September 30, 2010

duit





kadang-kadang
aku tak perlukan duit untuk hidup

kerana
aku mahu jadi aku
jadi aku yang sebenar.

*melalut.

September 28, 2010

Ira XFM ke Era

isu sama berulang. Ira XFM, bukan lagi di XFM. sudah transfer ke Era FM. adey. pantang je nak best sikit dekat XFM tu, diorang dah bawak ke Era.
 
untuk yang tak dengar XFM, Ira bertugas di slot pagi, bernama Ra'yat Pagi X. dulu segmen ni dikendalikan oleh Ray dan Hanif, tapi disebabkan rating segment diorang bagus, diorang pun kena culik ke Era. firasat aku,  semua ni taktik nak naikkan jumlah pendengar Era. aisy~

tapi good news, Dina kembali ke XFM!! er, yang ni aku tak pasti sangat sumbernya, tapi itu la yang aku dengar. yang pasti, ada pengganti dari Era la. biasa la, tukar2 ni. konti pun dekat2 je. haha.

masa seminggu Ira dan Shac bertugas dekat Era ganti Aznil, Ray dan Hanif lagi, aku dah jangka akan diculik jugak salah seorang dari diorang ni. dah la Ira comel, adeh. tak berseri pagi aku tak dengar celoteh kau.

kenapa Era buat macam ni? tak tau. bak kata kawan aku, diorang buat XFM sebagai tempat ber-eksperimen. kalau talented, bawak ke Era, boleh tarik pendengar. kalau tak berapa sangat, kekal je la kat XFM tu. sebab skop Era, lebih luas dari XFM yang just target kat remaja je. hmm..

notakaki: kalau XFM mau cari Deejay baru, saya nak try boleh tak? haha. macam tak cukup orang je kat konti.

September 26, 2010

Kemaskini status Facebook dengan Celcom

dengan bangganya aku angkat tangan tinggi-tinggi sebagai pengguna Celcom. haha

aku gunakan facebook secara aktif sejak mula berada di UniSZA, buat degree. masa matrik dulu, ada akaun facebook, tapi tak aktif sangat. sekarang, all the time with fb, haha.

Celcom memang syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan menggunakan Facebook dengan celcom mobile, sebelum diikuti syarikat yang lain. dengan hanya rm1 seminggu, kita boleh update status, mesej, add friends dan macam2 lagi la.






untuk yang 'gila-facebook', ini sesuai utuk anda. haha. percaya atau tidak, negara kita, memang di antara pengguna facebook teramai di dunia. huhu.


notakaki: masa mula-mula aku guna facebook mobile, memang seronok, sebab macam sms je. even bila driving, shopping, atau kat mana2 pun boleh update status. rm1 je seminggu kan? haha

September 24, 2010

Menang pertandingan tulis puisi

salam sejahtera semua...

lega rasanya sudah selesai test Animal Physiology, Khamis lepas. lega rasanya sebab aku rasa aku boleh jawab. berbaloi tak tidur malam. dan juga terima kasih pada kawan-kawan kiri, kanan, depan dan belakang ketika test. sumbangan anda memang membantu. haha.

beberapa hari lalu, aku dapat e-mail. ingat dulu aku pernah beritahu dekat blog ni, ada pertandingan menulis puisi, slogan dan sebagainya? aku masuk pertandingan tu. aku hantar dua sajak. dan salah satu sajak aku berjaya dapat tempat kedua. naib johan. haha macam tak percaya je. aku menang.

ni yang tertulis pada surat yang di-attach pada email tu...


Kepada:

Ahmad Khir bin Ahmad Humairi
--------------------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN, SAJAK DAN MELENGKAPKAN SLOGAN ANJURAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) JOHOR 2010.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Saudara/Saudari telah terpilih sebagai NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN (Kategori Sajak) Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Johor 2010.

3.    Kami dengan berbesar hati ingin menjemput Saudara/Saudari untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan bersama dengan Jamuan Aidilfitri PEMBINA  Johor dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor mengikut ketetapan berikut:

Tarikh              : 26 September 2010 (Ahad)
Masa                : 2.30-5.30 petang
Tempat            : Surau JPJ Johor, Jalan Kencana Mas 1/3, Johor Bahru, Johor.
Pakaian            : Baju Melayu (Lelaki)/ Baju Kurung (Perempuan)

hadiah tempat kedua, hadiah bernilai rm100. dan majlis penyampaian hadiah akan berlangsung di Johor Bahru ahad ni. ahad ni pulak aku ada test Animal Nutrition. jadi, tak dapat la pergi. jadi, hadiah aku hanya akan di-post nanti.

terlepas jamuan raya..terlepas makan free..haha

wish me luck for the next test..

