December 30, 2016

2017

2017.

1. harapnya dapat la kerja di area lembah klang secepat mungkin. tak kisah kerja, tak nak memilih sangat. tinggal dengan isteri lebih utama. 

2. kurus! - kena perli dengan wife selalu sangat dah ni.. haha. tengok la kalau mampu, boleh resume atkins. haha.

3. memantau dan mengurus kewangan dengan lebih ketat tapi berhemah. ada rezeki, nak dapatkan extra income dari sumber-sumber lain jugak. sekarang dah ada isteri. tak boleh sama macam dulu lagi dah.

4. lebih kerap sedekah. nak cuba wajibkan atas diri sendiri, selain dari sedekah kat masjid setiap kali solat jumaat, nak cuba cari badan-badan kebajikan yang memerlukan dan sedekah, in sha Allah kalau mampu, monthly basis ke. 

5. selain pada duniawi, bab agama jugak nak kena improve. solat kena lebih disiplin. 


ada beberapa lagi la. tapi ini la yang aku nak jaga 2017 ni. tu terutama yang no 1 tu!

December 2, 2016

audit

Disember adalah waktu di mana aku review balik apa yang aku dah achieve untuk tahun ni, dan jugak kena self-reasoning untuk perkara-perkara yang aku tak achieve target aku. kira macam internal audit la; macam company aku, tiap-tiap hujung tahun, akan ada macam-macam audit untuk rectify part yang kurang, dan company kena plan macam mana nak improve kan satu-satu department.

audit ni, sama maksud dengan muhasabah diri. kadang-kadang, kita ni buat je apa kita nak buat, maybe masa kita nak buat tu, kita buat decision tak fikir secara menyeluruh. every year, sorang kawan aku akan tanya, ko kawan dengan smoker, ko akan dengar macam2 statement yang diorang keluarkan untuk 'menghalalkan' rokok tu. same case dengan benda-benda lain.

untuk 2016, banyak perkara yang aku gagal achieve. boleh kata aku gagal la tahun ni. tapi ramai yang tak paham. lulus atau gagal dalam sesuatu, tak penting. action selepas tu that matters. sebab tu company-company besar ni ada audit. apa decision yang nak diambil lepas tahu satu2 audit tu lulus atau gagal, itu yang penting.

signboard ladang ni pun parts of audit tau.. haha
moving forward, my 2017 plans are not all about me anymore. my career path, my financial status, my dreams (looking forward 2017 to AT LEAST 30% progress), semua ni kena kira dengan isteri. plus dengan long-distance relationships, weekend husband-wife ni.. adoi susah beb!

2016 dah nak habis. past is past, nothing we can do about it. what really can we do; look back the past, learn from it, and improve for future.


November 20, 2016

ayam daging guna hormon ke


sebelum harvest

soalan biasa yang aku terima berkaitan ayam daging ni:

1. ayam kat tempat ko kerja tu ada cucuk2 hormon ke?
J: satu reban, ada dalam DUA PULUH LIMA RIBU ayam. satu ladang, ada 10-15 biji reban. sapa yang mampu nak cucuk sekor2 tu?? haha. ok2. camni. ayam ni, dari hatchery (penetasan) dah siap2 vaksin dah, bergantung pada SOP syarikat masing2 la vaksin apa sebab ada banyak jenis. itu je masanya yang ayam tu kena cucuk, tu pun pakai mesin. time besar, bergantung pada situasi (SOP syarikat) ayam akan diberi vaksin lagi, selalunya hari ke 7, 10 atau 14. tapi dah tak cucuk dah. sama ada melalui air minuman, ataupun mist spray.

2. antibiotik ayam tu, tak bahaya ke pada orang?
J: memang ada antibiotik yang diberi pada ayam, selalunya melalui air minuman la. sebab kaedah treatment ni, based on one whole flock. ada clinical sign je, terus treat satu reban. tapi, ada satu peraturan yang penternak kena follow, dipanggil withdrawal period. maksudnya, tempoh sesuatu ubat tu ada berada di dalam badan ayam. contoh, ferfonicol ni withdrawal period dia 3-10 hari (depend pada percentage, roughly) so kalau ayam ni diberi makan ubat ni umur 10 hari, ubat tu akan keluar sepenuhnya pada badan dia selepas umur 13-20 hari. sebab tu secara kasarnya, penternak akan stop semua jenis antibiotik pada umur 25 hari. sebab dalam kira2 dalam umur 30 hari, dah start tangkap dah.

ada soalan pasal ternakan ayam daging? leh tanya terus. kalau nak bincang projek serius, tu tepi tu ada fb. leh pm kat situ.. hehe..

