July 2, 2010

handphone dan aku

2004.


aku dapat henpon, pak su bagi. telefon nokia 3210. tau ke? sama macam nokia 3310 tapi lebih panjang dan berat. memang boleh mati anjing kalau kena lempar ngan henpon ni. dulu tak pikir mau style, asalkan ada, dah seronok.

walaupun henpon ni buruk dan tak elegan, pernah juga dicuri masa aku bawak kat hostel. tapi sebabkan ramai link, senang mau jumpa balik. huhu.

betapa berharganye henpon masa tu.

2005.
awal taun, aku tukar henpon nokia jugak, nokia butterfly ni. siap dah upgrade text kat situ. ayah aku yang beli, kat mane ntah. lupa. lampu putih. cantik la. huhu. bertahan dengan aku dalam 5 bulan rasanya. kawan aku buat hilang. dia pakai henpon ni, pastu tinggal dalam meja dalam kelas. memang sengaja cari nahas la kan. tapi silap gak, sebab kitorang pikir kelas kunci after abis skola, so takkan ada sape curi. bodoh gak la hilang henpon ni. kawan aku lak wat senyap je pasal henpon ni. adeh.

lepas tu, untuk sementara waktu, aku tak pakai henpon. dekat ujung taun, baru la mama abah bagi aku beli nokia 1110.


aku punya memang kaler ni la. henpon ni bertahan lama dengan aku. dari form 3 tu, sampai la zaman kat skolah alam shah. record gak la, sebab aku bawak henpon ni dari masa pendaftaran, dan kekal sampai abis form 5. huhu. cuma awal form 5 je ada kes. kena curi, dengan dormmate sendiri. memang sakit hati. haha. nasib baik tak lama lepas tu, dia keluar sekolah.

habis SPM, aku tukar henpon lagi. Nokia 5300. sebab aku suka layan music, so memang mau cari henpon yang ada mp3 camni la. express music ni best, sebab mp3 dia memang organize, senang nak susun lagu2 dalam mp3 list tu.

ogos lepas, aku tukar henpon. sebab henpon tu ada rosak sikit2, dan aku ada janji nak bagi kat adik aku. sekarang aku dah bagi henpon tu kat adik aku. aku pulak pakai sony ericsson w395. takde function menarik langsung. sebab theme, or ape2 application tak boleh masuk. tapi aku seronok jugak pakai, sebab keypad yang sangat best untuk ber-sms sampai lebam. haha. sekarang takde awek, kurang bermesej pun. jimat kredit..haha.

nuffnang ada promosi henpon LG Cookies. aku mula tertarik la pulak nak cuba. haha. rasa tak mampu la pulak. takkan mau abeskan duit PTPTN kat henpon je, kan?


bila guna duit sendiri beli henpon, rasa sayang nak tukar sesuka hati.

13 comments:

azzah said...

nokia 5300 the best..pernah guna sblm ni..mmg syg gler kt fon tu tpi sayangnya..memang da rosak truk
nokia 5300 dlm kenangan

Maya Liyana Yahya said...

simpan2 dwet..haha..nnt klu tader dwet,makan enset tu..hahahahha

Hasrol Nizam said...

dulu ada nokia 1100, tp kwn pinjam kejap, terus buat harta.. sampai sekarang tak reti nak pulangkan..haha..

fatah85 said...

jangan bazir. masa depan makin mahal.

mr kay said...

maya: kecik2 ada henpon isi rebina.

hasrol: haha, sekeh je mamat tuh.

fatah: betul. henpon lama itu retro. huhhu.

Hasrol Nizam said...

nak sekeh kawan sendiri..kesian..hehe

aeyman said...

bile dah berbulan atau tahun aeyman pakai 5300 tuu ade pulak nk pakai sementare nset HTC tu siap

Firol said...

pakai selagi elok..gua pakai w700 pun dah nak masuk lima tahun

mr kay said...

firol: aku setuju. nokia 5300 tu pun aku tukar sebab rosak berkali-kali, dan aku rasa kos nak repair maybe berbaloi dengan hp baru. huhu.

hasrol: kawan. biasa la. cakap salah, tak cakap salah. dilema. haih~

Hasrol Nizam said...

mmg tgh dilema la ni..tp nk tunggu dia yg mula nak ganti, smpai berjanggut kot

mr kay said...

hasrol: teringat lak dulu, kawan aku pinjam duit, pastu wat senyap je. bila masa aku betul2 kering, aku pun dengan hati keringnya mintak duit aku.

darurat beb. kena hati kering sket. haha

pch said...

dulu aku pakai 3210...tahan lasak...letak je kat mana2...org pon x curi...jatuh..hehe masih leh guna..




komputer asyik kena pinjam..ishhh..risau plak takut virus dr pendrive kwn tu merebak kena kat laptop kita plak....macam mana ni..?? klik sini..free jer

gnesop said...

buat la entry nuffnang best2.. mana tau untng sabut, boleh menang.. x yah beli henphon..

kalau dah kerja nanti, dah tak heran sgt henphon2 nih.. cam aku.. huhuhu.. masa study mmg heran sbb bersaing dgn rakan2