September 21, 2010

masalah belajar dan cinta

aku cuba untuk tak menulis di sini ketika minggu ini penuh dengan test. tapi nak buat macam mana. memang aku tak boleh. sebab aku rasa letih otak, study bagai nak rak, tapi tetap tak boleh jawab. situasi macam ni kadang2 mula la sedap syaitan bisik2, baik tak payah study macam tu, main je PES2010 dengan MAFIA II sampai lebam, kan? bahaya betul. tapi aku tau mana yang patut aku ikut. mana jalan patut dipilih.

*

hari ini cik M sms, suruh on ym, nak story2. aku reply "okay". aku terlupa nazli keluar, tak dapat pinjam broadband dia. aku pinjam moto  faiz, pergi cc kat depan main gate kampus. cerita pasal boyfriend dia dan masalah2 normal bagi orang bercinta.

sebenarnya bukan cik M saja, ramai lagi kawan2 suka cerita masalah cinta ni kat aku. dan aku bukan doktor cinta mahupun doktor pakar cinta, lagi yusry KRU tu. cuma sekadar dengar. sekadar jalankan tugas utama seorang kawan:ada bila masa diperlukan. aku bercinta pun baru 2, 3 kali je. belum expert lagi. tak percaya tanya mak aku. haha.

pernah rasa suka pada seseorang? aku selalu. suka pada raut wajah. suka pada keperibadian. dan selalu perasaan suka tu datang dan pergi. kejap ada dan hilang. macam biskut. aku percaya, kalau suatu hari nanti aku suka seseorang, dan perasaan suka tu tak hilang-hilang dan merebak jadi angau (atau lebih teruk), maka dialah orang untuk aku.

nota: entri jiwang ke malam ni? haha. ikut suka. mama, k nak study dulu. taknak ada awek dulu! huhu. adios.

September 17, 2010

Celcom dan reload rm20, anda dapat...




kepada pelanggan celcom, mesti ramai tau pasal promosi ni kan?

topap rm20, pasti korang akan dapat reward. ye, PASTI. Yang pertama kali mahu sebut ialah RM1000 tunai. Memang untung top up RM20 kemudian terima tunai RM1000. Macam letak duit dalam ASB selama 20tahun, tiba-tiba teringat balik wah dah banyak. Macam itu perasaan dia. haha. amik dari blog Hanis Zalikha ni. 

jangan risau, sebab kalau tak dapat hadiah utama pun, ada banyak lagi reward yang lain. nah tengok ni.


*klik untuk lebih details.

jadi, kawan2 yang guna celcom, alang2 topap kan, dari topap rm5, or rm10, better terus topap rm20. plus, yang guna unipax takkan rugi sebab expired date korang kan tiga empat taun lagi. so topap je rm20 untuk dapat reward ni. paling kurang pun, dapat la 100 sms/mms free. 

p/s: malam ni aku balik terengganu. so no celcom akan lebih aktif semula. goodbye maxis. huhu. 
(no guna lagi tapi jarang topap. nak call saya boleh la)

September 16, 2010

puisi dalam Sepi sama macam tulisan aku.

adeh, tak tau nak merapu apa pulak kali ni.
rasanya dah lima enam kali jugak la aku erase. dah tulis panjang2 pulak tu.

aih~

semalam aku tulis suka-suka. puisi jiwang. yes, sebab tu la status aku di fb macam tu. haha. erm. bila dah tulis semua di sini, dah cantik dah ayat, siap amek gambar dari flickr lagi, tiba-tiba tengok dekat astro ria, cerita Sepi. aku suka online depan tv. multi-task jugak aku ni kan? haha. 

masa aku tukar channel, cerita tu dah sampai cerita part tiga, part baizura kahar. dalam cerita tu, dia tulis puisi yang nak dipentaskan. puisi dia dalam cerita tu, ada bunyi sikit2 macam yang aku tulis. dan kebetulan jugak, puisi tu memang ada kawan di uitm mintak untuk slot persembahan teater dia.

sebabkan maksud dan gaya bahasa hampir sama, aku padam terus puisi tu. susah woo nak tulis. tapi aku tak suka bila apa yang aku tulis tu, macam cedok dari idea orang lain. haha.

p/s: cuti dah nak habis. apa korang rasa?