November 14, 2016

tamat 9 season How I Met Your Mother

Sapa tengok cerita How I Met Your Mother (HIMYM)? maybe ada, maybe tak ada. haha

aku layan cerita ni masa zaman belajar dulu. tu pun layan separuh je season satu semua sebab aku beralih ke arah cerita The Big bang Theory (TBBT). dan sekarang, 2016, baru aku layan balik, disebabkan sebelum ni TBBT habis dah season 9 dan season 10 baru nak keluar, so aku perlukan cerita lain untuk mengisi masa lapang. so sambil2 layan cerita korea - Doctors - ni pun layan sebab ada Park Shin Hye je.. haha - aku download semua season ni dan dalam masa 2 bulan, habis dah 9 season aku tengok!


nak tengok cerita ni, kena open minded. sekadar tengok saja. yang baik, kita amek, yang sosial culture dia tu, abaikan je, sekadar hiburan cukup ye..

overall, aku memang tertarik friendship yang melekat dari zaman bertiga masa belajar, then masuk barney the legendary, then datang la robin. antara sebab aku melekat dengan cerita ni, storyline dia memang macam real. setiap character ada up and down moment. ted dari kerja architect, menganggur, bukak company sendiri, lepas tu mengajar, lepas tu kerja dengan barney etc. selalu cerita lain, character utama biasa success je. tapi semua kecuali barney, ada moment up and down pasal karier masing2.

aku ada high expectation untuk season 9. tapi frust sebab hampir satu season storyline pasal majlis kawen robin dengan barney, end up bercerai lepas 3 tahun. dan bini ted mati sakit tua, finally anak2 ted encourage suruh pegi kejar balik robin. not as I expected. tapi overall, ok for me.

kalau rasa nak tengok online/download, nah klik sini. tv series lain pun ada jugak kat sini..


November 8, 2016

good bye gary

Aku lelaki dan aku layan running man. haha.

aku tak pasti la paper apa waktu 2010 tu, tapi memang soalan dia stress gila la sampai habis exam tu aku terperap je duk bilik. kebetulan awek (alhamdulillah sekarang dah jadi wife yang sah) sebelum tu guna external hard disk simpan running man dalam tu. disebabkan stress + boring + takde duit nak kuar jalan, aku pun layan jela. 1st time layan, habis marathon 10 episod terus!

gary ni dari dulu lagi aku suka, especially episod2 awal RM ni, sebab banyak ayat dia yang cheesy, selamba dan ikut suka hati dia je. part monday couple tu memang bagi kat dia la.

tak sangka dah 6 tahun lebih dah melayan running man. dah 324 episod. ada masa jugak episod ni turun naik, tambahan pulak produser dia tukar-tukar.. tapi show ni terus bertahan walaupun rating kat korea tak tinggi mana pun.

ep 324, last show gary. baru tengok semalam. dalam kelakar, ada sedih dia.

good bye gary. hope ep 325 dan seterusnya akan maintain.

one way to say good bye


p/s: aku rasa nak update blog, tadi idea nak tulis pasal lain, alih2 bab ini yang keluar.. haha

November 4, 2016

ladang ayam

sejak akhir-akhir ni, ramai penternak baru dan lama dari merata tempat mula hubungi aku untuk dapatkan pandangan tentang bisnes ternakan ni. kebanyakannya ayam daging la, tapi ada juga yang tanya pasal ternakan kambing, lembu dan puyuh. kebanyakannya, secara e-mail, whatsapp la, sebab jarak jauh, tak berkesempatan nak datang jenguk ladang.


