July 30, 2010

bedah kambing, ternak arnab

sekarang baru bangun dari tidur. dan lepas solat, rasa segar sampai rasa tak perlu tidur balik dah. hakikatnya, minggu ni terasa penuh dan padat je, walaupun isnin dan selasa suppose takde kelas, boleh rilek2.

hari isnin dan selasa, aku terlibat dan bertanggungjawab untuk jaga gerai konvo untuk kelab PRS. agak susah juga nak handle task ni awalnya sebab takde pengalaman lagi. dulu masa matrik, tolong2 gak wak and the geng bukak gerai burger, tapi tolong ala kadar je. so dari pengalaman masa matrik tu je la aku ada nak setup gerai PRS. plus syafik yang dah macam expert berniaga ni, so takde masalah la.

gerai aku jual bunga untuk student2 yang grad hari tuh. dan alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan. at least ada duit diraih untuk PRS buat modal bagi aktiviti2 yang lain. thanks pada yang bagi kerjasama dan thanks jugak pada yang tak bagi kerjasama. haha.

minggu ni jugak untuk kelas anatomy, dah mula main bedah2 binatang. kambing dah dapat seekor for every group. 1st task, potong forelimb, belah kiri, then tengok muscle2 yang ada kat situ, then potong sampai tinggal tulang dan joint. best dan busuk. haha. lab coat aku melekat bau kambing tu, tapi tu sumer takde hal. janji experience tu penting. dapat gak tengok scapula, humerus dan tulang2 lain tu lebih dekat dan real.

dan petang tadi (or petang semalam? dah pagi ni) was a good news for me, and my class. proposal aku untuk ternak arnab akhirnya diluluskan dan kami dapat 5 ekor arnab untuk permulaan. untuk projek ni, still banyak lagi yang kurang aku rasa. so pelan2 la, aku usahakan nak tambah sangkar dan lain2 keperluannya. then, mst important thing, harap semua bagi komitmen la untuk jayakan projek ni. sama2 dapat untung kan?

owh ya. nama2 arnab pun dah ada. ada si Kenanga dan Melur (warna putih) dan Sazali. yang arnab kecik, namanya Laila dan Majnun. haha. sangat klasik.

ada gambar, tapi slow sangat la nak upload gambar sini. hope kalian ok, semua ok. semoga selamat semuanya. amin.

2 comments:

Maya Liyana Yahya said...

tp majnun tu kiki nak namekan ngn kasem gak la weh..hahahahaha..

tp mmg klasik arnab klas ni..haha..kesian2..

mr kay said...

haha, kasim..

si nadia nak letak nama bunny..

tapi akur je la ngan keputusan majoriti.