April 9, 2016

past

*draf ni tersimpan lama dah. 2012. terjumpa balik bila cari draf2 tulisan lain. 


aku yang ada sekarang, belum tentu sama dengan aku di masa depan. sebab? manusia. aku manusia.
kenapa dengan manusia? manusia berubah-ubah sifatnya.

contoh.
mudah.
kalau tadi aku subuh dah hujung waktu, esok boleh jadi solat awal waktu, ataupun tak solat langsung.
mungkin aku hari ni boleh jadi kawan yang menyenangkan, tapi dua tiga tahun lagi, mungkin orang tak nak pun kawan dengan aku.

Terengganu, UniSZA terutamanya, bagi aku pendedahan yang baik, terutama bab-bab agama dan spiritual. memang diakui sebelum ke sini, solat banyak lubang sana-sini, mengaji pun tajwid pun lupa-lupa. aku takkan lupa brother Ikhsan yang cuba tarik minat aku join halaqah, perbincangan agama dan aktiviti lain-lain (walaupun terpaksa) yang paling tidak pun, buat hati aku tergerak untuk belajar.

dulu, aku pernah terfikir, kalau la Tuhan atur aku sambung belajar kat tempat lain, yang mana pendedahan pada hiburannya amat mudah, mungkin aku terus hanyut.

dan tak lama lagi, habis belajar, haluan baru. mungkin zaman kerja nanti, kalau tak kuat dalam hati, mungkin boleh hanyut balik. siapa tahu.

perompak hari ini, mungkin setahun dua dah jadi alim.
ustaz hari ini, boleh jadi masa depan jadi pengunjung kelab tegar.

aku ditanya ingin menjadi apa bila lusa.
aku kata risau kenapa kerana Tuhan sudah tahu.
tambah aku lagi Tuhan Maha Kuasa.
apa kau tidak tahu?
lama, sedar aku sombong aku.
aku tidak pernah tahu.
jadi apa?

penemantelinga: Westlife-Soledad
nov '12 

3 comments:

Tedi {interpretZZ} said...

owh... i love soledad.. :)

zuhdi sanusi said...

lame nye ko peram draft., huhu

mr kay said...

@tedi: haha westlife antara group aku suka masa mula2 minat english..

@zuhdi: aku pun tak tau kenapa tak publish time tu. terlupa kot.. haha