September 13, 2010

bisnes semula

okey sudah habis mood raya. sudah mula fikir test yang menanti selepas habis cuti raya ni. dengan tugas dalam kelab teater dan PRS yang akan mula menimbun, kena la pandai cari masa nak study. tu tak masuk masa untuk 'bermalasan' dan masa untuk main game. haha.

sambil tu, aku berangan mau sesuatu pada bulan oktober ni. dan untuk itu, aku dah mula plan cari peluang berniaga untuk kumpul duit dan realisasikan angan2 aku tu. nak harapkan nuffnang je, aku rasa tak boleh jugak, sebab masa aku dekat rumah je, trafik akan naik mendadak, sebab boleh online 24 hours. yes, 24 hours. mesti boring tengok ym, facebook aku selalu online je kan? well get used to it (tapi masa cuti je la).

okey, ni ada dua design dari paradesign solution yang aku mau jual. cantik la bagi aku. material okey. semua saiz ada. ni gambar dia.

design 1: Slash Live in KL.

design 2: charge your iman.

ada banyak lagi baju cantik dari paradesign solution ni. tapi dua ni je yang mau aku ketengahkan dulu. semua saiz ada. harga standard, rm25 sehelai. pasal posting, boleh je, tapi ada extra fees la. tengok gak la korang nak pos laju or pos biasa, or kurier ke. boleh bincang pasal tu. 

nak order, boleh tinggal komen atau e-mail je kat amadkhir@gmail.com. sesiapa ada no fon, boleh call atau msg je.

details pasal paradesign solution, check sini, http://paradesignsolution.webs.com/

September 11, 2010

lingkup

kali ni bukan entri raya.
 
Bila dunia kita lingkup, mula lah kita rasa gelap. Rasa kosong. Biasalah, tak nama kehidupan lah kalau asik terang je hari-hari kita. Tak thrill. Kalau semua benda jatuh dari langit, siapa nak berdoa kat tuhan lagi? Siapa? Takde. Biasalah, kita manusia. Senang lupa dari mana kita datang. Aku pun sama.

Okey ada sesiapa nak jual CD, baju? Tolong lah, aku dah tak mampu nak beli barang lagi wey. second hand pun jadilah.

September 10, 2010

Selamat Hari Raya 2010!!

selamat hari raya geng!

macam mana raya pertama korang? blogger bawah umur, macam mana collection duit raya? banyak tak? untuk blogger baya-baya aku, korang macam mana pulak? still dapat duit raya lagi tak? aku, setakat raya pertama ni, masih lagi ada yang menghulur. lepas la belanja topap dengan duit minyak. haha. blogger yang dah kerja pulak, berapa banyak habis duit raya kat anak2 buah kat kampung?

oh ya, tak lupa gak, selamat hari raya kat kengkawan yang beraya di luar negara, study kat sana. maaf zahir batin, maaf salah silap semua. mesti pengalaman berharga kan beraya kat negara orang, tambah2 lagi yang 1st year study kat luar negara.

apa-apa pun, selamat hari raya semua. teruskan beraya, tapi beringat-ingat jugak. makan jaga sikit. huhu. yang memandu, hati-hati bila drive tu. kurangkan statistik kemalangan jalan raya kali ni. teringin sangat nak baca surat khabar tanpa cerita kemalangan jalan raya.

