July 22, 2010

Yuna dan album barunya


 Akhirnya, Yuna akan melancarkan album terbarunya yang bertajuk "Decorate" pada 23 dan 24 Julai 2010 bertempat di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) di Sentul. Yuna yang popular dengan lagu "Dan Sebenarnya" dan "Deeper Conversation" ini sudahpun mengeluarkan sebuah EP pada tahun lepas dan kali ini muncullah album keduanya yang diberi nama "Decorate".

Yuna bukan sahaja akan melancarkan albumnya, malah akan membuat persembahan showcase khas buat peminat dan rakan media yang akan hadir pada 2 hari tersebut. Beliau akan menyajikan 11 buah lagu dari album terbarunya dan beberapa buah lagu dari EPnya. Disamping itu, album terbaru beliau juga akan dijual pada hari pelancaran tersebut dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai-kedai muzik. Album terbaru Yuna ini akan menemui anda di pasaran sekitar bulan Ogos 2010 nanti.

Kepada peminat-peminat penyanyi independent ini bolehlah mendapatkan tiket untuk ke pelancaran album dan showcasenya melalui laman web Axcess, KLPAC ataupun di butik Yuna sendiri iaitu IAMJETFUELshop yang terletak di SS15, Subang Jaya. Tiket-tiket dijual dengan harga RM60 dan RM80. Nantikan kejutan apabila anda membeli tiket ke pelancaran album Yuna ini kerana Yuna menjanjikan tiket yang dibeli oleh anda memang berbaloi!




support okey?

jangan selalu download. bagi sokongan kat industri kita.

No comments: