya..terlepas makan free..haha

wish me luck for the next test..

1 comment:

Anonymous said...

congrats~ Ada bakat ni. kalo d asah, leh gantikan tmpt A.Samad Said. ^_^