Take care semua.   ^_^

September 8, 2010

perancangan raya

lagi beberapa hari nak raya. selain daripada persiapan bagai nak rak menjelang hari raya, selalunya masa ni aku dah siap fikir dah plan aku untuk beraya nanti. mesti kena rancang weh. baru la tersusun. haha.

macam biasa, raya pertama memang tak boleh kacau.mesti balik rumah opah, kumpul dengan sedara mara. taun ni ramai kot yang balik umah opah sebelah ayah aku,, sebab taun lepas dah balik kampung sebelah bini/laki diorang. mesti meriah ramai-ramai ni. malam raya, biasanya paling meriah kat umah opah, sebab masing2 sibuk buat rendang, masak lemang dan sebagainya. tak kurang jugak yang karaoke sampai pagi. maklum la, kat umah opah, sound system memang terbaik. satu kampung leh dengar. haha.

kalau pagi spend masa dengan sedara mara sebelah abah, lepas tengah hari tu pergi rumah sedara-mara sebelah mama pulak. atuk nenek sebelah mama dah lama takde, since aku belum lahir lagi. so, kitorang akan datang umah adik-beradik mama yang dekat-dekat sini la.

raya kedua, biasanya family aku akan ada di rumah je sebelah pagi. masa ni lah sedara-mara belah abah dan mama nak datang rumah kitorang pulak. memang susah la untuk aku keluar masa ni, nak layan  orang kat umah. haha. sebelah petang, selalunya ada sedara-mara (terutamanya uda, suka giler jalan2 ni) ajak pergi raya umah sedara-mara yang lain, sampai la ke malam baru balik.

raya ketiga, masa untuk aku keluar dengan kawan-kawan. tahun ni, aku belum lagi kontek kawan2 nak bincang bila mau beraya sama-sama. sama ada kawan skolah rendah atau kawan skolah menengah. untuk makluman, aku tak sekolah dekat area-area umah aku. sekolah rendah dan menengah aku dua2 jauh dari rumah. masa form 4, kat kl, lagi jauh, so kawan2 area kampung ni, kurang. nanti aku fikir balik macam mana plan beraya dengan kawan2 kali ni.

dan benda yang tak terlepas dalam perancangan aku untuk hari raya, ialah cerita-cerita best dekat tv. haha. aku memang suka giler tengok tv. tapi kalau dah kena keluar beraya, tak dapat la tengok tv. setakat ni, tak ada ceritaa best pun untuk program2 raya ni, semua cerita lama. tambah2 lagi astro, cerita semua recycle je. boring. aku lagi suka tengok program2 muzikal ke, drama ke. lagi best. haha.

okey dah abis. aku takde idea nak tulis pun dari semlam. main belasah je ni.

September 7, 2010

mangsa banjir Pakistan

menurut status seorang rakan di Facebook dan hasil sedikit carian di google, jumlah korban banjir di Pakistan selama dua minggu lepas telah mencecah 20 JUTA. jumlah yang sangat banyak, melebihi hasil campur jumlah korban tsunami 2004, gempa bumi Kashmir 2005 dan gempa bumi Haiti 2010.

persoalannya, kenapa hal ni tak dapat liputan yang meluas? tak ada rasanya cerita menyeluruh di akhbar tempatan (atau mungkin aku tak cukup peka).

mari berdoa untuk mereka di sana, supaya selamat semuanya. moga diberkati, lebih-lebih lagi di Ramadhan dan Syawal yang mendatang ni. 

September 5, 2010

review: Camp Rock 2: Final Jam

tadi aku tengok cerita "Camp Rock 2: Final Jam" kat Disney. masih lagi berkisahkan kem musim panas yang dinamakan Camp Rock, dan Demi Lovato dan Jonas Brothers yang muncul di cerita pertama, kembali ke kem ni setahun kemudiannya dan wujud pesaing yang bukak kem berdekatan, bernama Camp Star. hampir-hampir Camp Rock nak tutup, Demi Lovato cabar Camp Star untuk battle.

cerita ni plot agak tipikal, tapi paling jelas, watak Demi Lovato dan yang lain2 dari Camp Rock pertama diolah menjadi lebih matang. nice. dan kali ni, plot percintaan lebih fokus pada Nick yang berusaha keras nak ambil hati anak perempuan owner Camp Star, musuh diorang sendiri. ni aku sediakan satu video Nick nyanyi kat awek tu. ada ala-ala I'm Yours by Jason Mraz kan? well, think so too.




 mesej dalam cerita ni yang paling nice aku dapat ialah, kadang-kadang kekalahan itu satu kemenangan.

okey boleh kata aku jiwang sebab tulis tentang cerita macam ni. haha.

September 4, 2010

Serumpun tapi selalu tidak rukun

Sumber: Utusan Malaysia.