Anak ayam baru sampai ladang


seronok rasanya bantu penternak-penternak ni. paling tidak pun dapat juga asah skill dan knowledge. tambah-tambah lagi, sekarang ni ramai penternak-penternak muda yang berani masuk bidang ternakan ni.

high investment, high returns


harapnya satu hari nanti impian ada ladang sendiri akan tercapai..amin..


September 7, 2016

7.54 AM

choco mix no sugar for breakfast.
nasi goreng campak-ikut-suka + ayam goreng tak cukup sifat for packed lunch.
and missing her so much, every second!

ingat senang ke weekend-husband-and-wife ni?
aduh.


Ya Allah,
murahkan rezeki kami,
permudahkan urusan kami,
berkatilah perkahwinan kami.

jangan pernah putus doa ni.
in sha Allah.


August 15, 2016

married

4th April 2011 - 6th August 2016
couple - married couple.

alhamdulillah.

Allah permudahkan segala urusan, dan harapnya, Allah terus permudahkan urusan kami dunia dan akhirat. doakan kami ye.


May 28, 2016

update

bangun pagi, solat pun hujung-hujung waktu, lepas tu menung. dah lewat, baru nak mandi.
di office ada banyak je task pending, tapi tak urgent, so aku lengah-lengahkan.

hal kahwin, pun banyak jugak tak setel lagi.
sebab aku kurang ambil berat sangat bab-bab majlis ni.
duit aku spend more on marriage live nanti.

at least, rumah sewa ada, tilam, dapur, dan asas-asas tu dah ada siap lepas kahwin. 
bab tinggal berjauhan tu, in sha Allah moga-moga perancangan kami ni diberkati, dipermudahkan.
untuk sementara, berulang selalu tiap minggu. ala manjung - selangor 3 jam je punn. plus, tunang (bakal isteri) pun ada kerja elok dah kat sana. sayang kalau berhenti. tapi kalau dia nak berhenti tu, terpulang. her call. 

aku rasa semua benda pun aku nak buat sekarang ni. backpack, blog, tulis buku, gym, berlari, diet. niat je. or ada la yang buat jugak. macam diet. tapi atkins tu hari tu stop jap sebab sampai migrain pun datang. siap ada meds yang tak leh amek. macam serius lak. so kena plan diet lain pasni. 

aku rasa makin lama makin tak produktif ni. company dah bagi bercuti kat Langkawi pun tak settle down lagi kepala hotak ni. personal target aku kat company pun tak achieve lagi ni. dah pertengahan tahun dah pun. adoi~


April 15, 2016

Boboi Boy dan next: Ejen Ali

Boboi Boy dah habis tayang kat panggung. aku cek tadi. jumlah kutipan, berapa juta lupa. tapi tempat keempat tertinggi dalam tayangan filem tempatan! kalah Ola Bola!



dan kutipan ni akan berterusan bila movie ni akan masuk Indonesia dan negara-negara lain!

tahniah team Animonsta! tahniah bro Nizam! teringat masa dia kat Les Coupaque, time datang lawat studio dia sehari sebelum premier "Geng: Pengembaraan Bermula". Sekarang, produk sendiri dah sukses. tahniah sekali lagi!

dan lepas ni, Ejen Ali ada potensi yang baik untuk teruskan kebangkitan animasi tempatan. aku selidik-selidik, Ejen Ali produced by WAU ANIMATION. tak tau sapa founder WAU ni. tapi aku wish all the best.


April 9, 2016

past

*draf ni tersimpan lama dah. 2012. terjumpa balik bila cari draf2 tulisan lain. 


aku yang ada sekarang, belum tentu sama dengan aku di masa depan. sebab? manusia. aku manusia.
kenapa dengan manusia? manusia berubah-ubah sifatnya.

contoh.
mudah.
kalau tadi aku subuh dah hujung waktu, esok boleh jadi solat awal waktu, ataupun tak solat langsung.
mungkin aku hari ni boleh jadi kawan yang menyenangkan, tapi dua tiga tahun lagi, mungkin orang tak nak pun kawan dengan aku.