MEMILIKI rumah sendiri memang perkara yang cukup menyenangkan, tetapi seperkara yang harus dipertimbangkan - apakah kita mempunyai jiran yang baik.
Ini kerana baik atau tidaknya, jiran tetangga yang menentukan keharmonian hidup kita. Apabila dirundung masalah, jiran yang baik akan menjadi orang pertama yang akan datang membantu dan selepas itu, barulah 'saudara mara' yang jauh akan sampai untuk menghulurkan bantuan.
Bagaimanapun sebagai sebuah negara, Malaysia tidak mempunyai pilihan untuk berjiran dengan negara mana sekalipun. Mahu atau tidak, baik atau tidak, Indonesia tetap menjadi antara negara jiran terdekat kita.
Walaupun susu yang diberi dibalas dengan tuba, namun Malaysia sentiasa bersabar walaupun terpaksa menelan kepahitan itu sendirian.
Itulah situasi yang dihadapi antara Malaysia dan Indonesia pada masa ini. Apa juga situasinya, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa Indonesia adalah negara jiran. Walaupun bukan sebuah negara jiran yang dikategori baik, tetapi kedua-dua buah negara tetap saling memerlukan.
Sebelum kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke rantau ini, kedua-dua negara disatukan dalam pemerintahan kerajaan Sriwijaya dan Majapahit.
Setelah penaklukan Eropah, Malaysia berada di bawah kekuasaan Inggeris, manakala Indonesia diperintah oleh Belanda.
Kedua-dua negara bersatu kembali ketika penaklukan Jepun di Asia Tenggara dan wujudlah persefahaman untuk menyatukan kedua-dua negara bagi menentang Jepun.
Bagaimanapun, hasrat itu padam begitu sahaja apabila Jepun menyerahkan kembali Malaysia atau Tanah Melayu kepada Inggeris.
Indonesia akhirnya merdeka selepas banyak darah anak bangsanya tumpah, manakala Malaysia menikmati kemerdekaan daripada Inggeris tanpa pertumpahan darah.
Di sinilah, bermula perasaan curiga pemerintah Indonesia terhadap Malaysia kerana dianggap sebagai tali barut Inggeris dan Amerika Syarikat.
Akhirnya konflik Malaysia dengan Indonesia pecah, apabila Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan penubuhan Malaysia meliputi Tanah Melayu, Singapura dan Kalimantan Utara.
Indonesia berpandangan, tindakan itu merupakan usaha Inggeris untuk mengepung Indonesia dan ekoran itu, Indonesia melancarkan konfrantasi. Indonesia mendapat sokongan Cina untuk menyerang Malaysia.
Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengirim pasukan bagi mendapatkan pandangan penduduk di Kalimantan Utara tentang penyertaan mereka di dalam Malaysia. Setelah pasukan itu mengesahkan rakyat terbabit menyokong usul tersebut, ia tidak dapat diterima oleh Indonesia.
Selepas diisytiharkan penubuhan Malaysia pada 16 Mac 1963, Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Maka tercetuslah peperangan Malaysia dengan Indonesia. Namun tentera Malaysia yang dibantu tentera Inggeris menggagalkan tindakan Indonesia untuk menawan Malaysia.
Apabila Presiden Sukarno digulingkan oleh rakyatnya sendiri, maka peperangan itu lenyap begitu sahaja.
Namun semangat 'Ganyang Malaysia' yang dicetuskan oleh Sukarno tidak pernah padam dalam diri rakyat Indonesia.
Semasa pemerintahan Orde Baru oleh Presiden Suharto, hubungan Malaysia dan Indonesia berada dalam situasi cukup baik, tetapi setelah jatuhnya pemerintahan itu, hubungan kedua-dua negara sering bermasalah.
Daripada isu tenaga kerja, Pulau Sipadan dan Ligitan sehinggalah masalah perebutan wilayah di Ambalat. Rakyat Indonesia dan para pemimpinnya kembali 'bernafsu' untuk berperang dengan Malaysia.
Perkataan perang keluar daripada mulut para pemimpin sama ada pemimpin politik mahupun pemimpin tentera. Indonesia bagaikan begitu mudah menerimanya tanpa mahu memikirkan kesannya kepada hubungan kedua-dua buah negara.
Bukan media massa Indonesia sahaja telah membuat anggaran kasar perbelanjaan jika berperang dengan Malaysia, bahkan ia turut didukung oleh para pemimpin politik. Situasi itu cukup dikhuatiri.

notakaki: aku jarang benar tulis atau cerita pasal hal-hal politik. tapi artikel ini menarik rasanya untuk dikongsi. 

seorang pensyarah aku pada semester lepas, yang asalnya dari Bali, Indonesia ada cakap, "rakyat Indonesia patut bersyukur dengan apa yang kerajaan Malaysia tawarkan di sini, hingga boleh hidup mewah. Isu ganyang Malaysia tak patut wujud".masa ni, aku buat satu assignment yang juga ada kena mengena dengan isu Malaysia-Indonesia-isu amah. 

kalau wujud pergaduhan dengan jiran sebelah rumah, apa yang korang akan buat?

England menang besar

LONDON: Jaringan hatrik Jermain Defoe dan prestasi cemerlang penjaga gol Joe Hart membantu England menang selesa 4-0 ke atas Bulgaria daam perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan G, Euro 2012 di Stadium Wembley pagi ini.

England mendahului seawal minit ketiga untuk menebus prestasi hambar pada Piala Dunia 2010 lalu apabila Defoe merembat masuk hantaran silang Ashley Cole.

Defoe menambah satu lagi gol pada minit ke-61 sebelum melengkapkan hatrik empat minit sebelum wisel penamat.

Terdahulu, Adam Johnson yang menggantikan Theo Walcott pada babak kedua permainan menjaringkan gol ketiga England pada minit ke-83.

Hart yang dinobatkan sebagai penjaga gol utama England oleh jurulatih Fabio Capello, menepati pilihan dengan menyelamatkan tiga percubaan bahaya Bulgaria.

September 2, 2010

2 September 2010

aku suka travel siang berbanding malam. travel siang hari lebih banyak manusia. bila lebih ramai manusia, banyak ragam boleh kita tengok.

itu antara sebabnya aku pilih tiket siang, pukul 8.30 pagi untuk balik cuti raya kali ni. memang mahal sikit, sebab bas ambil laluan ke KL, before terus ke Ipoh. sebab lain, aku mau ponteng kelas. tapi great news, kelas untuk hari ni memang lecturer dah batalkan. haha.

pertamanya, tak ramai awek dalam bas aku kali ni. hampa sekejap. haha. lepas tu, tengok ragam driver. memang tepati masa dan jaga perasaan penumpang yang nak cepat balik macam aku.

sejam pertama, aku melayan pemandangan cantik dari tingkap bas sambil dengar lagu-lagu raya dalam mp3. kalau ikutkan hati, nak je aku nyanyi kuat-kuat, biar satu bas dengar suara aku. tapi suara aku tak best, jadi baik nyanyi pelan-pelan je.

semalam, aku tak tidur langsung. dan akibat daripada itu, aku mula mengantuk. aku ingat lepas bas singgah kat dungun, aku dah mula terlelap. aku terus switch song playlist aku kepada 'lagu-lagu tidur'-folder yang ada lagu-lagu slow, antaranya deeper conversation-yuna dan lagu-lagu dari mocca, band indonesia. memang lena tidur aku.

aku tersedar bila bas dah masuk KL. suasana jalan KL memang sama je tiap kali aku kat sana-sibuk, sesak dan serabut. tapi ada sesuatu di KL yang buatkan aku terasa selalu ingin ke sana. jam masa di KL, dah pukul 3 petang. sah, lewat la balik hari ni. mesti lewat sampai rumah. so aku tidur lagi.

celik mata, dah ada di Tanjung Malim. Shazwani, awek manja dari Sungkai yang naik bas dengan aku ni turun kat sini. dari sini, aku dah tak boleh tidur dah. terlalu excited nak sampai Ipoh. tunggu punya tunggu, dalam 6.30 petang bas sampai. aku pun tunggu parent aku yang datang jemput aku. masa tu jam dah pukul 7. abah dan mama dah bawak air dan kuih dalam kereta, dah jangkakan tak sempat berbuka di rumah.

tak kira berbuka apa juadah atau kat mana pun, kalau ada family di keliling kita, semua jadi best. betul tak?

September 1, 2010

malas

semakin dekat dengan cuti, aku jadi semakin malas.

hipotesis ini memang tepat.


kesimpulan: aku sekarang memang malas.

haha

^_^