Terengganu, UniSZA terutamanya, bagi aku pendedahan yang baik, terutama bab-bab agama dan spiritual. memang diakui sebelum ke sini, solat banyak lubang sana-sini, mengaji pun tajwid pun lupa-lupa. aku takkan lupa brother Ikhsan yang cuba tarik minat aku join halaqah, perbincangan agama dan aktiviti lain-lain (walaupun terpaksa) yang paling tidak pun, buat hati aku tergerak untuk belajar.

dulu, aku pernah terfikir, kalau la Tuhan atur aku sambung belajar kat tempat lain, yang mana pendedahan pada hiburannya amat mudah, mungkin aku terus hanyut.

dan tak lama lagi, habis belajar, haluan baru. mungkin zaman kerja nanti, kalau tak kuat dalam hati, mungkin boleh hanyut balik. siapa tahu.

perompak hari ini, mungkin setahun dua dah jadi alim.
ustaz hari ini, boleh jadi masa depan jadi pengunjung kelab tegar.

aku ditanya ingin menjadi apa bila lusa.
aku kata risau kenapa kerana Tuhan sudah tahu.
tambah aku lagi Tuhan Maha Kuasa.
apa kau tidak tahu?
lama, sedar aku sombong aku.
aku tidak pernah tahu.
jadi apa?

penemantelinga: Westlife-Soledad
nov '12 

April 2, 2016

merapu subuh

terbangun awal dan siap mandi.. pastu tiba2 baru teringat appointment awal pagi dah cancel.

dah la awal sangat sampai azan subuh pun lom dengar lagi ni.


*ok blur pagi2 ni tak tau tulis apa.


gambar bekerja
tu gambar tu saja amek sebab kena amek gambar pool organ sampling.. sebab ada benda nak consult dengan vet and nak masuk dalam report. DSLR susah nak pakai time2 kerja-kerja berdarah ni. so alang-alang, selfie skali. 

*

btw, tahniah team bola sepak perak masuk separuh akhir piala FA. dah berzaman tunggu. asyik2 kalah pusingan awal je. tapi mentaliti kita masih sama. masih lagi terpalit dengan insiden pergaduhan, tak kira home atau away game. tak pasti apa punca tapi hentikan le yob oi! fans bola sepak lain pun. sampai bila nak gaduh-gaduh kat stadium ni. hm..

itu je nak merapu subuh2 ni. 

March 30, 2016

diet atkins

dah lama tak tulis.

antara benda baru:

1. dah kerja balik dengan Dindings
2. dah bertunang

yang lain lebih2 kurang je la.


start isnin lepas (28 Mac 2016) aku dah mula diet Atkins - Fasa 1 - Induction.

no sugar
no carbo
no fruits,

dah tiga hari.

rutin aku sebelum ni memang banyak involve sugar intake yang tinggi, so 3 hari pertama ni aku agak struggle. tapi masih tak  cheat. dan tambahan pulak semalam aku drive jauh dari Perak ke Kluang, Johor. sebelum ni, asal travel je, aku akan siap bekal satu air mineral, satu air manis (cafein or jus) dan jajan. tapi semalam, hanyalah 2 botol mineral 500 ml je sepanjang travel. so aku ada problem sket masa memandu, so tak selaju yang sebelum ni la.

korang leh google diet atkins ni untuk info.

dan aku decide nak update progress aku kat dalam ni. sebab aku determine nak achieve target aku dengan benda ni. dan selalunya bila aku tulis, or update status pasal benda ni, aku takkan give up half way. hope so lah. haha

so diet aku:

day 1:
sarapan: telur mata sebiji
lunch: ayam goreng tepung keluaran company (sebab terbeli dah)
*lepas makan tu baru tau yang ayam goreng bertepung takboleh/tak digalakkan
dinner: daging grill + lada hitam sikit (aku potong daging tu kecik2, cukup untuk 5 suapan je)

day 2: travel dari perak ke kluang
sarapan:telur dadar
lunch: ikan keli goreng + ayam goreng seketul (sebab aku rasa takde tenaga nak drive, so makan extra)
dinner: sosej 2 ketul

day 3:
sarapan: TAK SARAPAN (air aku teguk 1 liter pagi ni)
lunch: sosej besar 2 ketul (singgah kat gerai tepi jalan)
dinner: sup ayam

baru tiga hari. aku tak nak timbang dulu berat aku. hope aku leh remain dengan diet ni..